07 March 2014

Proses Pasang Tiles 030914-040914

Alhamdulillah, pemasangan tiles kat dapur umah ni dah siap tapi gambar yang fully siap tu yani tak letak lagi tapi yani letak gambar proses pemasangan je. Tapi oarng ni memang kepakaran dia pasang tiles je..Cepat dan kemas, Alhamdulillah..











Bismillah...

Sudah masuk 2 minggu renovate dapur seluas 7x20 kaki je luasnya.Alhamdulillah semalam dah siap la bahagian pintunya, tabletop dan di pasang sinki.Dapur je belum beli lagi...
Sekarang ni nak cari tiles yang harganya murah dan orang nak pasang tiles tu sebab orang yang buat dapur ni nak ambil upahnya je RM2000++..Mahal la bagi kami yang takde modal sangat kan!Upah dan barang buat dapur ni RM4000 la lebih kurang..Ok la kot kan!

Esok (8/3/14) InsyaAllah nak try cari kat area Johan Setia berdekatan area umah kami juga la kedai yang jiran kami maksudkan aritu di mana harganya ok..Tak tengok lagi jadi kami sendiri pun tak tau macamana harganya...









  Macam ni la rupa dapur kami dari luar yang belum siap mengecat dan pasang tiles. Idea asal nak pasang besi belah atasnya sebab nak tutup penuh, kena apply dulu dengan MBSA nanti tak pasal-pasal dapat surat cinta kan!


Sinki yang paling murah kami jumpa..hehe..RM120 beli kat kedai hardware jalan kebun..berhampiran dengan speed 99. Kedai lain semua jual harga yang mahal, kecik pula tu


10/3/2014

Alhamdulillah..semalam (9/3/14) dalam kekalutan rakyat dunia kecoh pasal MH370 yang hilang dan masih belum ditemui, yani n suami telah oergi ke kedai yang menjual tiles di Johan Setia, Jalan Klang..Dekat je dgn rumah kami di jalan kebun
Nama kedai ni Impian. Memang banyak pilihan tiles lantai, dinding..memang rambang mata kami tengok.

Hampir sejam kat situ, kami dah berjaya buat pilihan tiles yang sesuai dengan buget dan dapur baru ni...InsyaAllah, esok (11/3/14) diorg akan buat penghantaran tiles ke rumah. Habis dalam RM500++ total tiles je yang kami beli..untuk lantai dan tablet top..Ok la kot..Pertama kali pergi kedai tiles dan beli tiles...

Upah Renovate Rumah Harga Murah

2019:

Harini saya nak share dengan semua ada hamba Allah yang share ada orang yang boleh ambil upah renovate rumah dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Ini pengalaman yang dikongsikan oleh hamba Allah ini yang tinggal disekitar jalan kebun.


12 February 2014

Wednesday, February 12, 2014 0 Comments
11 FEBRUARY 2014 

Muka Lalok nak tido

Tak sampai dua saat dah lelap. Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t..Sejuk mata memandang ahli syurga ni

Hasil Perahan Susu

Wednesday, February 12, 2014 0 Comments
11 February 2014 : Hasil arini untuk baby Nur Nisa Nabihah ummi. Yani buat 3sesi pam kat ofis. Biasanya pagi dalam pukul 10-11pagi. Sesi ke 2 yani buat selepas lunch lebih kurang pukul 2-3petang. Dan sesi terakhir yani pam lepas solat asar.Sebelum pergi kerja yani akan mengepam 1sesi dan sesi malam sebelum tidur adalah sesi terakhir untuk setiap hari.Jadi jumlah satu hari yani pam adalah 5kali.Seronok sebenarnya dapat bagi susu ibu kat bayi kita ni. Pengalaman berbeza semasa anak pertama dulu



Pentingnya Kekerapan Mengepam

Memang penting sebenarnya kita pam dengan lebih kerap sebab penghasilan susu akan lebih meriah. Alhamdulillah, yani dah cuba disamping makan supplement tambahan dan berdoa. Sokongan daripada ahli keluarga terutama suami sangat perlu.

Indahnya Pengalaman Menyusukan Bayi Kita

Sebenarnya yani baru sahaja belajar menyusukan baby yani ni dengan susu badan dan ingin meneruskan sehingga usianya 2 tahun. Semoga hasrat yani ini akan tercapai, InsyaAllah.Orang cakap keindahannya sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Yani cukup seronok apabila anak yani Nur Nisa Nabihah tengah lapar da suara excited dia tu cukup buat yani rasa seronok sebab baru je nak selak baju tapi dia seolah-olah bagitau "cepat la ummi, cepat la ummi."haha...kelakar kan!

04 February 2014

Vita Lea

Tuesday, February 04, 2014 0 Comments
Bismillah...
Multivitamin @ vitamin pertama di dunia adalah dari brand shaklee.Bagi yang tak nak makan vitamin banyak-banyak boleh je makan VitaLea ni.Tapi bulan February ni dapat harga yang sangat special
pm/sms/wasap : 011-11770705
fb : https://www.facebook.com/nurilliani.matyusof
page : https://www.facebook.com/SusuIbuBagus
COD : Subang, Jalan Kebun, Kota Kemuning, Shah Alam

Baby Nur Nisa Nabihah

Tuesday, February 04, 2014 0 Comments
Bismillah...syukur sangat-sangat dah selamat semuanya. Selamat melahirkan anak ke dua 14 November 2013 10 Muharram 1435H yang di beri nama Nur Nisa Nabihah Binti Hermi (nama husband decide kat JPN puchong..nampak tak, nampak tak!!)
Gambar sehari sebelum bersalin. Abang cakap ambil la gambar kenangan sebelum bersalin..hehe...Nanti nak letak gambar sebelum bersalin anak first dulu juga la.hehe....

Masa ni baru beberapa lepas bersalin dan baru transfer dari wad bersalin ke wad biase. Bersalin kat Hospital Ampang dan ambil wad selesa sikit. Wad second class,(4 orang satu bilik, 2 bilik air).
kebetulan masa bersalin ni ramai sangat orang so masa nak masuk labor room pun kena Q dan nak masuk wad lepas bersalin pun Q juga. Sampai sempat makan lagi kat luar labor room sebab lama sangat tunggu wad kosong tapi baring la atas katil.hehe...Tunggu la kat luar labor room sambil dok tengok nurse, doctor lalu lalang.

Gambar ni masa kat luar labor room tengah tunggu wad kosong. Muka ahli syurga ni best je tengok kan!


























Set Berpantang yang mak makan sepanjang tempoh berpantang. Takde makan jamu pun sebab nk cuba makan supplement je la...ade beza tak? Mesti ade kan!
Mak dh habis pantang masa ni. Nak keluar shopping kejap