31 October 2016

Bermula Oktober 2016,harga untuk semua pakej di hospital umra dah naik tau

Nanti yani update kat sini semua pakej yang Hospital umra ada dengan harga sekali
Bismillah..

Semalam 30/10/2016, yani pergi la ke Hospital Umra untuk buat check up kat sana sebab plan nak bersalin kat sana InsyaAllah kalau takde apa-apa halangan

Hari ahad macam ramai juga tapi tak seramai kalau tengok pada waktu lepas kerja/malam.

Pergi ke kaunter bagitau plan nak bersalin kat situ dan apa yang perlu yani buat..Mula-mula dia bagi buku rekod untuk yani isi beberapa maklumat peribadi yani dalam tu.

Lepas tu tunggu nurse panggil nama untuk timbang berat,cek tekanan darah dan cek urine.Siap semua tu,yani untuk jumpa doktor pula.

Alhamdulillah,rezeki kami untuk berjumpa dengan doktor Ummul. Lembut perwatakan orangnya dan penerangan yang dia bagi sangat jelas.Doktor ummul minta yani buat detail scan dan benda wajib kena buat sekali sebab dia nak tengok keadaan baby kat dalam ni

Selesai semua,jumpa balik dengan Doktor Ummul,ada penerangan cikit lagi lepas tu dah siap.Lebih kurang sejam semua dah setel. Alhamdulillah

Berapa kos pertama kali check up 34w?hahaahah...RM 182 semuanya