08 September 2015

KERANA CINTAKU: 7 STANDARD PENYUSUAN

Bismillah...

7 Standard Penyusuan yang perlu anda tahu:

1.Menyusukan bayi secara eksklusif dalam 6 bulan pertama, bererti bayi tidak mengambil sebarang cecair atau makanan pejal. Dia hanya menerima susu ibu sahaja.

2.Memujuk bayi menggunakan payu dara. Anda melakukannya agar bayi kekal selesa dalam memenuhi keperluan emosinya. Ini termasuklah menyusukan bayi untuk tidur.

3. Tidak menggunakan botol dan puting kosong. Jika perlu gunakan puting kosong, payudara adalah alternatifnya.

4. Tidur dengan bayi untuk menggalakkn penyusuan di waktu malam. Kajian membuktikan bayi yang tidur dengan ibunya menyusu 3kali lebih banyak berbanding bayi yang tidur berasingan

5. Tidur ketika bayi tidur di waktu siang. Ambil masa untuk tidur sebentar (nap) dan pada masa itu susukan bayi. Rehat sambil menyusukan adalah elemen penting dalam penyusuan susu ibu dan amat penting dalam mengekalkan ketidaksuburan dikalangan ibu yang meyusukan bayi.

6. Kerap menyusu siang dan malam dan tidak terikat dengan jadual penyusuan. Bagi memastikan penghasilan susu kekal stabil, susukan bayi mengikut kehendaknya

7. Elakkan apa jua amalan yang memerlukan anda berjauhan dengan bayi. Ini termasuklah menggantikan peranan anda sebagai ibu. Jadi, usah membazir wang membeli alat-alat yang kononya membantu anda meringankan tanggungjawab sebagai ibu. Ingatlah, apabila bayi sentiasa rapat dengan ibu, dia akan terangsang untuk selalu menyusu susu ibu. 

No comments: