Menu TAUGE
untuk hidangan makan tengah hari
mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak
menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap
kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai
banyak khasiat.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan
lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh
kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin
baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang
dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak
sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan
yang
dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas
dan juga penyakit
leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan
tauge sama ada dari jenis kacang hijau,
alfalfa dan
sebagainya mengandungi banyak unsur
fitokimia ya
berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (
canavanine ),
sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit
kanser leukimia, usus besar dan
pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai
estrogen semulajadi berfungsi sama dengan
estrogen sintesis.
Estrogen dalam tauge dapat
meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta
mencegah kerapuhan tulang (
osteoporosis
)
Pengambilan tauge oleh wanita secara
kerap dapat
membantu mereka menghindar mereka dari kanser
payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan
akibat
menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan
untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450
peratus.
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan
jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak
mengambil tauge dalam menu harian mereka.
Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan
lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan
antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal
bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini
menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda
menjadi lebih
muda .
Satu lagi khasiat tauge yang tidak
kurang hebat adalah
membantu membuang kotoran dalam usus
besar kerana mengandungi banyak serat dan
air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel
kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan
usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap
tubuh. Ia akan
mencegah pengumpulan bahan
beracun yang dapat merangsang berseminya
benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi
untuk mengambilnya.
No comments:
Post a Comment