09 January 2014

Di Saat Diri ini Duji

Thursday, January 09, 2014 0 Comments
Bismillah...

Di saat diri ini di uji Allah s.w.t, ingin kuluahkannya kepada manusia tetapi mampukah manusia disekelilingku menyelesaikan masalahku?

Di saat diri ini disakiti, mampukah manusia mengubatinya?

Di saat diri ini dilukai, mampukah manusia menyembuhkannya?

Di saat diri ini merindui, mampukah manusia menghilangkan rasa rindu itu?

Di saat diri ini mengharungi onak duri kehidupan, ku mengharapkan Yang Satu memberikan petunjuk, memberi jalan penyelesaian.Ingin ku luahkan segala-gal masalah ku pada Yang Satu, dengan harapan jawapan akan datang pada diriku..

Ya Allah ya rabbi, kuserahkan diriku pada Mu, ku harapakan petunjuk, jalan penyelesaian kepada semua kekusutan hatiku Ya Allah...

08 January 2014

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum w.b.t

Sukar sebenarnya untuk menerima apabila anak tersayang lahir dengan normal tetapi selepas itu disahkan berpenyakit. Walaupun penyakit anakku Muhammad Adi Ikhwan yang kini berusia 5tahun dikesan awal tetapi penyakit ini agak sensitif kerana dia akan kembali berulang-ulang.Tak boleh demam, selsema, batuk, luka-luka.jadi penjagaannya agak cerewet.

Sepatutnya Adi (panggilan di rumah) hari ini kembali ke tadika seperti biasa tetapi semalam kami perasan penyakitnya berulang kembali. Baru je 3 bulan bebas dari ubat steroid selepas kali terakhir masuk wad bulan Mei 2013 dan maintenance ubat selama 6 bulan. Tetapi itulah hakikatnya yang perlu aku dan suami hadapi sekarang. Dugaan yang Allah s.w.t bagi untuk aku dan suami dan Adi sendiri. Semalam pergi ke HUKM untuk dapatkan nasihat dan induce ubat balik.

Nasib baik la aku ni dalam cuti berpantang anak ke dua lagi dan tak perlu nak ambil cuti untuk jaga Adi tetapi berharap sangat Adi akan cepat recover kat rumah dan tak perlu ke hospital untuk di pantau.Itulah yang mampu aku dan suami doakan sekarang.

PERTAMA KALI KENA

Adi kena penyakit ini masa umur dia 1tahun 7bulan. Tanda-tanda awal masa itu, dia kembung perut dan perut dia mengeras. Kami ingat biasa tapi dia agak bad mood juga masa tu. Mungkin rasa tak selesa. Tindakan pertama kami bawa dia ke klinik. Kebetulan specialist kanak-kanak yang kami biasa pergi Klinik Dr Ong di AMpang Point tutup masa tu jadi kami bawa adi ke general klinik. Doc general so dia tak syak apa-apa. Dia kata angin la. Doc bagi ubat probiotic untuk cuci usus, ubat angin. Tapi masih juga takde perubahan. So ari ahadnya, kami bawa jumpa specialist Dr Ong tu. Dia tengok je dia dah syak something. Dia cakap takpe kita cek urine dia. Masa tu memang tak pernah dengar nama penyakit ni. Memang agak risau. Yani sendiri menangis dalam kereta. Aduhai..macam kena hempap dengan kayu balak kot kepala ni. Hari tu juga Dr Ong bagi surat dan bagi pilihan untuk kami pilih hospital mana nk refer. Di sebabkan masa tu kami tinggal kat Desa Pandan jadi HUKM paling senang nak pergi. Balik rumah, kemas-kemas barang dan terus ke HUKM. 


ALBUSTIC PROTEIN






Kat sini ada 6 jenis level untuk pastikan tahap protein dalam urine. Albustic protein ni yani beli kat farmasi HUKM. Harga RM35 lebih...


1. NEGATIF
2. TRACE
3. 1+
4. 2+
5. 3+
6. 4+

Berdasarkan pengalaman anak yani ni, doktor selalu pesan bila 3hari urine die 3+, kena la refer kat hospital. Macam biasa la kan, bila dah refer kat hospital, doktor akan induce ubat balik ikut berat anak yani. Paling latest dos ubat steroid yang anak yani makan 10biji sehari. Makan 5biji pagi, 5 biji malam sehingga urine dia trace @ negatif untuk 3 hari berturut-turut dan dos akan dturunkan kepada 7biji selama sebulan dan akan turun kepada 6 biji untuk sebulan lagi. Macam sekarang anak yani bawah pemantauan Prof Dr Kanahes di HUKM. Prof Kanahes ni under Neprotology. Sebelum ni under Prof lain tapi ada kes dgn Prof tersebut dan Prof Kanahes ambil alih.


RUPA ALBUSTIC

Albustic protein ni berwarna kuning cair. Guna untuk sekali sahaja. Albustic ni tak sama dengan untuk kita check masa kita preggy.


TIDAK DITAHAN DIWAD:

Kebisaannya pesakit nephrotic syndrom ni macam kes anak yani, doctor tak prefer sangat untuk tahan dia dalam wad sebab risau kena jangkitan penyakit lain dalam wad seperti demam, cirit birit, selsema, batuk kerana pesakit ini, antibodi mereka sangat rendah. Sebab itu juga la doctor tak galakkan pesakit nephrotic syndrom ni berada dikhalayak ramai seperti shopping complex, event2 yang ramai orang untuk mengelak mereka senang dijangkiti penyakit. Bila kena tahan dalam wad biasanya air dalam badan anak yani ni dh banyak yang memerlukan pengambilan albumin, antibiotik dan ubat untuk kencing. Yani seboleh-bolehnya taknak anak yani masuk wad.Kesian tengok dia. Kalau kena admit memang pesakit ini akan diasingkan dari pesakit lain. Nurse biasa letak katil belakang2 sekali, jauh2 sikit dari pesakit lain.



PENGALAMAN DIKONGSI DENGAN IBUBAPA LAIN

Kadang-kadang ada juga duludulu bertembung dengan ibubapa yang jaga anak dalam wad pengidap penyakit yang sama. Ada yang bercerita perihal anak masing-masing. Ada yang kena sebab keturunan. Ada yang kena bukan dari sebab keturunan. Punca masih juga menjadi tanda tanya tapi sebagai ibubapa, yani dan suami cuba untuk mengawal pemakanan anak kami. Sangat penting ibu yang mengandung menjaga pemakanan mereka. Elakkan makan makanan yang tiada khasiat macam fastfood, jeruk-jeruk, makanan yang banyak sangat bahan pengawet.

MAKANAN TAMBAHAN 

Sekarang ini disebabkan adi ni boleh telan supplement + kunyah supplement, yani cuba bagi fish oil, omega guard shaklee untuk adi. Sebiji sehari sekali makan. Tu pun selang seli dengan hari adi makan streroid. yani tengok terkawal sikit la. Vitamin C Champs Adi makan 2biji setiap hari. Nak elak die senang demam + selsema. Sebab pengidap nephrotic syndrom antibodi dia lemah jadi senang sikit berjangkit. Tambahan pula adi ni tak makan sayur dan buah. Yang ni yani bagi Mealshakes Shaklee.Letak dalam susu dia. Tapi adi memang tak sembelit. Alhamdulillah...
Apa yang yani harapkan Adi akan bebas dari penyakit ini untuk selama-lamanya.

                                                  omega guard & mealshake

27/3/2015

Alhamdulillah...sejak sebulan lebih anak yani makan fish oil ni, nampak penyakit dia tu under control cikit...Nak cerita susah kecuali parents yang ada anak macam adi ni paham macamana bila kita tengok anak kita under control penyakit dia.



Name: Nur Illiani Mat Yusof (ID: 920151)
email: mnurilliani@yahoo.com
sms/wasap: 011-1177 0705/012-966 0705
Fb Page: SusuIbuBagus
Blog: colorcantik.blogspot.com