20 April 2017

Bismillah..selamat bertemu kembali untuk entri kali ini.Hari ni Kak Mek nak kongsikan dengan semua minuman apa yang boleh beri tenaga kepada kita sepanjang hari untuk tempoh sebulan kita berpuasa nanti.

Seminggu pertama puasa ok lagi kan,dah masuk minggu ke 2,badan dah mula rasa lemah gemalai. Sahur pula ada yang miss,nak tak nak puasa kena diteruskan.

Jadi kak.mek nak sahabat-sahabat kak mek buat persediaan awal menjelang bulan puasa nanti. Tambahan pula bulan depan hampir ke semua vitamin shaklee akan naik harga.


Kak mek kenalkan dari sebelah kiri tu Mealshakes,ESP dan Performance Drink. Hari tu masa kelas Diabetes bersama Dr Azizon di Hotel Sri Petaling,kak mek berpeluang merasa sendiri bancuhan esp,mealshakes dan performance drink ni.Tak sangka begitu lazat dan berkhasiat.

Jadi kalau pesakit kencing manis terutamanya,tak perlu risau sebab ketiga-tiga supplement ini boleh diminum untuk bekalkan tenaga yang lebih maksima untuk tubuh badan kita.


Sebarang pertanyaan produk,boleh hubungi no kak mek

011.11770705
Fb: Nur Illiani Mat Yusof
Page:SusuIbuBagus
Pengedar Shaklee Paling Aktif di kawasan berikut:

Jalan Kebun
Kota Kemuning
Johan Setia
Rimbayu
Kampung Lombong
Jalan.Bukit Kemuning
Bukit Naga
Bandar Putera 2
Sentosa
Kampung Jawa

18 April 2017

Bismillah...

Alhamdulillah..dalam entri kali ni pula,kak mek nak share dengan semua bagaimana nak tengok logo kkm pada setiap botol vitamin shaklee. Betul ke logo tu kkm punya dan bukannya palsu.

Terlebih dahulu,kak mek nak kenalkan apa itu hologram.Hologram adalah salah satu cara utk kkm menentukan keaslian produk yang ada di pasaran untuk keselamatan pengguna.



Selalunya hologram bersifat lut sinar bewarna kebiruan. Di hologram ada nombor kkm produk mengikut kategori tersendiri samada makanan, produk kesihatan dan lain-lain.

Perbezaan hologram palsu dan original.

Ori garisnya melintang dari atas ke bawah.

Emboss asli kasar berbanding tiruan

Warna holgram lebih tajam berbanding tiruan yang pudar.

Jadi, dah pandai kan sekarang nak tengok bagaimana dan macamana rupa logo kkm ni.

Sebarang pertanyaan tentang produk/vitamin shaklee,boleh hubungi terus no dibawah ye

KAK MEK:011.11770705
PENGEDAR SHAKLEE PALING AKTIF DI KAWASAN : JALAN KEBUN,KOTA KEMUNING,JOHAN SETIA,RIMBAYU,JALAN BUKIT KEMUNING,BUKIT NAGA,SENTOSA,KAMPUNG JAWA,SHAH ALAM SECTION 29-SECTION 35

Facebook

17 April 2017

Bismillah..

Ramai yang tertanya-tanya,vitamin shaklee ni ade sijil halal ke,valid ke sijil halal tu?

Ok..dalam entri kali ni,kak mek nak tunjukkan sijil halal yang terbaru bagi tahun 2017 untuk setiap vitamin shaklee yang sedang kita makan.

Jadi,jangan ragu-ragu untuk terus setia dengan vitamin shaklee dan terus sihat dengan vitamin shaklee yang sedang kita makan sekarang,insyaAllah

Yang nak order vitamin,jangan segan silu untuk hubungi no kak mek 011.11770705 ye


Sijil halal ni tak semestinya Jakim kena keluarkan tetapi Jakim Malayasia ada menerima dan memperakui sijil-sijil halal dari negara-negara luar juga jadi jangan pula kita gelabah bila tengok sijil halal bukan yang Malaysia punya tau.

Kita juga boleh kalau nak cek dalam website Jakim Malaysia,produk apa yang ada sijil halal yang diakui.

PENGEDAR SHAKLEE PALING AKTIF

  • JALAN KEBUN
  • KOTA KEMUNING
  • BUKIT NAGA
  • RIMBAYU
  • JALAN BUKIT KEMUNING
FB : Nur Illiani Mat Yusof
Page : SusuIbuBagus
Blog : colorcantik.blogspot.my
Tel : 011.11770705
Email : eaniez@gmail.com

13 April 2017


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 31: SITI FATIMAH YUSOF

[SHAKLEE PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN SEISI KELUARGA]
.

Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum. Saya Siti Fatimah Yusof. Berumur 35 tahun. Ibu kepada 3 orang cahaya mata berumur 5 tahun, 4 tahun dan 11 bulan. Saya seorang surirumah sepenuh masa.
.

Sebenarnya saya telah menggunakan produk Shaklee ini sudah 5 tahun. Dari Set Berpantang hingga lah ke set-set yang lain dan terus menjadi ahli pada hujung tahun 2016.
.

Jadual harian sebagai surirumah sangat memenatkan. Dengan karenah anak-anak yang makin membesar membuatkan kesihatan terganggu. Sering sakit-sakit badan, keletihan, makan tidak menentu dan sakit lutut. Saya pernah mengalami sembelit selama seminggu membuatkan saya risau.
.

Tanpa membuang masa, saya mengambil Set Detoks Shaklee yg terdiri daripada Alfalfa, Lecithin dan Herblax. 4 sekawan ini banyak membantu saya dalam masalah yang  saya hadapi. Badan terasa lebih ringan, sakit-sakit badan berkurangan, sakit lutut pun makin elok. Alhamdulillah, ESP juga saya amalkan untuk sarapan saya yang lebih berkhasiat, kenyang dan untuk Milk Booster.
.

Kesihatan anak-anak juga saya tidak abaikan. Omega Guard, Mealshake dan Vita C Chew untuk kesihatan mereka. Mealshake setiap pagi dalam sarapan mereka. Salah satu cara sarapan 'segera' untuk mereka. Omega Guard setiap kali sebelum tidur. Vita C Chew untuk tingkatkan sistem imun badan. Hasilnya anak-anak lebih berselera makan, tidak lagi sembelit, jarang sakit (kalau sakit cepat sembuh) dan lebih fokus dalam aktiviti harian mereka.
.

Sekarang Shaklee pilihan saya sekeluarga. Tidak pada yang lain. Berkualiti, selamat dan berkesan. Alhamdulillah, terima kasih Shaklee.
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 32: FARAH QURRATUN AINI

[HAMIL SELEPAS KONSISTEN DENGAN SET KEPUTIHAN & SENGGUGUT]
.

Assalammualaikum. Saya Farah Qurratun Aini mama kepada 2 orang cahaya mata. Kisah saya dengan Shaklee bermula apabila saya mencari vitamin untuk meredakan sakit senggugut dan keputihan yang teruk sejak dari bangku sekolah lagi.
.

Dulu setiap kali datang bulan, senggugut pun akan datang juga sampai tahap tak boleh buat apa-apa aktiviti pon. Masa zaman sekolah dulu kawan-kawan cakap kalau senggugut angkat kaki sandarkan ke dinding boleh meredakan sakit sengugut tu. Masa zaman sekolah dulu takde ambil ubat atau sebarang vitamin cuma mampu menahan sakit sahaja. 
.

Bila dah masuk kolej, baru lah belajar ambil ubat tahan sakit warna pink tu..itu pon sebab nak elak dari ponteng kelas..dan kalau time senggugut menyerang dan dalam masa yang sama ada kuiz, test, dengan assignment yang nak disiapkan kemudian time exam mestilah ubat tahan sakit tu menjadi penyelamat. Bila dah cuba-cuba maka jadi lah amalan. Memang tak pernah terputus stok ubat pink tu sehingga lah masuk kerja dan kahwin. Bila dah kerja memang terpaksa lah ambil MC setiap bulan. Menganggu jugak prestasi kerja masa tu.
.

Dan saya perasan yang keputihan juga makin teruk bila meningkat remaja. Pantyliner pon tak boleh terputus bekalan. Kena pakai dan kena sentiasa ada dalam beg. Semua ni memang rasa sangat-sangat terganggu. Bila buat aktiviti yang mengeluarkan peluh lagi meriah la keputihan tu keluar sampai kadang-kadang jadi gatal.
.

Alhamdulilah selepas konsisten mkn GLA Complex dan Alfalfa Complex selama 2bulan, sengugut dah takde, keputihan juga makin berkurang dan period datang pon cantik aje. Maksud nya kitaran period tu tetap setiap bulan. Bila kitaran haid dah tetap mudah untuk cari waktu subur dan peluang untuk hamil tu tinggi. 
.

Dan alhamdulilah bersyukur sangat genap 9bulan lepas tu double line pun muncul .Berita kehamilan itu adalah hadiah ulangtahun kami yang pertama. Menangis kegembiraan kami suami isteri. Dan selepas bersalin kan anak sulung , saya selama setahun 3bulan tak datang haid. Sangat tak selesa. Simptom-simptom macam nak period ada tapi tak period pon. Dan memang merancang nak tambah anak lagi. Sebabkan tak period saya ikhtiar lagi dengan GLA Complex masa itu pada bulan Disember . 3bulan kemudian saya period dan bulan berikutnya April 2016 saya hamil anak kedua. Alhamdulilah.
.

Inilah Shaklee Effect saya. Terima Allah Terima kasih Shaklee.

29 March 2017

Testimoni set jerawat

Wednesday, March 29, 2017 0 Comments
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 36: FARAH WAHIDA

[MASALAH KULIT MUKA YANG BERJERAWAT SELESAI DENGAN SET CANTIK SHAKLEE]
.

Assalammualaikum. Nama Saya Farah Wahida. Berumur 23 tahun. Saya berasal dari Maran, Terengganu. Tapi menetap di Kemaman, Terengganu.
.

Masalah saya sebelum dipertemukan dengan Shaklee adalah masalah muka berjerawat, berminyak dan berparut yang sangat teruk. Saya ada masalah ini sejak darjah 6. Saya banyak pakai produk untuk rawat kulit muka saya, tapi semua tak menjadi dan ia makin teruk. Sehingga saya rasa sangat tertekan dan tak mahu merawat lagi.
.

Saya dipertemukan dengan Shaklee oleh upline saya pada Disember 2016 ketika saya berumur 21 tahun. Dimana beliau beri cadangan kepada saya untuk menggunakan produk ini iaitu GLA Complex, ESP , Vitamin C dan Nutriwhite untuk menstabilkan hormon dan membaiki sel kulit muka saya.
.

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T dalam masa 4 bulan saya dapat perubahan yang ketara.
.

Kulit tak berminyak, jerawat tak naik dah. Parut dah berkurang. Syukur sangat. Kesan yang sangat-sangat saya tak jangka.
.

Terima kasih saya ucapkan kepada upline saya dan Team shaklee yang banyak membantu saya. Shaklee Produk No.1 dalam hidup saya.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 38: NADIA EZDANIE (FIRAS)

[BERAT BADAN TURUN SEBANYAK 10KG SELEPAS AMALKAN SET KURUS SHAKLEE]
.

Permulaan saya bersama product Shaklee selepas saya menceritakan masalah tahap kesihatan saya kepada isteri saya Nadia Ezdianie Norazaman. Masalah saya bermula apabila saya kurang selesa dengan fizikal tubuh badan saya (gemuk) dan disebabkan kegemukan itu muncul la simptom-simptom yang lain seperti mudah letih, tercungap-cungap dan yang paling ketara masalah sakit belakang.
.

Masalah ini telah lama berlaku dan telah banyak cara, usaha dan ikthiar dilakukan tetapi hasilnya tidak seperti yang digambarkan. Pada mulanya seperti biasa saya menjaga pemakanan saya (mengamalkan diet yang sihat) dan  bersenaman tanpa pengambilan vitamin dan supplement sampingan. Setelah hampir setengah tahun mengamalkan gaya hidup yang sihat masalah saya tetap sama dan kerap berulang.  Dengan hasil berat badan yang tidak memberangsangkan ini serta simptom-simptom di atas tidak dapat dipulihkan, saya rasa tertekan. Nekad untuk mengubah tahap kesihatan dan bermula mencari jalan penyelesaian.
.

Bermula dari situ isteri saya telah membuat kajian dan pembacaan untuk menolong mengurangkan masalah saya ini. Setelah yakin dengan hasil kajian dan pembacaan, kami bercadang untuk menggunakan vitamin dan supplement dari Shaklee untuk membantu tubuh badan untuk bekerja dengan lebih effisyen. Akhirnya bertemu kami dengan blog celikvitamin dan isteri saya menghubungi Puan Adilah Manaf. Setelah membuat perbincangan, beliau mencadangkan set kurus kepada kami (Lecithin, Omega Guard, Alfafa, Herb-Lax,ESP dan Cinch). Puan Adilah telah memberikan konsultasi yang excellent!!!!
.

Dengan semangat yang berkobar-kobar saya mengikut segala arahan dan peraturan yang diberikan. Permulaan sessi untuk meningkatkan tahap kesihatan saya bermula dengan DETOX. DETOX selama seminggu dan seterusnya mengambil vitamin dan supplement dari Shaklee secara konsisten berserta senaman yang berterusan. Program diet saya bermula dari 17 Disember 2016 sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan bersama Shaklee berat saya berkurang sebanyak 10kg dari 86.4kg kepada 76.8kg. Selain berat badan turun saya mendapat bonus yang lain iaitu kurangnya ukur lilit badan dari pinggang saiz 40 inchi sekarang saiz pinggang menjadi 36 inchi. Simptom-simptom yang saya hadapi juga dapat diselesaikan. Sekarang kehidupan dan tahap kesihatan tubuh badan saya bertambah baik dengan Shaklee.
.

Setelah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan pengambilan vitamin dan supplement dari Shaklee kesihatan saya bertambah baik. Percayalah tubuh badan kita memerlukan vitamin dan supplement untuk melancarkan lagi sistem-sistem dalam tubuh badan kita untuk berfungsi dengan lebih effisyen. Dengan mengamalkan supplement dan vitamin akan mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua. It is amazing effect on my body. Thanks Shaklee.