11 February 2014 : Hasil arini untuk baby Nur Nisa Nabihah ummi. Yani buat 3sesi pam kat ofis. Biasanya pagi dalam pukul 10-11pagi. Sesi ke 2 yani buat selepas lunch lebih kurang pukul 2-3petang. Dan sesi terakhir yani pam lepas solat asar.Sebelum pergi kerja yani akan mengepam 1sesi dan sesi malam sebelum tidur adalah sesi terakhir untuk setiap hari.Jadi jumlah satu hari yani pam adalah 5kali.Seronok sebenarnya dapat bagi susu ibu kat bayi kita ni. Pengalaman berbeza semasa anak pertama dulu
Pentingnya Kekerapan Mengepam
Memang penting sebenarnya kita pam dengan lebih kerap sebab penghasilan susu akan lebih meriah. Alhamdulillah, yani dah cuba disamping makan supplement tambahan dan berdoa. Sokongan daripada ahli keluarga terutama suami sangat perlu.
Indahnya Pengalaman Menyusukan Bayi Kita
Sebenarnya yani baru sahaja belajar menyusukan baby yani ni dengan susu badan dan ingin meneruskan sehingga usianya 2 tahun. Semoga hasrat yani ini akan tercapai, InsyaAllah.Orang cakap keindahannya sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Yani cukup seronok apabila anak yani Nur Nisa Nabihah tengah lapar da suara excited dia tu cukup buat yani rasa seronok sebab baru je nak selak baju tapi dia seolah-olah bagitau "cepat la ummi, cepat la ummi."haha...kelakar kan!
No comments:
Post a Comment