13 March 2014

Set Kesuburan

Thursday, March 13, 2014 0 Comments
Bismillah...

Setiap Pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat hadir dalam keluarga kan! Pelbagai usaha telah dilakukan namun belum berhasil juga, dah banyak produk lain dah guna tapi belum menampakkan hasil.

InsyaAllah set kesuburan shaklee yang semulajadi ini boleh membantu memulihkan kesihatan dalaman kita bukan untuk isteri sahaja tetapi untuk suami juga. Yani sendiri telah menggunakan fullset semasa ingin mendapatkan anak ke 2 yani. Alhamdulillah pengambilan yang betul secara konsisten selama 2 bulan menampakkan hasil. Sekarang anak yani dah nak masuk 4bulan usia die, Alhamdulillah...anak yang sihat



10 March 2014

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menemui satu tompokan minyak yang panjang 100 batu nautika dari pesisir pantai Tok Bali.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sebuah kapal peronda milik Maritim sudah diarah mengambil sampel minyak itu.

"Sampel itu diambil untuk kita analisis sama ada minyak yang tumpah itu ialah milik pesawat MH370 atau ia milik kapal-kapal yang menggunakan perairan itu," katanya dalam sidang akhbar Misi Pencarian Kehilangan Pesawat MAS di Pejabat Daerah Maritim Tok Bali di sini.

Beliau berkata Maritim memberi tumpuan dalam misi itu dengan mengikut jalan udara yang dilalui MH370 dan meninjau sehingga ke kawasan di mana kali terakhir pesawat berkenaan dikesan.

Pesawat MH370, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dalam perjalanan ke Beijing dan usaha mencarinya sedang dilakukan.  

Mohd Amdan juga berkata pihaknya mengarahkan helikopter AW139 milik Maritim untuk meninjau perairan Malaysia 90 batu nautika dan ke bawah menuju pesisir pantai Tok Bali bagi memastikan tiada kawasan yang terlepas.

Beliau berkata Maritim kini mencari petunjuk jika pesawat itu benar-benar terhempas di dalam perairan Malaysia di Laut China Selatan.

"Jika benar pesawat itu terhempas ke laut, sudah pasti kita akan menemui beg-beg pakaian dan serpihan-serpihan pesawat yang akan terapung," katanya.

Mohd Amdan juga berkata Maritim akan menemu bual nelayan yang berpangkalan di Kelantan dan Terengganu bagi meneruskan misi dalam usaha mencari MH370.

Beliau berkata nelayan merupakan satu daripada sumber maklumat Maritim bagi mengesan pesawat itu, yang dipercayai hilang di perairan Laut China Selatan.   

"Kita akan kerahkan pegawai kita temu bual mulai hari ini kerana nelayan-nelayan mungkin berada di perairan sewaktu kejadian itu berlaku. Kejadian berlaku di awal pagi dan berkemungkinan nelayan berada di laut pada waktu itu," katanya.

Ditanya sama ada Maritim akan menambah bilangan aset dalam misi pencarian ini, Mohd Amdan berkata pihaknya telahpun memaksimumkan penggunaan aset milik agensi berkenaan.

Maritim turut dibantu enam kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dua kapal milik kerajaan Singapura, katanya.

Beliau berkata Maritim telahpun memantau 100 peratus kawasan perairan Malaysia di Laut China Selatan pada hari kedua misi mencari pesawat yang hilang itu.

Bagaimanapun, Mohd Amdan tidak menolak kemungkinan MH370 terhempas di kawasan perairan Vietnam berikutan laporan penemuan tompokan minyak oleh pihak operasi Vietnam. - Bernama

07 March 2014

Bismillah...

Sebelum ini yani ade beli ice pack yang gel tu sebab tak sempat nak cari kat banyak kedai. Kat pasaraya pun susah nak cari ice pack ni.

Malam tadi (6/3/14) keluar pegi AEON BIG Bukit Rimau. Husband la tunjuk Ice pack brand Coleman ada offer so grap la satu sebab ice pack yang gel tu tak tahan sampai petang. Risau juga kan takut susu rosak pula

Demi anak tercinta beli la kan ice pack ni.Murah je yang 350ml RM14...murahkan...hehe...
Proses Pasang Tiles 030914-040914

Alhamdulillah, pemasangan tiles kat dapur umah ni dah siap tapi gambar yang fully siap tu yani tak letak lagi tapi yani letak gambar proses pemasangan je. Tapi oarng ni memang kepakaran dia pasang tiles je..Cepat dan kemas, Alhamdulillah..











Bismillah...

Sudah masuk 2 minggu renovate dapur seluas 7x20 kaki je luasnya.Alhamdulillah semalam dah siap la bahagian pintunya, tabletop dan di pasang sinki.Dapur je belum beli lagi...
Sekarang ni nak cari tiles yang harganya murah dan orang nak pasang tiles tu sebab orang yang buat dapur ni nak ambil upahnya je RM2000++..Mahal la bagi kami yang takde modal sangat kan!Upah dan barang buat dapur ni RM4000 la lebih kurang..Ok la kot kan!

Esok (8/3/14) InsyaAllah nak try cari kat area Johan Setia berdekatan area umah kami juga la kedai yang jiran kami maksudkan aritu di mana harganya ok..Tak tengok lagi jadi kami sendiri pun tak tau macamana harganya...









  Macam ni la rupa dapur kami dari luar yang belum siap mengecat dan pasang tiles. Idea asal nak pasang besi belah atasnya sebab nak tutup penuh, kena apply dulu dengan MBSA nanti tak pasal-pasal dapat surat cinta kan!


Sinki yang paling murah kami jumpa..hehe..RM120 beli kat kedai hardware jalan kebun..berhampiran dengan speed 99. Kedai lain semua jual harga yang mahal, kecik pula tu


10/3/2014

Alhamdulillah..semalam (9/3/14) dalam kekalutan rakyat dunia kecoh pasal MH370 yang hilang dan masih belum ditemui, yani n suami telah oergi ke kedai yang menjual tiles di Johan Setia, Jalan Klang..Dekat je dgn rumah kami di jalan kebun
Nama kedai ni Impian. Memang banyak pilihan tiles lantai, dinding..memang rambang mata kami tengok.

Hampir sejam kat situ, kami dah berjaya buat pilihan tiles yang sesuai dengan buget dan dapur baru ni...InsyaAllah, esok (11/3/14) diorg akan buat penghantaran tiles ke rumah. Habis dalam RM500++ total tiles je yang kami beli..untuk lantai dan tablet top..Ok la kot..Pertama kali pergi kedai tiles dan beli tiles...

Upah Renovate Rumah Harga Murah

2019:

Harini saya nak share dengan semua ada hamba Allah yang share ada orang yang boleh ambil upah renovate rumah dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Ini pengalaman yang dikongsikan oleh hamba Allah ini yang tinggal disekitar jalan kebun.


12 February 2014

Wednesday, February 12, 2014 0 Comments
11 FEBRUARY 2014 

Muka Lalok nak tido

Tak sampai dua saat dah lelap. Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t..Sejuk mata memandang ahli syurga ni

Hasil Perahan Susu

Wednesday, February 12, 2014 0 Comments
11 February 2014 : Hasil arini untuk baby Nur Nisa Nabihah ummi. Yani buat 3sesi pam kat ofis. Biasanya pagi dalam pukul 10-11pagi. Sesi ke 2 yani buat selepas lunch lebih kurang pukul 2-3petang. Dan sesi terakhir yani pam lepas solat asar.Sebelum pergi kerja yani akan mengepam 1sesi dan sesi malam sebelum tidur adalah sesi terakhir untuk setiap hari.Jadi jumlah satu hari yani pam adalah 5kali.Seronok sebenarnya dapat bagi susu ibu kat bayi kita ni. Pengalaman berbeza semasa anak pertama dulu



Pentingnya Kekerapan Mengepam

Memang penting sebenarnya kita pam dengan lebih kerap sebab penghasilan susu akan lebih meriah. Alhamdulillah, yani dah cuba disamping makan supplement tambahan dan berdoa. Sokongan daripada ahli keluarga terutama suami sangat perlu.

Indahnya Pengalaman Menyusukan Bayi Kita

Sebenarnya yani baru sahaja belajar menyusukan baby yani ni dengan susu badan dan ingin meneruskan sehingga usianya 2 tahun. Semoga hasrat yani ini akan tercapai, InsyaAllah.Orang cakap keindahannya sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Yani cukup seronok apabila anak yani Nur Nisa Nabihah tengah lapar da suara excited dia tu cukup buat yani rasa seronok sebab baru je nak selak baju tapi dia seolah-olah bagitau "cepat la ummi, cepat la ummi."haha...kelakar kan!

04 February 2014

Vita Lea

Tuesday, February 04, 2014 0 Comments
Bismillah...
Multivitamin @ vitamin pertama di dunia adalah dari brand shaklee.Bagi yang tak nak makan vitamin banyak-banyak boleh je makan VitaLea ni.Tapi bulan February ni dapat harga yang sangat special
pm/sms/wasap : 011-11770705
fb : https://www.facebook.com/nurilliani.matyusof
page : https://www.facebook.com/SusuIbuBagus
COD : Subang, Jalan Kebun, Kota Kemuning, Shah Alam