19 January 2017

Percutian Ke lexis Port Dickson

Assalamualaikum buat sahabat kak mek yang sedang membaca entri kak mek hari ni, Semoga semuanya diberikan kesihatan yang sangati-sangat baik.

Lama sungguh nak siapkan entri ni.Haish..dok simpan dalam draft je. Percutian family Kak Mek ke Lexis ni memang asben Kak Mek dah plan lama dah, dapat je bonus je nak bawa kak mek dengan anak-anak ke Lexis. Sebelum ni masa anak sorang, kami dah pergi sekali so asben kak mek nak repeat lagi masa anak no 2 ni konon nak bagi fair la tapi kali ni kami ambil bilik Executive Pool Villa. Yang kami pergi sebelum ni kami ambil bilik Deluxe Suit je tapi best juga bilik dia sebab kita rasa privacy.

Masa kami pergi masa cuti chinese new year 2016 (26/02/2016-28/02/2016). Percutian yang ditunggu ni memang suka tengok anak-anak la happy kan. Kita sebagai mak ayah tumpang sekaki je.hahaha..asben kak mek dah standby nak memancing la, nak tangkap ketam dan siap beli perangkap ketam tu tapi dapat ketam yang tak boleh makan,hahha...

Yang kurang best sekarang kat situ adalah breakfast dia. Masa kami pergi sebelum ni, mewah makanan dia tau. Sekarang kurang best sikit. Better breakfast kat luar kot tapi kalau nak merasa boleh la.




Tapi layanan dorang memang tiptop sebab masa kak mek pergi tu keadaan tengah buzy dengan orang nak check out la, orang nak check in la. Kami sampai sana awal sikit dalam tengahari dan belum sampai masa untuk check in pun lagi tapi disebabkan bilik kami dah ready dan dorang bagi kami check in dulu.hahaha..lega sebab tak payah la ronda-ronda nak tunggi masa check in kan. Masa nak check in tu pun cepat sebab kami dah buat reservation awal serta payment dah settle awal-awal lagi. Senang urusan.

Naik buggy dan terus ke bilik kami. wahh..seronok sangat dan sempat lelapkan mata sebelum keluar lunch dan kembali ke bilik kami. Anak-anak sempat la mandi petang tu dan malam tu kami ke pasar malam di area pantai chenang. Kebetulan masa kami pergi ni public holiday so suasana meriah sikit la dan orang ramai sangat.

InsyaAllah jika diizinkan Allah dan tabung kami dah penuh, kami bercadang nak ke hibiscus pula.hihihihi..nak join?jom......









Adik kak mek join tapi stay sampai malam je.konon nak merasa bilik mahal


Terdapat juga welcome drink yang diletak dalam mini fridge tu
 Kat sini ada disediakan kettle, macam ruang mini pantry

 Yang ni sebelah mini pantry tu, ada towel dan sebagainya
 Toilet yang dah dibersihkan dorang akan seal guna pelekat tu
 Ada satu cermin kat lantai yang kita boleh la nak tengok air pasang/surut

Pagi-pagi, ada je yang ketuk pintu bagi extra tower, kelengkapan mandi dan air mineral..ambil je la






Hari ke dua kami pergi makan kat ayam bakar koboi yang femes tu






Kalau nak buat air, memang dah disediakan pelbagai jenis teh, nescafe


Ada fridge kecik yang diletak dalam kabinet bawah TV

Ada kelengkapan untuk mandi disediakan





No comments: