23 July 2015

Bismillah...

Harini ramai yang dah keje. Kak mek pun baru masuk opis harini sebab anak bujang kak mek tadikanya buka harini. Terpaksa la kak mek cuti lagi sampai semalam (220715).
Lepas ni bermula la rumah terbuka orang-orang kat bandar pula ye. Tapi kak mek tinggal kat kampung juga.
Nak idea nak masak apa untuk rumah terbuka? Kak Mek share sikit la ye. Nak lebih banyak nanti kak mek fikir lagi apa yang sesuai nak masak masa rumah terbuka.

MENU 1:


Laksa Pineng

Bahan-bahan:

  • Ikan Sardin Fresh@Selayang 1kg
  • 3batang bunga kantan
  • Daun Kesum RM2
  • Bawang Merah besar-separuh
  • Bawang Putih- Seulas
  • Gula Melaka - 1 keping
  • 10 Keping asam keping atau mengikut rasa masam nak macamana. ada asam keping yang tak masam sangat. Bergantung kepada asam keping yang kita guna
  • 30 Tangkai cili kering
  • Garam
Bahan-bahan Ulam:
  • Telur rebus
  • Daun salad
  • Limau kasturi
  • Bawang merah besar
  • Cili masak@cili padi
  • Timun Batang
Laksa:
  • Kak mek biasa guna brand EKA yang plastik hijau tu
  • Tak pun beli laksa pendek

Cara-cara:

  1. Ikan direbus
  2. Cili kering + bawang merah + bawang putih di blend halus
  3. Ikan yang telah direbus tadi asingkan isi dengan tulang.tulang ikan jangan dibuang
  4. Air rebusan ikan guna untuk blend isi ikan tadi
  5. Didihkan ke dalam periuk
  6. Setelah selesai isi ikan dikisar, kisar pula tulang ikan tadi dan tapis ke dalam periuk.Biasa kak mek buang kepala ikan tu.
  7. Biarkan kuah mendidih. Sukatan air mengikut kehendak masing-masing. Kalau tak suka pekat, tambah lagi air tu. Tapi biasa kak mek akan sukat kuah tu ms blend tulang ikan.Kalau nk kuah banyak, tulang tu blend ulang 3,4x. Kalau tak, 2x dah cukup ulang blend tulang yang dicampur air.
  8. Letakkan asam keping, garam, gula merah, bunga kantan dan daun kesum. Ada yang suka letak petis udang dalam kuah, boleh terus letak dlm 2sudu besar
  9. Kecikkan api, biarkan kuah tu mendidih perlahan.
  10. Laksa kering perlu direbus sehingga lembut
  11. Siapkan segala jenis ulam dan sedia untuk dihidangkan
Tips Kuah Sedap
*Kalau nak makan laksa harini, kuah elok buat malam tadi. Bahan-bahan dalamanya dah sebati jadi rasa kuah lagi sedap

*Kak mek punya versi, memang tak guna bawang banyak. Kak mek dapat resepi ni daripada sepupu kak mek yang buat katering

*Suami kak mek suka makan laksa letak cili sos. Nak tau rasanya cmne kena try sendiri


MENU 2: KOKTAIL BUAH BERKUAH


Bahan-bahannya:

  1. 3 Tin Susu Cair
  2. I tin koktail Buah
  3. Nata De Coco
  4. Puding kecik-kecik
  5. Fresh fruit kalau suka
  6. Buah Laici
Cara-cara:

  • Masakkan susu cair dengan api perlahan. Ni nak elak sakit perut. Ada je yang terus campur susu cair dengan bahan-bahan lain tanpa susu cair dimasak terlebih dahulu. Boleh pilih mana yang ok.
  • Susu cair perlu dikacau selalu untuk mengelak susu berketul
  • nampak dah mendidih, tutupkan api dan biarkan suam sekejap susu cair tersebut
  • Campurkan semua bahan-bahan lain diatas tadi
  • Letakkan ais dan juga aiskrim soda
  • Panas-panas memang sedap dimakan koktail buah ni

MENU 3; LAKSA KELANTAN


Bahan-bahan:
  1. 5 ekor  ikan kembung saiz sederhana
  2. 6 ulas bawang merah
  3. 2cm halia
  4. setengah kg santan @ mengikut kepekatan kuah yang digemari
  5. Ulam-ulam ( timun, daun serai, kacang panjang, taugeh, daun kesum, bunga kantan)
  6. Laksa
  7. Serai- 2 batang
  8. Lada hitam jika suka
  9. Asam keping
Cara-cara :
  • Ikan kembung direbus dan diasingkan isi dari tulangnya
  • Kisar isi ikan dengan bawang merah dan halia, lada hitam
  • Masakkan kuah tadi sehingga mendidih, kemudian masukkan santan
  • Api jangan terlalu besar
  • Rasakan garam, letak asam keping dalam 2 keping
  • Racip halus ulam-ulam
  • Sedia untuk dihidangkan
*Tips Bonda kak mek kalau buat kuah laksa lemak ni, goreng bawang merah dan tabur dalam kuah masa nak hidang. Bau wangi katanya.

*Kalau kat kelantan, laksa lemak dihidang asing dengan garam, limau nipis dan belacan. Kena makan dengan tangan dan pastikan belacan hancur. Memang sedap



Bismillah...

Raya setiap tahun selepas berkahwin ni macam biase la ada sistem giliran. Tahun ni 2015, kak mek raya umh kak mek kat kelantan dulu. Raya kedua petang, kak mek gerak balik umh mak mertua kat ulu yam. Memang umah mak mertua kak mek ni dekat sangat dengan genting tapi kak mek tak penah naik pn guna kabel car.hahaha..

Masa family belah husband kak mek plan nak naik genting guna kabel car kak mek cuak juga sebab dah rasa naik kat Langkawi aritu kecut perut juga la kak mek.huhu..Tapi naik juga la. Takkan nak dok umah kan.
 Ada replika transformer pula masa nak beli tiket tu. Anak bujang kak mek memang suka sangat la. Bergambar muka serius. Lepas amik gambar die gelak. Sama perangai dengan abah dia.
 Gambar ni kak mek amik masa nak turun dah.











Beratur masa nak naik memang ramai sangat la orang. Orang kita tak ramai sangat tapi ramai orang luar. Pelancong asing. Husband kak mek dah penat dah dukung si kecik tu.
Tapi pengalaman naik kabel car pergi genting tak segayat kabel car kat Langkawi. Rasanya yang kat Langkawi tobat kak mek tak naik dah


08 May 2015

Bismillah

Salam dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yani yang tak seberapa ini. Bulan May 2015, awal-awal bulan dah cuti 4hari kan. Best yang dapat balik kamping dan pergi bercuti.

Bulan May 2015, Shaklee menawarkan sesuatu yang berbeza sari sebelumnya. Best je dengar. Kami yang dah jadi ahli pun rasa seronok sebab nak juga tawaran hebat itu.

Bulan ni, sebarang pembelian produk shaklee dan register menjadi ahli, anda akan dapat Vitalea yang dah berusia 100tahun secara PERCUMA...Tak pernah lagi shaklee bagi vitamin percuma. Best sangat-sangat

Sesiapa sahaja yang ingin mendaftar sebagai ahli seumur hidup untuk menikmati pembelian semua produk pada harga ahli, tetapi berupaya menikmati semua benefit yang shaklee tawarkan boleh cepat-cepat menghubungi yani.





YANI: 011-11770705
ID SHAKLEE : 920151
Bismillah,

Yani nak kongsikan dengan pembaca semua tentang ESP dan saat-saat nak bersalin. Ini merupakan pengalaman yani sendiri semasa melahirkan anak yani yang ke 2 pada tahun 2013. Semasa mengandung anak ke dua, merupakan saat di mana yani betul-betul konsisten makan supplement shaklee.

Kalau nak tahu, yani dan suami mengambil full set kesuburan sebelum mengandungkan anak ke dua ini. Yang tu kita ceritakan kemudian ye.

Set hamil shaklee

Semasa mengandungkan anak ke dua, yani ada diabetes semasa hamil. Tu pun masa minum air gula 5bulan mengandung. Lepas tu bacaan gula yani normal je sebab 2minggu sekali kena pergi check up dan amik darah. Tapi yani beli tester sendiri dan buat test darah sehari sebelum pergi check up(seperti arahan doktor).

Bila je ibu mengandung disahkan ada diabetes semasa hamil, nak tak nak kena bersalin awal atau on due. Tapi yang seramnya kena induce. Fuhh..sapa la yang nak kena induce kan. Orang cakap sakit. Apa yang mampu yani lakukan adalah berdoa banyak dipermudahkan urusan bersalin yani dan taknak sakit lama. Kalau kita sakit lama, tenaga takde masa nak meneran nanti.

13/11/13: 

Kena admit sehari awal dari tarikh due. Aduh..kena induce la jawabnya sebab takde tanda-tanda nak bersalin awal pun. Nurse cakap esk pagi pukul 7 kena masukkan ubat untuk bagi jalan buka. Seram sungguh. Tapi yani dah standby siap-siap sebelum datang hospital dengan bekalan supplement yang patut yani makan sebelum masuk labor room.

14/11/13:

tepat pukul 7 pagi, dah kena panggil kena nurse untuk sesi induce. Doktor cakap ubat ni ada 3kali akan diberi jika ubat pertama takde kesan apa-apa. 2,3 jam pertama ubat dimasukkan, memang takde rasa apa-apa pun tapi menjelang tengahari dah mula sakit-sakit. fuhh..sakit induce ni memang tak boleh nak cerita. Memang sakit sangat dan tak tahan la.Pukul 1 nurse datang cek jalan buka 4cm. Tapi sakitnya memang melampau gila la. Minta husband urut-urut belakang nak bagi rasa lega cikit tapi sakit tu mengatasi segala-galanya. Dalam pukul 2 patut dah boleh masuk labor room tapi labor room penuh masa tu. kena tunggu lagi.

Dah sampai masa masuk labor room, dalam rasa sakit tu, yani minta husband bancuhkan esp. Yani minum esp, telan B complec 2biji, vitamin C 1biji. Masa masuk labor room tepat pukul 3:10petang. Doktor yang pecahkan ketuban cakap setengah jam lagi ni bersalin la. Alhamdulillah, memang selepas setengah jam doktor tu cakap, yani selamat bersalin. Syukur sangat-sangat. 

Apa yang yani nak kongsikan kat sini, badan yani rasa sihat. Takda rasa lemah-lemah sedangkan sakit kena induce tu macam nak guling-guling kalau boleh, mesti tenaga habis macam itu je kan. Tapi Allah bantu yani. Lepas setel sesi menjahit, kena duduk atas katil kat kaki lima labor room sebab nak tunggu wad kosong. Nurse siap bagi makan lagi. Tapi yani memang rasa badan macam recharge balik. Berbeza masa yani bersalin anak pertama dulu. Kepala pening lepas bersalin, rasa berpusing-pusing dan badan takde tenaga. Nak pakai baju sendiri pun tak larat masa anak pertama dulu.

Yani sangat recommend ibu yang mengandung mengamalkan supplement shaklee untuk seumur hidup anda. Tak cuba tak tahu. Supplement shaklee bukan ubat untuk merawat penyakit atau memberi kesan 3hari, 7hari, 2minggu tapi supplement shaklee ini makanan tambahan untuk badan kita supaya sentiasa sihat dan sebagai langkah pencegahan dari sebarang penyakit. mencegah lebih baik dari mengubati



YANI : 011-11770705
ID SHAKLEE : 920151
COD: JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, JOHAN SETIA, USJ 1
POS LAJU KE SELURUH MALAYSIA


24 April 2015

Bismillah...

Salam Jumaat buat semua. Hari ini yani nak kongsikan tentang penyakit hati. Bulan February lepas tak silap yani suami jiran yani, masih muda umur dalam lingkungan 35tahun meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit kanser hati ini. Pergi meninggalkan isteri dan dua orang anak yang masih kecil.

Kanser hati yang dialaminya diketahui dah pun stage 3. Doktor pada masa itu bagi 6bulan je masa untuk hidup tapi mereka tetap juga ikhtiar bukan menyerah je kan tapi ajal maut ditangan Allah, arwah dapat meneruskan hidup sehingga setahun lebih. Meninggal dipangkuan isteri tercinta.

TANDA-TANDA PENYAKIT HATI


  1. Perubahan pada perut. Perut menjadi buncit tanpa sebab. Ini adalah disebabkan berlaku pembengkakkan dibawah tulang rusuk
  2. Perubahan pada kulit dan mata. Kulit dan mata menjadi seolah-olah kekuningan
  3. Urine (air kencing bertukar warna kuning gelap)
  4. Berat badan menurun disebabkan tiada selera makan
  5. Sistem pencernaan terganggu
  6. Mengalami masalah sakit kepala, mual, kekejangan

BAGAIMANA UNTUK MEMELIHARA HATI YANG SIHAT







YANI : 011-11770705
ID SHAKLEE : 920151
COD: JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, JOHAN SETIA, USJ 1
POS LAJU KESELURUH MALAYSIA
NAK JOIN MENJADI AHLI SHAKLEE


21 April 2015

Bismillah...

21/4/15

Ahad lepas macam biasa la yani memang ada kelas di Uitm Puncak Alam. kelas start pukul 10.45pg sepatutnya tapi tunggu punya tunggu tak muncul-muncul lecturer kami ni. Pukul 11.30 baru masuk.Ingatkan kelas kansel dah.hahaha...

Rupanya lecturer kami ini baru keluar dari icu. Kena heart attack. Aduhai..dia cakap masih ada wayar kat jantung dia. Kena pula sorang-sorang. Aritu tak dengar jelas die cerita. Rasanya die sempat buat panggilan minta bantuan tak silap yani. Pertama kali kena dan tak tahu pun ada penyakit jantung. Memang umur dia panjang la

Penyakit jantung ni memang tak kira masa dan tak kenal orang kalau kita tidak menjaga jantung kita dengan baik. Takut dengar kan.

Ada yang ingin tahu supplement apa yang sesuai untuk pesakit jantung ataupun mahu melindungi jantung kita. Kita boleh mengamalkan supplement seperti berikut untuk menjaga dan melindungi jantung kita:

SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN JANTUNG:
  1. OMEGA GUARD:

          Minyak ikan dengan asam lemak omega-3 dapat memangkas kadar trigliserida – lemak           tidak sehat yang dapat menyebabkan pembekuan dalam pembuluh darah – hingga                 50%. Minyak ikan juga dapat menurunkan tekanan darah.  The American Heart                         Association menyarankan agar semua orang dewasa makan setidaknya dua 100 gram           porsi ikan dalam seminggu.
  1. PHYTOCOL-ST:

  1. COQ-HEALTH:
          Tubuh Anda secara alami membuat sejumlah kecil CoQ10, juga dikenal sebagai ubiquinone               dan ubiquinol. Ini penting untuk fungsi sel normal. Sebagai suplemen, CoQ10 dapat membantu           menurunkan tekanan darah, baik dengan sendirinya atau dibantu dengan ubat-ubatan. Kajian             lain telah menemukan bahwa menambahkan CoQ10 terhadap obat gagal jantung dapat                       meningkatkan kualiti hidup.


  1. VIVIC


COD : JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, JOHAN SETIA, USJ 1
YANI: 011-11770705
ID SHAKLEE : 920151