18 April 2014

KENAPA SUSU IBU MAKIN KURANG

Kenapa Susu Ibu Kurang /Low Milk Supply ♥♥

1. Kurang meyusukan / tidak menyusukan baby selepas kelahiran.

Seperti yang kita tahu, setelah baby dilahirkan kita kena menyusukan dia selepas 1jam. Ini bertujuan untuk meransang penghasilan susu, sebenarnya bayi yang baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal kalau kerap menyusu. Purata kekerapan baby yang baru lahir menyusu ialah 8 – 12 kali sehari. Dengan kata lain, lebih kurang setiap 1jam 30 minit hingga 2jam sekali baby nak susu. Kita harus tahu tentang konsep suppy & demand dalam proses menghasilkan susu. Jangan risau selagi baby menyusu, susu akan tetap terhasil!

2. Kekeliruan puting dan Hisapan tidak betul

Masalah kekeliruan puting juga menjadi punca kenapa susu kita kurang. Bila baby dah di biasakan dengan puting botol susu, maka baby akan mengalami masalah kekeliruan. Tentunya bayi lebih gemar menghisap susu dengan menggunakan botol, ini kerana baby tidak perlu bersusah payah untuk menghisap kerana susu tu dengan sendirinya akan keluar.
Hisapan tidak betul juga boleh mengganggu pengeluaran susu. Bila baby isap dengan cara salah, tentunya susu kurang keluar, dan nipple ibu akan berasa sakit. Ini akan menyebabkan ibu mula putus asa. Pastikan baby isap dia areola dan bukannya di puting.

3. Emosi ibu kurang stabil

Bila kita dalam pantang, kita akan rasa letih, stress dan macam – macam lagi. Pastikan ibu – ibu dapat rehat denagn secukupnya, kalau boleh biarlah suami atau ahli keluarga yang buat kerja rumah. Bila anak tidur ibu pun tidurlah juga, ini kerana masa baby tidurlah ibu dapat berehat! Sekiranyaibu tidak dapat rehat dengan secukupnya, ia akan mengundang stress dan tekanan lantas mengganggu proses penghasilan susu.

4. Bayi beralih bulan (growth spurt)

Growth spurt ni, lain baby lain keranahnya. Ada baby bila growth spurt mereka kerap menyusu, seperti tak cukup – cukup atau seperti kita dah “tak ada susu”. Ada pula tak mahu susu dan asyik menangis je. Biasa baby yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ) akan mengalami growth spurt.

5. Kurang menyusu waktu malam

Bagi baby awal 2bulan, mereka agak kerap menyusu. Malah pada waktu malam juga kita harus menyusukan mereka. Teruskan menyusu tidak kira siang atau malam.
 Jika baby anda masih kecil kejutkan mereka untuk menyusu. Belum masanya mereka tidur straight 8 jam :) Atau jika baby anda jenis yang tidur lena hingga keesokkan hari, ibu kena la bangun untuk mengepam susu.

6. Ibu tidak mengosongkan breast (tidak pam)

Sekiranya baby tidak mahu menyusu, maka ibu perlulah pam. Ini kerana, susu mengandungi FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor menghalang penyusuan. Bila breast dipenuhi susu, maka FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Bila breast kosong, FIL akan berkurangan.
 Anda juga boleh mengepam susu walaupun anda berkerja. Ada banyak kemudahan untuk ibu berkerjaya mengepam susu. Bawa berbincang dengan pihak pengurusan!

7. Ibu datang bulan (period)

Ini memang biasa dan sering terjadi kepada ibu – ibu yang menyusu. Sesetengah wanita mengalami 'low milk supply' yang bersifat sementara semasa period. Ia boleh berlaku seminggu sebelum period sehinggalah 3-4 hari semasa period.
 Ia berlaku kerana level kalsium dalam darah turut berkurangan tatkala si ibu sedang period. Oleh itu, ibu yang sedang menyusu digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kalsium (calcium/magnesium supplements).

8. Pengambilan ubat / kafien
  Ada sesetengah antibiotic dan pil perancang menyebabkan gangguan kepada pengeluaran susu, malah dengan pengambilan kafien yang terlalu banyak juga ia boleh mengurangkan penghasilan susu.


MENCARI PENGEDAR SAH SHAKLEE?


Hubungi yani : 011-11770705

Shah Alam, Section 30 Shah Alam, Jalan Kebun, Kota Kemuning, USJ 1

No comments: