Bismillah...bertemu lagi kita di alam maya ni. Semoga sahabat yani yang membaca entri yani kali ni sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Kali ini yani ingin kongsikan bersama semua tentang makanan untuk menambah susu ibu. Sebenarnya setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri tentang apa yang perlu dimakan oleh seorang ibu yang menyusukan anak-anak masing-masing. Berbeza dengan masa dahulu, ibu-ibu ramai yang tidak bekerja dan menyusukan anak mereka sendiri, berbanding sekarang, ramai ibu bekerja yang menyusukan anak masing-masing jadi terdapat perbezaan masa disini.
Susu badan mengamalkan konsep demand & supply. Di tempat kerja, anak tidak menyusu secara direct jadi ibu terpaksa pam apabila berapa di tempat kerja. Selain mengamalkan pemakanan supplement moden, pemakanan sunnah seperti habbatussauda, jus kurma@buah kurma, halba, lobak cina insyaAllah boleh membantu menambahkan zat untuk si ibu sekaligus disalurkan kepada anak yang disusukan.
Apa yang yani kongsikan disini adalah apa yang yani sendiri amalkan. Semangat untuk susukan anak yani yang ke 2 ni sehingga usianya 2 tahun sentiasa berkobar-kobar. Semoga niat yani ini akan dipermudahkan Allah nanti dan yani juga turut mendoakan ibu-ibu atau bakal ibu akan berjaya menyusukan anak anda dengan minuman yang penuh berkat iaitu Susu Bdan sendiri..Percuma dari kurniaan Allah lagi berkhasiat InsyaAllah...Berkhasiat apa yang ibu makan, InsyaAllah khasiat juga yang anak kita dapat...
Habbatussauda
Halba
Kurma
Lobak Cina
SUPPLEMENT MODEN
#Habbatussauda boleh dimakan begitu sahaja, secubit setiap kali makan.
#Halba perlu direndam dalam air selama setengah jam dan tambah jadikan segelas air dan minum. Halba boleh juga direbus dan diminum airnya setiap pagi
#Kurma direndam dalam air suam dan tambah sedikit madu..Lagi sedap
#Lobak cina dimasak secara sup atau berkuah.Tumbuk bawang putih, ikan bilis dan beberapa biji lada hitam. Sedap diratah je sup lobak cina ni..
Untuk order supplement moden yang femes ini jangan segan-segan untuk hubungi NUR ILLIANI MAT YUSOF (YANI :ID SHAKLEE 920151)
011-11770705
COD: JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, USJ 1
POS LAJU KE SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment