Bismillah...
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang
diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otakdiganggu. Bahagian
otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang
mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak
akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh
bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf
secara tiba-tiba.
Gangguan peredaran darah
biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh
terjadi pada sisi vena.
Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang
boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika
tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit ini
ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan
upaya di kalangan dewasa Amerika
Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah.
Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan
seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian
tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan
3 kematian ialah orang wanita.
Punca angin ahmar
termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol
tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling
penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di
Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk
"serangan jantung" yang merupakan masalah
kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke
sebahagian jantung diganggu.
tanda-tanda strok dan cadangan supplement
tanda-tanda strok dan cadangan supplement
No comments:
Post a Comment