07 September 2015

KERANA CINTAKU:MENDIDIK ANAK CARA RASULULLAH

Bismillah..

Alhamdulillah, semalam (6/9/2015) Kak Mek dan suami berpeluang menghadiri kursus percuma tentang keibubapaan. Walaupun percuma jangan ingat tak sedap tau. Ilmu yang kami berdua perolehi sebenarnya banyak menyedarkan kami tentang tanggungjawap sebenar sebagai ibubapa. Bukan bagi makan/minum sahaja. Itu dipanggil menternak bukan mendidik anak sebab takde input tarbiyah untuk anak kita tu.

Seperti kata penceramah kami semalam (Tuan Haji Rosdi Bin Baharom @ Abu Munzir) mendidik anak sekarang dalam iman mereka dikikis. Betapa beratnya tanggungjawap kita sebagai ibubapa dan betapa tenatnya anak-anak kita sekarang. Terlalu banyak anasir luar yang boleh mempengaruhi mereka tanpa kita sedar dan kita tak mampu nak kawal.

Apa yang best ceramah beliau semalam adalah beliau nak ibubapa dengar dan bukan melihat slide dan ambil gambar seperti mana program biasa kita join.hahaha..tergelak kejap. Beliau menyatakan kita guna cara lama. Masa sejam lebih semalam memang tak cukup untuk kami tuntut ilmu dan amat berharap akan ada lagi program lanjutan dari program semalam. Kerjasama program semalam adalah antara Persatuan Haluan dan Tadika Tarbawi di mana anak sulung kami bersekolah sekarang. 

"Menggelapkan akhirat anak merupakan kesilapan besar kita sebagai ibu bapa"

Sedikit sebanyak input yang kami dapat semalam dapatlah kami kongsikan disini untuk sama-sama jadi panduan untuk kita yang dah jadi ibu bapa, yang belum jadi ibupa dan akan jadi ibu bapa. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Kita mendidik anak terbahagi kepada 2 sebab:


  • Didik anak jadi hamba Allah s.w.t
  • Didik anak sampai anak boleh beri manfaat kepada orang lain. Memberi khidmat kepada masyarakat/Agama Islam/Umat Islam.
"Ajar anak bagaimana nak jadi seorang muslim bukan jadi orang Islam"

Kesalahan Kita Sebagai Ibu Bapa adalah:
  1. Tak tahu matlamat mendidik anak
  2. Tak tahu method/cara mendidik anak
Tiga benda yang ibubapa perlu ada:
  • Rasa takut terhadap masa depan anak
  • Taqwa
  • Berbicara tentang yang benar-benar sahaja.
"Jadilah mukmin yang boleh jadi contoh kepada anak-anak kita."

Seperti yang disampai kan oleh Tuan Haji Rosdi Baharom kepada kami semalam adalah, perkara yang susah dalam mendidik anak adalah akidah. Sebagaimana pengalaman beliau dalam perlbagai bidang, akidah anak-anak kita dalam keadaan tenat. Tak cukup apa yang mereka belajar disekolah. Kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting dirumah.

"Didik anak soleh bukan kebetulan"

Setiap apa yang berlaku merupakan ujian buat kita sebagai ibubapa. Walaupun kita melihat setiap daripada anak-anak kita berjaya, kita sebagai ibubapa jangan putus terus berdoa. Walaupun anak kita itu baik dan soleh jangan sesekali tinggalkan doa untuk anak kita kerana itu juga merupakan ujian untuk kita. Sedangkan Nabi Yaacub diuji dengan anak-anak baginda sedangkan baginda merupakan Nabi Allah.

Luangkan masa kita bersama anak-anak untuk melakukan perkara berikut:
  1. Baca sirah untuk anak-anak
  2. Halaqat bersama anak-anak-luangkan masa antara manghrib dan isyak.
  3. Ceritakan rahmat-rahmat Allah s.w.t kepada anak-anak kita
Antara pesanan Tuan Haji Rosdi lagi semalam:

  • Jaga solat anak-anak kita
  • cuba amalkan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh
  • Baca Al quran setiap hari
"Nak dapat anak soleh, ibubapa kena soleh dulu"

Beliau ada mengingatkan kami untuk rujuk Wasiat Ibn Jauzi. Boleh dijadikan rujukan


Beliau juga menyuruh kami merujuk kepada ayat surah Al Baqarah ayat 132-133

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".132

(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".133

Kata-kata, pesanan Tuan Haji Rosdi semalam buat kami berfikir sendiri, apakan kami ni dah lakukan tanggungjawab sebagai ibubapa yang dituntut Islam? SubhanaAllah...tanggungjawab yang Allah bagi ni cukup besar dan berat. Inilah amanah yang kami perlu pikul untuk pastikan anak kami ini akan mendoakan kami apabila kami meninggal nanti. Apa yang kita nak, apa yang buat sekarang saham akan sampai kepada orang tua kita yang telah meninggal dunia.

Cuba kita bayangkan bagaimana anak-anak kita dibawa keluar dari rumah kita. Dibawa keluar tanpa kebenaran kita, tanpa kawalan kita. Apakah kita hanya memandang sahaja tanpa ada rasa apa-apa pun?





No comments: