Assalamualaikum
Baru rasa sedikit cergas badan ni,jadi Yani nak berkongsi pengalaman yani menjalani pembedahan buang cyst dan beberapa organ dalaman wanita yang lain di Hospital KPJ Shah Alam pada 27 Julai 2022 yang lepas.Harini 8 Ogos 2022,13 hari berlalu.
Diagnose:
Actually cyst Yani ni dah ada kat ovari masa Yani mengandung anak yang ke 4.Doktor kat Klinik Jalan Kebun detect masa usia baby 5bulan dalam kandungan. Jadi masa tu doktor advice refer kat hospital yang Yani plan nak bersalin nanti.Lepas tu Yani dah start refer kat Hospital Razif dan cyst tu takde menunjukkan makin membesar atau kecil.Saiz masih sama 5cm x 5cm pada masa tu sampai la Yani bersalin dan cyst tu takde menganggu langsung.
27 Mac 2022
Selepas setahun bersalin,yani pergi scan diklinik swasta disebabkan rasa benjolan pada perut yani.Macam terasa ketulan tu tau.Tak tau la masa tu nak terkejut ke tak.Saiz Cyst dah membesar jadi 16cm x 8cm.huhuhuhu..
Doktor kat klinik buat surat refer hospital. Masa tu Yani pergi refer ke hospital Colombia Bukit Rimau..Doktor advice untuk buang..tapi malangnya masa tu rupanya Colombia Asia Bukit Rimau bukan panel insurans suami.
Tangguh:
Disebabkan dah bulan puasa,yani pun tangguh la nanti suami dengan anak-anak tak dapat beraya..of course la kena berpantang kan.Perasaan takut nk kena operation pun satu hal,fikirkan anak yang kecil pun satu hal.
Kejadian Cramp Perut
To be continue❤️
No comments:
Post a Comment