01 February 2016

Bismillah...

Selamat bertemu kembali pengunjung blog Kak Mek ni. Kali ini kita berbicara tentang Nutriferon (imun booster) yang tak mungkin diperolehi oleh brand lain kerana Nutriferon Shaklee ini telah di patern hanya untuk shaklee sahaja. 

Betul ke Nutriferon boleh membantu mengubati demam denggi? InsyaAllah, untuk demam denggi berdarah juga boleh. Nutriferon juga digunakan di Taiwan untuk merawat Hepitatis C. 





Diuji secara klinikal, penggalak interferon semulajadi.*
Setiap orang yang berlainan mempunyai sistem imun yang berbeza. Sistem imun kita ialah bagaimana kita melawan jangkitan kuman dan penyakit. Kadang-kadang sistem imun tidak berfungsi dengan betul dan dengan itu kita perlu sistem imunisasi tambahan untuk meningkatkan imuniti kita. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa orang di bawah tekanan kronik juga boleh mempunyai sistem imun yang lemah. Diet yang tidak betul juga satu lagi faktor yang boleh membawa kepada sistem ketahanan buruk. Pemakanan yang betul dan berkhasiat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan sistem imun badan manusia.

Pada tahun 1950-an, saintis mula mencari cara bagaimana badan melindungi dirinya daripada virus, yang membawa kepada penemuan interferon, suatu protein semulajadi yang mencetuskan sistem imun badan untuk menyerang mikrob penceroboh dan merangsang keupayaan sistem daya tahan badan untuk melancarkan suatu gerak balas imun. Pengeluaran interferon dalam badan kini boleh dirangsang secara semulajadi pada individu yang sihat melalui tambahan diet baru yang dipanggil NutriFeron ™ *.

Lebih lagi tentang nutriferon

HUBUNGI YANI : 011-1177 0705
ID SHAKLEE : 920151

COD: JALAN KEBUN, KOTA 
KEMUNING, JALAN BUKIT

KEMUNING, JOHAN SETIA, SHAH ALAM

POSLAJU KE SLEURUH MALAYSIA

30 January 2016


Tanda-tanda anda mengidap darah tinggi...

  • Sakit kepala yang melampau dan berterusan beberapa hari
  • Pendarahan hidung
  • Kelelahan
  • Mual atau muntah
  • Wajah yang memerah
  • Emosi yang kurang stabil
Apabila anda mengalami tanda-tanda di atas seeloknya anda membuat pemeriksaan segera. Ramai di antara kita yang mengambil mudah sedangkan apabila kita mengalami kesakitan di mana-mana bahagian badan kita sebenarnya badan kita memberi tanda seperti sebuah mesin yang memberikan bunyi atau tanda yang tidak sepatutnya sebuah mesin keluarkan seandainya ia berada dalam keadaan yang baik. Begitu juga badan kita.





Gambar dia atas adalah urat-urat di dalam otak kita dan bayangkan apabila ada satu urat diotak kita pecah? Apabila kita dalam keadaan tertekan kebarangkalian salur darah di otak kita untuk pecah adalah tinggi. Berhati-hatilah


Video di bawah ini adalah testimoni  tentang darah tinggi



Ubat Darah Tinggi? 
Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.



29 January 2016

Bismillah...

Kolesteral bagi orang yang gemuk sahaja? Betul ke?
Ramai yang menyangka dan membuat anggapan salah terhadap kolesterol yang mana yang berbadan gempal akan mempunyai kolesterol yang tinggi. Tetapi sebenarnya kolesterol juga akan menyerang orang yang kurus dan ramai orang yang kurus tapi paras kolesterolnya tinggi. Kenapa?

Antara kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL?



Penyebab Kolesterol terlalu banyak dalam badan kita adalah berpunca daripada:


  • Obesiti
  • DiabetesSindrom metabolik
  • Masalah Hati
  • Masalah buah pinggang
  • Pemakanan
  • Kurang bersenam

Makanan yang mengandungi kadar kolesterol yang tinggi



Kadar Kolesterol yang sesuai



Kawal Kolesterol dengan Vivix






28 January 2016

Bismillah..


Apa itu Bell's Palsy?

'Menurut Dr Loganathan adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf otak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan otot muka pada yang terjejas.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan melumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok, dan penyakit Lyme. Namun, jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell's Palsy.


Menceritakan lebih lanjut katanya, pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.
Menurut beliau, nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).
Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.
Jelasnya, punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.
Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.
“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui,” katanya.
Selain itu kata beliau, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.



HUBUNGI  YANI : 011-1177 0705
ID SHAKLEE : 920151
COD: JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, BANDAR PUTERI KLANG, JOHAN SETIA, JALAN BUKIT KEMUNING
POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA



27 January 2016

Bismillah...

Simptom dan petanda
  • Keadaan Wajah: Bentuk muka seakan jatuh sebelah. Ini adalah disebabkan oleh kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyum, dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas
  • Deria rasa: sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell's Palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelaianan pada lidah.
Biasanya, kata Dr. Loganathan, Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, katanya, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.
“Serangan boleh dikelaskan kepada gred tertentu daripada sederhana hingga teruk dan segelintir mengalami kelumpuhan kedua-dua belah bahagian (hanya satu peratus),” kata beliau.
Rawatan
Menurut Dr. Loganathan, hampir 50 peratus pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.
“Sementara itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya lima peratus yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai rawatan yang diberi kata beliau, doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan peningkatan.
Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilaluinya.
“Pesakit yang menunjukkan kelumpuhan menyeluruh, terutama melalui petunjuk mata dan mulut tidak boleh ditutup pada bahagian terjejas, dirawat dengan pembedahan khas,” katanya.
Beliau menasihatkan pesakit mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.
Bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang, doktor akan memberi antiviral berserta steroid. Namun dalam kebanyakan kes yang berlaku, steroid dilihat lebih berkesan berbanding antiviral, kata Dr. Loganathan.
Beliau turut menyarankan pesakit melindungi mata mereka daripada terdedah dengan memakai pelindung dan menitis ubat cecair bagi mengelak mata menjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.
Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi kata beliau adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Namun katanya berdasarkan daripada kajian, fisioterapi tidak membantu sepenuhnya.
Pembedahan
Bagi masalah Bell’s palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan dikenalpasti membantu masalah ini. Antaranya pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejasPembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery) antara prosedur yang dijalankan bagi mengembalikan wajah pesakit.
Rawatan alternatif
“Sebenarnya belum ada satu kajian khusus yang dijalankan bagi membuktikan sama ada rawatan alternatif seperti akupuntur berkesan dalam merawat masalah Bell’s palsy,” kata beliau.
Namun Dr. Loganathan tidak menghalang seandainya pesakit ingin mencuba kerana mungkin ia satu rangsangan yang baik untuk saraf, namun keberkesanannya belum terbukti secara saintifik. Walaubagaimanapun sekali pun ingin mencuba rawatan alternatif, beliau tetap menyarankan pesakit agar meneruskan rawatan steroid kerana ia terbukti dan diyakini dalam merawat masalah Bell’s palsy.
Supplement Cadangan Shaklee:
Vivix



















Omega Guard











B Complex














Vitamin E


















Seandainya anda mempunyai tanda seperti diatas, ianya bukan la strok tapi serangan saraf yang dipanggil Bell's Palsy dan tiada rawatn khusus untuk penyakit tersebut

Sekiranya anda berminat untuk mencuba supplement shaklee boleh terus hubungi yani : 011-11770705



Bismillah....

Fakta Ringkas Tentang SLE (Sistemik Lupus Eritematosus):


  • Kaum wanita berisiko 10x ganda berbanding dengan kaum lelaki
  • Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami
  • Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin
SLE MENYERANG ORGAN-ORGAN SEPERTI BERIKUT:





Buah pinggang

Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.
Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

25 January 2016

Bismillah..

Bagaimana kita ingin kenali tanda-tanda kita diserang strok?


  • Hilang deria rasa pada muka, tangan, kaki atau muka
  • Rasa bingung yang mendadak dan sukar untuk berbicara
  • Sukar memikirkan atau ,mengucapkan kata-kata dengan tepat
  • Ketidakseimbangan atau terjatuh dengan tiba-tiba
  • Pening
  • Gangguan penglihatan
  • Sesak nafas

Jenis-jenis strok:

  1. Trombotic/ischaemic strok : Ia berlaku apabila salur darah dari arteri ke bahagian otak tersumbat
  2. Haemorrhagic Strok: Ia berlaku apabila salur darah dari arteri ke bahagian otak telah pecah.

Cadangan supplement shaklee untuk membantu penyakit strok :

  • VIVIX
  • OMEGA GUARD


Apalah sangat jika kita bandingkan nilai wang dengan nilai penyakit yang kita ada kan. Bila dah sakit, wang berjuta pun tak berguna lagi. Nak enjoy pun dah takde mood. Apa kata kita belanjakan sedikit daripada wang yang kita ada untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik. Bukan sahaja kita dapat memiliki kehidupan yang lebih sempurna, keluarga juga bahagia..InsyaAllah..

HUBUNGI YANI : 011-1177 0705
ID SHAKLEE : 920151
COD: JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, JOHAN SETIA, JALAN BUKIT KEMUNING, SHAH ALAM
POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA