18 January 2017

Pengalaman bersalin

Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat kak mek...

Alhamdulillah, hari ini hari ke 26 kak mek berpantang anak ke 3. Baby tengah tidur sempat la kak mek online ni. Hari ni kak mek nak berkongsi cerita pengalaman kak mek bersalin anak no 3 ni. Pengalaman bersalin kali ni mungkin tragis sedikit sebab semasa kak mek menghitung hari nak bersalin, anak kak mek yang sulung, yang ada penyakit nephrotic syndrom tu masuk wad. Masa ujung bulan 11 2016 dia dah masuk wad 2minggu. Balik seminggu masuk balik sebab bacaan BP dia tak berapa cantik.Admit la walau dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Nak menangis pun kak mek nangis dalam hati je la. Kak mek serahkan segalanya kepada Allah s.w.t kerana DIA yang menentukan segalanya. Kak Mek redha..

Kak Mek dah standby dah kalau terpaksa bersalin kat HUKM kali ini jika itu takdirnya. Rutin Kak Mek setiap pagi selepas subuh, kak mek akan baca yasin, baca Al fatihah sebanyak mungkin, zikir-zikir yang selalu kak mek amalkan, doa syifa, macam-macam jenis doa yang kak mek selalu baca. Selain memohon Allah sembuhkan penyakit anak kak mek ni, amalan ni juga untuk mengisi masa lapang yang kak mek ada sepanjang kat hospital dan juga untuk ketenangan jiwa kak mek sendiri, Kak Mek yakin ujian yang Allah s.w.t berikan kepada kak mek sekeluarga ada hikmah disebaliknya walaupun kak mek sendiri sedih. Kak Mek khatam Al Quran juga dihospital dan memang impian kak mek sebelum bersalin kak mek berjaya habiskan baca AL Quran ni.Lega sangat-sangat...

Rutin husband kak mek setiap hari selepas balik keje ialah berkejar-kejar ke hospital untuk jenguk kami dua beranak kat HUKM ni bersama anak ke dua kak mek yang berumur 3tahun.

21 December 2016

Start pagi lagi kak mek ada rasa lain sikit sebab perut mengeras je. Kak Mek inform husband kak mek dan dia hantar anak no 2 rumah pengasuh dan dia datang ke HUKM.Satu hari tu perut kak mek mengeras je dan macam takde tanda nak bersalin lagi. Malam tu husband kak mek tidur di HUKM kot2 kak mek bersalin tengah malam ke..

22 December 2016

Kak Mek bangun pagi semayang subuh tengok kat underwear kak mek macam ada tanda darah cikit tapi sikit sangat. Kak Mek solat macam biasa dan meneruskan rutin di hospital macam biasa. Tapi hari ni perut macam ada sakit sikit-sikit tapi kak mek nak describe tu tanda nak bersalin pun tak pandai. Kak Mek banyakkan baca yasin dan doa mudahkan bersalin dalam buku DOA arwah ustaz Haron Din yang kak mek selalu bawa tu. Doktor yang datang tengok anak kak mek tu selalu juga bertanya kak mek ok ke tak sebab kak mek ni dah lebih due 7 hari.Maknanya hari tu usia kandungan kak mek 40w 7d dah. Tapi semasa kak mek pergi scan baby masa 40 w tu air ketuban ok lagi..13 kandungan air ketuban kak mek masa jadi still normal.

Dekat pukul 6, adik kak mek dengan suami dia singgah kat hospital dan dekat pukul 7 dia gerak balik sebab nak tengok cerita episod last 7 Hari Mencintaiku. Lepas tu kak mek pergi toilet dan tengok lendir bercampur darah bertambah banyak jadi kak mek bagitahu suami kak mek, kita pergi turun bawah. Kak Mek plan nak cek jalan je. Esoknya Prof yang incharge anak kak mek bagitahu anak kak mek boleh discharge jadi kak mek plan nak bersalin kat Hospital Shah Alam la.

Tapi rupanya perancangan Allah melebihi segalanya. Kak Mek tunggu doktor selesai solat maghrib di unit PAC dan doktor yang cek jalan bagitahu bukaan jalan dan 4cm dan dia3 terus bagitahu nurse call labor room untuk standby.Masa tu ada la rasa sakit tapi kak mek macam boleh tahan lagi kot. Husband kak mek agak kelam kabut sebab anak ke 2 kami ada bersama masa tu. Nak uruskan kak mek lagi dan nak tengok dia lagi. Kak mek ditolak masuk labor romm dekat pukul 9malam selepas selesai urusan kat bawah tadi.

Masa tu pula pertukaran shift kakitangan dari shift petang ke shift malam. Kali ni bidan di HUKm taknak potong pun sebab dia cakap ank no 3 dah kan. Masa bukaan 8cam, bidan dah suruh try teran tapi berjaya pula. Maybe baby nak tunggu bukaan 10cm kot. Alhamdulillah sakit bersalin kali ni tak perlu guna gas pun...pelik pula..kak mek boleh tahan.seingat kak mek, sakit yang kak mek rasa datang dalm 2,3 je lepas tu terus bersalin. Tepat Pukul 9.37malam kak mek berjaya bersalin baby boy seberat 3,17kg. Keluar je terus menangis. Husband kak mek yang tinggal anak no 2 kak mek kat abg dia di tingkat 4, terus bergegas naik ke tingkat 4 dimana anak kak mek berada. Tak tahu la apa perasaan husband kak mek masa tu.

Alhamdulillah, bersalin dihukm ni kak mek rasa pengalaman baru. Bidan lepas je selesai proses menjahit, dorang bagi masa baby menyusu, bagi ruang kak mek berehat dan bidan juga tolong tukarkan 2x pad kak mek sebelum kak mek ditolak ke wad biasa. Dalam pukul 11malam kak mek masuk ke wad biasa dan husband serta anak kak mek no 2 sempat jenguk kak mek diwad.

Kalau ada yang nak bersalin di HUKM, insyaAllah recommended sangat-sangat dan kak mek memang puas hati dengan setiap layanan yang diberikan cuma satu je la, nak keluar dari wad untuk ke kereta agak sukar sedikit, kena ambil kerusi roda dulu, nanti kena return balik la, jadi masa kak mek nak keluar wad aritu,kak mek ambil keputusan berjalan slow-slow sebab suami dah tolak stroller anak no 2 dan dengan barang-barang lagi..pelan-pelan kayuh, tak larat berhenti la jalan,tak jauh pun.

Esok paginya, nurse2 kat wad 4A dengan anak kak mek yang sulung pula datang tengok kak mek. Petang jumaat tu baru kak mek dapat balik rumah.. Anak yang sulung discharge, kak mek dengan baby juga discharge..Alhamdulillah..home sweet home


TIPS KURANGKAN SAKIT BERSALIN

Sebenarnya sakit bersalin, setiap orang, setiap anak yang dilahirkan lain-lain pengalamannya tapi kak mek nak berkongsi beberapa tips yang kak mek amalkan untuk kurangkan sakit bersalin. Sepanjang tempoh mengandung, penting seorang ibu mengamalkan cara hidup sihat. Bukan sahaja sihat dari segi pemakanan tapi sihat rohani dan jasmani. Sentiasa tenang, sentiasa positif dan banyakkan berdoa. Rajin-rajin solat hajat minta pada Tuhan kita supaya kita bersalin nanti sakit tak lama. Minta suami,mak ayah kita doakan sama.

Kekal aktif semasa hamil juga penyumbang untuk mengurangkan sakit bersalin. Sekarang ada je hospital yang menganjurkan kursus-kursus untuk ibu hamil kan. Ada peluang boleh join sebab ada kelas yang menagndjurkan sesi senaman yang sesuai untuk ibu hamil amalkan. Semua dilakukan untuk memudahkan proses bersalin nanti

Bagi yang mengamalkan vitamin shaklee sepanjang kehamilan, jangan lupa bekalkan esp, b complex dan vitamin c sebelum masuk labor room. ESP sangat-sangat membantu dari segi tenaga untuk ibu meneran, insyaAllah


No comments: