04 January 2018

Perasaan seorang ibu apabila anak dah mula bersekolah

Hari ini 4January 2018, merupakan hari pertama bermulanya persekolah tadika bagi anak kedua saya, Nur Nisa Nabihah. Actually anak perempuan ni semangat dia lain sedikit compare to anak lelaki. Pengalaman anak sulung merupakan anak lelaki dah sudah pun darjah 3 sekarang ni.

Kakak nisa ni dia pnya excited nak pergi ke sekolah sejak kami daftarkan dia ke Genius Aulad Kota Kemuning sampaikan banner Genius Aulad tepi jalan tu pun dia nak pegang. Lupa ambil gambar je dulu.

Apa aktiviti dia lepas tu? Tengok video youtube Genius Aulad hampir setiap hari. Kami biarkan je spaya dia dapat aura semangat nak sekolah tu dan sekarang baru saya dapat jawapan kenapa ada parents yang sudah menghantar anak mereka ke pusat pembelajaran sejak dari usia 4tahun selain faktor-faktor untuk mereka berkawan dan sesuaikan diri bergaul dengan orang lain kan.

Hari pertama persekolahan,alhamdulillah takde karenah. Senang bangun, amndi dan bersiap. Hari pertama juga,kami terus ajar dia naik van pergi dan balik supaya tak timbul masalah dikemudian hari. memandangkan Genius Aulad ada van sendiri tapi service dari luar punya, so kami takde rasa risau dia akan tertinggal van ke sebab mereka akan pastikan setiap anak-anak yang naik van mereka akan dikira cukup sebelum memulakan perjalanan

Saya cuba nak jengok dia di tadika lepas 8.30 tadi tapi tidak dibenarkan oleh pengetua. Saya paham, ini bertujuan untuk mengelakkan anak-anak kurang senang apabila melihat mak ayah mereka ada di sana kan. Kita biarkan mereka berdikari.InsyaAllah..kita doakan keselamatan mereka dan Allah lindungi anak kita tu kan.

Dalam entry kali ini juga saya sertakan yuran bagi Learning Centre Genius Aulad ni.

Yuran Pendaftaran sahaja RM159.00
lain-lain item: RM1418.00
Yuran Bulanan dari pukul 8.30-11.30pagi: RM284.00
Uniform: RM40.30
Buku-Buku: 53.50

Van : 
Bulanan RM130.00 (2hala)
Admin Fee : RM50 (sekali setahun sahaja)

Untuk sorang anak je total kami perlu sediakan lebih kurang RM2000.00

No comments: