Bulan Oktober 2021
Bulan ni ada promosi skincare Youth Shaklee tau.Kalau ikutkan skincare Youth ni dah masuk Malaysia pada tahun 2018 lagi so dah masuk 4tahun la skincare Youth ni Yani guna.
Apa yang best tentang skincare Youth ni. dah alang-alang bulan ni ada promosi, so kita share story pasal skincare Youth la ye.
Youth❤️
YOUTH SHAKLEE SKINCARE
Set ini terdiri daripada 7 produk berikut
1. Luminous Gel Oil Cleanser
Pembersih pH seimbang TANPA Sabun 3-dalam-1, pembersih ini membasuh lembut, membersihkan & mempersiapkan kulit kita untuk produk youth yang lain.
2. Perfecting Skin Toner
Mengelupas, menghidrat dan menyuburkan kulit kita.
3. Youth Activating Serum
Produk ini mesti ada dalam senarai wajib skincare kita.
Toner ini mempunyai teknologi yang telah dipatent iaitu Kompleks Pengaktifan Belia Shaklee
Yang mempunyai 10 x bahan aktif untuk memperbaharui kulit pada tahap sel.
Hasilnya, kulit kita akan menyokong pengeluaran kolagen & menjadikan sel-sel kulit berfungsi lebih muda.
4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
Krim pelembap ini menghasilkan perlindungan dari sinaran SPF 30 UVA / UVB matahari & melindungi juga untuk kulit kita daripada pencemaran alam sekitar
Wow. Perlindungan 2 dalam 1
Tanpa bahan kimia.
Hanya bahan semulajadi
Krim pelindung matahari ini dihasilkan dari bahan semulajadi & biopolimer dari hidupan laut
5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)
Dulu dalam set nutriwhite
Ada krim malam yang hampir sama fungsinya
Krim malam Shaklee YOUTH yang baru ini menghidrat & melembutkan kulit kita hingga jauh ke dalam kulit.
Dan menyokong proses pembaharuan kulit semasa kita tidur.
Adunan ramuan botani proprietari Shaklee akan membantu pengeluaran kolagen & elastin untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin.
Dan lebih bercahaya.
6. Radiance C + E Capsules
Vitamin C 20% tulen memulihkan sinaran kulit sihat dengan mengurangkan bintik-bintik pada kulit di sebabkan penuaan.
Ini juga akan melicinkan tekstur kulit & mencerahkan warna kulit.
Kapsul adalah berasaskan tumbuhan, biodegradable & tidak menggunakan pengawet.
Gunakan tanpa was was.
7. BB Cream
Balsem kecantikan pelbagai fungsi 5 dalam 1 ini menyediakan lapisan menyempurnakan rupa & tekstur kulit kita.
Dan
Tak cukup dengan itu, BB cream ini juga akan membetulkan, menghidrat, menyuburkan & melindungi.
Krim ini mempunyai fungsi tambahan pelindung matahari dari bahan semula jadi untuk menyediakan Perlindungan SPF 30 UVA / UVB
No comments:
Post a Comment