24 September 2014

TADIKA TARBAWI LORONG YUSOF JALAN KEBUN

Bismillah,

Alhamdulillah, syukur kepada ilahi. Tempat yani tinggal sekarang ni Section 30 Shah Alam, Jalan kebun memang banyak kemudahan.Tak susah nak cari sekolah, tadika, Tahfiz, Sekolah agama, tempat makan dan sebagainya..Jalan Kebun ni pula terletak bersebelahan dengan Kota Kemuning.

Sebelum anak yani yang sulung ni masuk umur  5 tahun, yani ada tanya-tanya jiran tadika apa yang diorang hantar anak masing-masing yang ada daycare sampai petang sebab kami berdua bekerja sampai petang. Jiran sebelah rumah yani suggest Tadika Tarbawi. Mereka cakap Tadika ni bagus. Ada Daycare sekali..Kebetulan pada masa tu yani tengah cuti berpantang, buat la appoinment dengan guru besar Tadika Tarbawi ni.


 PENERANGAN TENTANG TADIKA:


Banyak penerangan yang diberikan kepada kami dan siapa sangka, kami terus daftarkan Adi ke  Tadika ni.hihi..Siap beli baju sekolah yang berwarna purple. @ pasang baju, sepasang baju sukan dan 2 kopiah..Tadika yang di berikan penekanan lebih ke arah agama. Alhamdulillah..Adi tak pernah bersekolah selama ni dan kami berharap sangat Adi akan selesa, sesuai dan seronok berada di sekolah ni.


KEMUDAHAN PENGANGKUTAN VAN KE RUMAH:


Buat ibu bapa yang memilih untuk menggunakan pengangkutan Van atau bas sekolah, memang tadika Tarbawi ni akan bagi contact number driver Van terbabit mengikut kawasan masing-masing. Tag nama mengikut Van yang anak-anak kita naik van yang mana pun turut diberikan untuk mengelak kekeliruan sebab mereka kanak-kanak lagi kan dan memudahkan semua pihak.


SISTEM PEMBELAJARAN:

Alhamdulillah, yani dapati Adi yang sebelum ni takde ilmu apa-apa, menunjukkan perubahan yang ketara. Tak pernah mengaji Al Quran pun sebelum ni tapi 3 bulan pertama dia masuk ke tadika Tarbawi ni, Adi dah hafal beberapa surah. Ada dikalangan ibu bapa mengharapkan anak mereka cepat pandai membaca dan menulis tapi konsep tadika tarbawi ni berlaianan kerana mereka ada syllibus mereka sendiri tentang mengenal huruf. Buku Suria yang mempunyai 7 step untuk anak-anak belajar dari mengenal A,B, C sampai la mereka boleh membaca dengan lancar. Macam kami, memang kami tak kisah sangat. Biar pembelajaran mereka mempunyai peringkat-peringkat untuk mengelak anak-anak tertekan.Kerja rumah semuanya disiapkan disekolah lagi. Jadi anak yani tak pernah bawa balik kerja sekolah ke rumah melainkan ada pembelajaran yang ditamda oelh guru yang terpaksa di ulang di rumah.

SEKOLAH ALIRAN

Setakat yang yani tahu, ada sekolah agama yang memang mengutamakan pelajar dari Tadika Tarbawi untuk Darjah 1 iaitu Sekolah Agama Ibn Khaldum yang terletak di Jalan Kebun juga.


No comments: