10 TIPS KESELAMATAN DI TADIKA YANG BOLEH DI PASTIKAN DI PINTU MASUK.
Antara perkongsian bersama Pusat Pengurusan Risiko dan Kelestarian UKM dan GENIUS AULAD di Wanita Hari Ini TV3 semalam :-
"Memilih prasekolah bermula daripada pemerhatian ibubapa daripada mula melangkah ke pintu masuk. Pastikan :-
1. Ada CCTV di sudut yang sesuai
2. Ada ciri2 keselamatan pada kualiti pintu yang digunakan contohnya di GENIUS AULAD semua pintu dan dinding kelas adalah drp "Tempered Safety Glass" yang boleh dipecahkan dengan selamat apabila berlaku kecemasan , selain daripada pintu 'fire rated door' mengikut piawaian Bomba.
3. Pintu yang boleh dikunci tapi boleh terbuka dengan mudah apabila berlaku kecemasan , contohnya seperti jenis "magnetic lock" yang digunakan di GENIUS AULAD yang boleh terbuka secara otomatik apabila berlaku ketiadaan elektrik ketika kecemasan.
4. Kemasan lantai yang digunakan adalah drp jenis vynl tebal khas dan berkualiti tinggi seperti di GENIUS AULAD dengan mengambil kira faktor keselamatan anak2 apabila terjatuh dan faktor kemudahan penyelenggaraan kebersihan untuk kesihatan anak-anak .
5. Guru-guru akan berada di setiap aras 'landing' tangga untuk memastikan keselamatan anak-anak turun atau naik tangga ketika "Arrival & Dismissal Time" , waktu ketibaan dan waktu pulang,
6. Anak-anak di ajar untuk turun tangga dengan mengikut rentak dan langkah contohnya - Subhanallah 1 langkah, Alhamdulillah 1 langkah - (anak2 memang suka menyanyi!) supaya mereka dibiasakan untuk tidak turun tangga dengan berlari.
7. Tiada sebarang masak-memasak dijalankan dan oleh itu tiada tong gas kelihatan.
8. Tingkap yang tidak dipasang 'grill' atau separuh 'grill' sahaja untuk keselamatan supaya tingkap boleh dipecahkan untuk melepaskan diri ketika kecemasan. (Nota : Tingkap perlu diskru untuk keselamatan harian )
9. Alat Pemadam Api yang dilekatkan dengan pelekat yang tidak tarikh luput tarikh audit terkini.
10. Tangga yang dilengkapi dengan "acryllic sheet" sepenuhnya untuk menghalang kanak2 drp menggelongsor atau memanjat di tangga.
Itulah antara ciri-ciri keselamatan yang perlu dilihat ketika melangkah ke pintu masuk sesebuah premis prasekolah, atau pusat perkembangan kanak-kanak.
Bahaya ada di mana-mana, dan kita semua samada di rumah atau di sekolah , sentiasa mencuba yang terbaik walaupun tidak dapat melindungi anak-anak kita dengan semua aspek keselamatan sepenuhnya sentiasa.
-------------------
In the end, we ask Allah Almighty, The Protector for us all and our children to protect us always.
Let's teach our children this Dua , taken from the Hadith Sahih narrated by Ibn Majah :-
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم
"In the name of Allah with Whose Name nothing on earth or in heaven harms and He is the All-Hearing the All-Knowing."
Do your best to share this with your friends and family. May Allah bless you and protect you.
Allahu Akbar!
Humbly,
GENIUS AULAD.
No comments:
Post a Comment