Tips nutrisi berikut boleh membantu mengurangkan simptom-simptom penyakit tiroid (hyperthyroid):-
Elakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu (susu, keju dan aiskrim), gandum (gluten), soya, jagung, bahan pengawet dan bahan kimia tambahan dalam makanan. Anda boleh dapatkan ujian alahan daripada doktor.
Makan makanan yang tinggi vitamin B dan zat besi, seperti bijirin penuh (whole grains) dan sayuran segar
Jika anda mengambil ubat untuk hormon tiroid, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk yang berasaskan soya. Terdapat bukti menunjukkan soya boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.Zat besi juga boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.
Makan makanan yang tinggi antikoksidan, seperti buah-buahan (bluberry, ceri dan tomato) dan sayuran (seperti labu dan bell pepper)
Elakkan makanan seperti roti putih, pasta dan gula.
Kurangkan pengambilan daging; lebihkan pengambilan ikan, kacang dan protein.
Hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera.
Gunakan minyak masak seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
Kurangkan atau tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak trans seperti biskut,
kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.
kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.
Elakkan alkohol dan tembakau. Bincang dengan doktor anda sebelum ingin mengambil
produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan
produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan
.Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5 kali seminggu.
No comments:
Post a Comment