Showing posts with label PENAWAR HATI. Show all posts
Showing posts with label PENAWAR HATI. Show all posts

12 October 2013

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.. Dia bertanya kepada Tuhan: " Para malaikat disini mengatakan bahawabesok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara sayahidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab :"Aku telah memilih satu malaikat ntukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."   Bayi bertanya lagi:" Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalahbernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akanmerasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"   " Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengertibahasa mereka?"   "Malaikatmu  akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara." "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"   "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungisaya?"   "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"   "Tapi, saya pastiakan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" " Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agarkamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"   Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan: "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"   "Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "  Ingatlah sentiasa kasihsayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dancintailah dia sepanjangmasa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galanggantinya dunia akhirat.... Dan untuk para ibu,ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengankarenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawahtelapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :- "Wajahmu denganlinangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dandosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." "sampaikan! lah walau satu ayat"

04 October 2013

Bismillah...

Pada zaman Rasullullah s.a.w, diriwayatkan ada seorang yahudi menuduh seorang muslim mencuri untanya. Dia membawa empat orang saksi daripada golongan munafik.

Selepas diadili, Rasulullah menjatuhkan hukuman bahawa unta itu adalah milik si Yahudi dan tangan si Muslim diperintahkan dipotong atas kesalahan mencuri.

Si Muslim menyedari dirinya pada pihak yang benar dan dia difitnah. Lalu dia beroda kepada Allah."Ya Allah ya Tuhanku dan Baginda adalah Rasul Allah. Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Lalu Si Muslim itu berkata kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya hukuman engkau itu benar tetapi mintalah keterangan kepada unta untuk memastikan siapa yang benar dan siapa yang salah."

Unta Memang tidak boleh bercakap, tetapi Rasullullah bertanya juga kepada haiwan itu.

"Hai unta, milik siapakah engkau?" Tanpa diduga, unta itu menjawab dengan jelas."Wahai Rasulullah, aku adalah milik si Muslim dan sesungguhnya empat saksi itu adalah dusta."

Selepas itu, Rasullullah merapati si Muslim lalu berkata:" Wahai orang muslim, beritahu kepada aku apakah yang engkau  lalukan sehingga Allah menjadikan unta ini boleh bercakap?"

Jawab si Muslim:" Wahai Rasulullah, aku tidak tidur pada waktu malam selagi aku belum membaca selawat kepadamu 10kali.

02 October 2013

  • Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh sifat takwa, maka tidak ada kemuliaan baginya
  • Perhiasan ulama ialah takwa, keelokkannya adalah akhlak terpuji dan kecantikkannya adalah sifat murah hati
  • Tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu kecuali menuntutnya dalam kekurangan
  • Tidak ada aib lebih buruk kepada ulama selain daripada kesukaan mereka terhadap perkara yang tidak disukai Allah
  • Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang mendatangkan manfaat
  • Mencari kemewahan duniawi adalah seksaan kepada ulama
  • Sesiapa yang inginkan hati ditenangkan Allah, maka hendaklah die bersendirian, mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang jahat, dan tidak bersama-sama orang berilmu yang tidak insaf serta beradab
  • Tidak ada kegembiraan setanding nikmat bersama sahabat dan tidak ada rasa sedih setanding perpisahan dengan sahabat.