Masalah rambut gugur sering dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat kita. Terdapat banyak jenis rawatan yang disediakan dipasaran.
PUNCA RAMBUT GUGUR
1. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan
2. Perubahan hormon
3. Genetik
4. Pengaliran darah yang tidak lancar
5. Gaya pemakanan
TIPS MERAWAT RAMBUT GUGUR SECARA TRADISIONAL(Tips Dari blog Pokok Mangga Depan Rumah)
Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.
Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
Petua 4: Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.
Petua 5: Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.
Petua 6: Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.
Petua 7: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.
Petua 8: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.
Petua 9: Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.
Cara moden dan menggunakan produk yang selamat adalah seperti dibawah ini
SET KEGUGURAN RAMBUT
a) B- Complex - Inositol, salah satu vitamin B, membantu pertumbuhan rambut. B12 pula adalah satu lagi vitamin B yang menghalang keguguran rambut kerana B12 merupakan komponen rambut itu sendiri.
b) Zinc - berfungsi untuk mengawal hormon dalam badan dan membantu penyelenggaraan kelenjar minyak yang dirembeskan pada kulit kepala.
c) Revitalizing Shampoo - Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten di samping Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala serta rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.
d) Lightweight Conditioner - Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit. Ia Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat di samping menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus.
*Segala testimoni, pernyataan, pengakuan dan produk yang dipaparkan dalam blog ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Name: Nur Illiani Mat Yusof (ID: 920151)
email: mnurilliani@yahoo.com
sms/wasap: 011-1177 0705/012-966 0705
Fb Page: SusuIbuBagus
Blog: colorcantik.blogspot.com
COD JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, JOHAN SETIA, SHAH ALAM, USJ 1
POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment