Cuti satu hari sempena pergi injection baby 9bulan,kak mek curi peluang ini untuk menjejaki tadika yang sesuai untuk anak perempuan kak mek yang menginjak usia 5tahun tahun depan.
Sebenarnya kami sudah shortlistkan tadika yang akan dijejaki semalam dan fokus utama kami adalah Genius Aulad di Kota Kemuning.
Memandangkan kami tinggal di Jalan Kebun,banyak pilihan sekolah untuk anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun dan kami tak nak kusutkan kepala dengan banyak sangat sekolah yang pergi kami survey,kami hanya memilih Genius Aulad dan Little Caliph je.
Genius Aulad Kota Kemuning ni tak susah pun nak cari sebab bangunannya dah diwarnakan dengan warna tema learning centre tersebut iaitu kuning.Dibawahnya pula ada The Story Cafe yang femes tu even kami pun tak pernah makan kat situ.hahahaha
Kembali ke Genius Aulad ni. Abangnya sebelum ni kami tak survey mana pun tadika mana nak hantar dulu. Pada masa tu pula baru berpindah ke Jalan Kebun ni jadi kami bertanya kat jiran-jiran je mana tadika yang ok dan ade transit sampai petang.
Sebelum pergi ke Genius Aulad Kota Kemuning ni, saya dah buat panggilan ke learning centre ni untuk maklumkan kehadiran kami dan pihak mereka bagitahu boleh je datang bila-bila masa dari pukul 9pagi sampai 5petang.
Alhamdulillah, kami disambut dengan mesra oleh pengetua Genius Aulad Kota kemuning ni dan kami rasa selesa berada di situ. Kami dapat rasakan tempat tersebut mempunyai aura yang positif dan sangat-sangat best berada disitu. Dari segi keselamatan juga kami perhatikan ada jaminan daripada pihak tadika. Bahasa perantaraan mengikut pengetua disitu,depend bahasa apa yang digunakan dirumah. Mostly in English.hukhuk...
Pengetua sudah maklumakan awal-awal, sekiranya kami ni memilih tadika yang ada exam, ujian, ada nombor dalam kelas, disitu bukan tempatnya.hahahah..actually peringkat tadika ni, kami pun takde la fikirkan sangat pasal exam tu sebab Genius Aulad ni adalah sebuah Learning Centre dan setiap kelas hanya ada 18orang pelajar sahaja.
Anak kami dah excited sangat dah nak ke sekolah tahun depan. Boleh dikatakan setiap hari dia bertanyakan tentang sekolah dia ni.
Bagaimana pula dengan yuran dan bayaran pendaftaran? Ok, yuran pendaftaran adalah RM159 sahaja belum termasuk kos-kos lain, baju seragam dan sebagainya. Kos keseluruhan untuk seorang anak di Genius Aulad adalah lebih kurang RM 1,484.00 dan yuran setiap bulan untuk tempoh masa dari pukul 8.30pagi sehingga 11.30 pagi adalah sebanyak RM284.00...
Actually kos masa anak tadika ni agak tinggi berbanding anak yang sudah masuk ke sekolah rendah tapi demi sebuah pembelajaran,takpe la berkorban sedikit sebab ini adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa kan. Di Jalan Kebun ni banyak pusat-pusat tadika, learning centre yang ada, terpulang kepada kita nak pilih yang mana.
No comments:
Post a Comment