24 August 2015

Bismillah..

Hari ini Kak Mek nak kongsikan tips hebat bagaimana nak daptakn zuriat. Tips hebat ini Kak Mek ambil dari facebook dr pakar sakit puan, Dr Ahmad Arshad yang femes dari dulu lagi tu. Ada juga kawan Kak Mek yang pergi ke klinik dia untuk dapatkan rawatan atas masalah sakit puan. Alhamdulillah, membuahkan hasil dan kawan Kak Mek tu berjaya hamil. Yang penting kita berusaha dan disamping tu jaga setiap pemakanan kita tak kira la suami kita ke atau diri kita sendiri. Nak mengandung ni kan perlukan kerjasama dua pihak jadi dua-dua pihak perlu la amalkan gaya hidup sihat selepas usaha untuk mengandung secara semulajadi tidak berjaya.





  1. Jangan berputus asa, teruskan berdoa kepada Allah dan berusaha untuk mendapatkan rawatan
  2. Turunkan berat badan kawal disekitar 60kg (yang ni kak mek rasa kena ikut BMI badan masing-masing la lagi bagus kot)
  3. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam minuman dan makanan
  4. Minum teh hijau dan fresh juice. Elakkan fizzy/softdrink dan juice dalam botol atau kotak. Minum air kelapa atau buat juice buah-buahan
  5. Makan lebih sayur-sayur hijau, ulam-ulaman, sup sayur, salad, pecal atau rojak
  6. Makan lebuh buah-buahan. Mulakan setiap sajian makanan dengan buah-buahan, diikuti sayur-sayuran.
  7. Kurangkan nasi, makan lauk-lauk seperti : daging, ayam, dan ikan yang fresh. Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang dalam masakan.
  8. Jauhkan fast dan junk foods dan makanan yang diproses yang mengandungi bahan pengawet, perisa dan pemanis
  9. Banyakkan berehat dan relaxs. Ambil cuti bila isteri subur. Boleh kesan kesuburan dengan ujian ovulation
  10. Lakukan exercise dengan berjalan kaki, jogging, tredmill atau berenang sekurang-kurangnya 30minit setiap hari.
  11. Supplement - multivitamins, asid folic, vitamin E & vitamin C, logam-logam zinc dan selenium (GLA@evening rose), fish oil, habatussauda
  12. Berbagai-bagai kaedah rawatan menambah peluang untuk hamil seperti - xray HSG hydrotubation, D & C, Laparoscopy, IUI, IVF ICSI dan lain-lain.
  13. Disiplin yang tinggi perlu untuk memastikan peluang untuk hamil adalah tinggi


13 August 2015

Bismillah...

Kak Mek baru ternampak pasal Restoran masakan kelantan ala-ala restoran nasi ulam cikgu tu kat KL ni lepas page I love Kelantan share pasal Restoran Che Mat Delight ni. Aduhai..kak mek terliur sangat nak pergi sana ni.

Sabtu ni 15/8/15 kak mek hajatnya nak pergi try sekali makanan Restoran Che Mat Delight ni. Sedap ke?hahaha..

Kak Mek belanja dulu gambar yang kak mek ambil dari page Restoran Che Mat Delight ni. Jangan Marah ye owner page tu. Kak Mek promote sekali ni deh! Lepas kak mek rasa masakan dia ni, kak mek akan update lagi ye. Dengan gambar selfie lagi kak mek share. Biar semua orang terliur dan dengki tengok kak mek dah rasa masakan kat restoran che mat delight ni.hahahha...







Alamat Restoran Che Mat Delight ni seperti dibawah:


Masa Operasi: 11pagi- 4petang sahaja(yang kak mek dapat info)



12 August 2015

Bismillah..

Pagi ini Kak Mek terbaca la pasal perempuan datang bulan (haid) ni kena berpantang juga. Ish..iyeke? Period je pun kan. Kak Mek baca sampai habis. Nak Kak Mek kongsikan ke kat sini? Kak Siti Aisyah ni tukang urut. Dia banyak menuntut ilmu dengan pakar perbidanan (pengasas Nona Roguy)

Kak Mek kongsi kat sini ye.Nanti pakat baca dan amal la ye. Bukan baca sahaja

1. Mandi Dengan air suam sepanjang kita datang bulan
      Sebab? 
      Rahim kita semasa kita datang bulan berada dalam keadaan bengkak dan lemah. Kalau         kita mandi dengan air sejuk, kesian kat rahim kita tu. Kalau rajin tuam sekali sekala kat         rahim tu.




2. Elakkan makan yang sejuk dan berangin: masa ini, urat kita tengah mengembang. 
    Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mengelak badan daripada diserang sakit             urat, sakit pinggang dan sebagainya
   
3. Makan Herba : Memakan herba ini membantu melanjarkan pengaliran darah haid serba        pembuangan air besar

Mempunyai masalah senggugut yang teruk


***Darah haid perlu lawas dan keluar habis dari rahim kita untuk mengelak masalah-masalah rahim seperti cyst, fibroid, senggugut dan ketidaksuburan



KAK MEK PENGEDAR SAH SHAKLEE SEKITAR ANDA. BOLEH HUBUNGI KAK MEK/ SMS/WASSAP : 011.1177.0705 (24/7)


11 August 2015

Bismillah....

Tengah buat ye semua masa baca tulisan Kak Mek ni? Boleh kasitau sikit tak?hihi..sibuk je kan Kak Mek ni. Hari ini Kak Mek dok cari-cari folder yang ada benda penting dalam tu. Terjumpa pula buku yang ada dalam Slot Kesihatan tentang cara pemakanan Rasulullah s.a.w. Kita tiru cara Rasulullah s.a.w bukan sahaja nak dapatkan pahala tetapi demi menjaga kesihatan tubuh badan kita. Pentingnya kita menjaga kesihatan kita bukan sahaja untuk diri kita sendiri tetapi untuk orang disekeliling kita juga.

Terlanjur sebut pasal orang disekeliling kita, Kak Mek teringat kata-kata officemate Kak Mek. Dia muda lagi, baru berusia 32tahun. Kak mek muda sikit dari dia.hihi...Officemate Kak Mek ni ada diabetes dan Gout. Dia ada seorang anak angkat yang dia jaga dari lahir lagi anak tersebut. Dia cakap kalau jadi apa-apa kat dia, ada orang ke tak nak jaga anak dia tu. Seorang lagi officemate Kak Mek jawab, sebab itu la kita kena kuat, jaga kesihatan diri kita, tak boleh sakit melainkan dengan izin Allah s.w.t. Ok la kan, Kak Mek cerita sikit je la ye. Jom kita tengok bagaimana cara Rasulullah s .a.w menjaga pemakanan baginda.





1. Baca Doa sebelum dan selepas makan

2. Tidak minum susu semasa makan daging, ikan dan ayam

3. Rasulullah melarang minum susu bersama cuka

4. Tidak boleh memakan buah bersama susu




5. Buah tamar (Kurma)

6. Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan pengambilan madu

7. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan         berat.

8. Elakkan makan makanan darat bersama makanan laut (seafood)

9. Jangan tinggalkan makan malam.

10. Nabi juga mengajar supaya meminum air dengan meneguk secara perlahan-lahan.




MENCARI PENGEDAR SHAKLEE BERHAMPIRAN ANDA?
Mobile :011.11770705
FB : Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: SusuIbubagus
IG: Illiani29


COD : JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING, USJ 19, KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA

04 August 2015

Bismillah...

040815
Bertemu lagi kita kan. Hari ini cuaca redup je. Dah berapa hari selangor ni hujan. Baju yani jemur 3hari dah tak kering-kering lagi. Cuaca tempat adik kakak semua ok ke? Ada yang nak derma 2.6b duit untuk yani tak? erm..kecoh pula masa ni tentang derma tu kan.Best juga kalau ada yang nak derma kan.hahah..

Hari ini YAni nak kongsi pasal Vitamin B complex. Ramai yang tahu B complex shaklee ni dah lengkap dengan asid folic jadi kalau ibu mengandung ke, sedang bersedia untuk mengandung tak perlu lagi ambil berasingan tetapi hanya perlu makan B Complex ni je.

Kenapa Asid Folic Penting



JANGAN AMBIL MUDAH KEKURANGAN ASID FOLIC DALAM BADAN

Ada yang beranggapan pengambilan sebarang supplement tidak penting terutamanya semasa hamil. Sekarang ini banyak sangat kes yang berkaitan dengan penyakit bayi dalam perut lagi kena yang kak mek dengar. Takut juga kan. Memang la kita kena berserah kepada Allah s.w.t tapi sebagai hambanya, kita wajib berikhtiar. Suami tu rajin-rajin la membaca semasa isteri sedang hamil. Apa yang perlu si isteri makan, kena jaga semasa hamil. Bukan tolong tengok je isteri tengah hamil tu.

Kalau rasa si isteri tak cukup zat, ringankan tangan keluarkan sedikit belanja untuk belikan si isteri vitamin tambahan. Isteri kita mengandungkan anak kita sendiri juga kan. Nak anak dalam kandungan sihat. Isteri sihat.

Banyak pula yani membebel hari ini.

Kalau nak tanya lebih-lebih lagi boleh hubungi yani sendiri ye. InsyaAllah, yani cuba bantu sedaya upaya yani.

Boleh baca link ni yang yani ambil dari blog DR Zubaidi pasal asid folic


YANI : 011-11770705
ID SHAKLEE : 920151
COD: JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, JOHAN SETIA, JALAN BUKIT KEMUNING
POS LAJU KESELURUH MALAYSIA

ADA YANG NAK JOIN AHLI TAPI TAK TAHU CARANYA? APA KELEBIHAN JADI AHLI NI? JANGAN LUPA HUBUNGI YANI YE 


23 July 2015

Bismillah...

Harini ramai yang dah keje. Kak mek pun baru masuk opis harini sebab anak bujang kak mek tadikanya buka harini. Terpaksa la kak mek cuti lagi sampai semalam (220715).
Lepas ni bermula la rumah terbuka orang-orang kat bandar pula ye. Tapi kak mek tinggal kat kampung juga.
Nak idea nak masak apa untuk rumah terbuka? Kak Mek share sikit la ye. Nak lebih banyak nanti kak mek fikir lagi apa yang sesuai nak masak masa rumah terbuka.

MENU 1:


Laksa Pineng

Bahan-bahan:

  • Ikan Sardin Fresh@Selayang 1kg
  • 3batang bunga kantan
  • Daun Kesum RM2
  • Bawang Merah besar-separuh
  • Bawang Putih- Seulas
  • Gula Melaka - 1 keping
  • 10 Keping asam keping atau mengikut rasa masam nak macamana. ada asam keping yang tak masam sangat. Bergantung kepada asam keping yang kita guna
  • 30 Tangkai cili kering
  • Garam
Bahan-bahan Ulam:
  • Telur rebus
  • Daun salad
  • Limau kasturi
  • Bawang merah besar
  • Cili masak@cili padi
  • Timun Batang
Laksa:
  • Kak mek biasa guna brand EKA yang plastik hijau tu
  • Tak pun beli laksa pendek

Cara-cara:

  1. Ikan direbus
  2. Cili kering + bawang merah + bawang putih di blend halus
  3. Ikan yang telah direbus tadi asingkan isi dengan tulang.tulang ikan jangan dibuang
  4. Air rebusan ikan guna untuk blend isi ikan tadi
  5. Didihkan ke dalam periuk
  6. Setelah selesai isi ikan dikisar, kisar pula tulang ikan tadi dan tapis ke dalam periuk.Biasa kak mek buang kepala ikan tu.
  7. Biarkan kuah mendidih. Sukatan air mengikut kehendak masing-masing. Kalau tak suka pekat, tambah lagi air tu. Tapi biasa kak mek akan sukat kuah tu ms blend tulang ikan.Kalau nk kuah banyak, tulang tu blend ulang 3,4x. Kalau tak, 2x dah cukup ulang blend tulang yang dicampur air.
  8. Letakkan asam keping, garam, gula merah, bunga kantan dan daun kesum. Ada yang suka letak petis udang dalam kuah, boleh terus letak dlm 2sudu besar
  9. Kecikkan api, biarkan kuah tu mendidih perlahan.
  10. Laksa kering perlu direbus sehingga lembut
  11. Siapkan segala jenis ulam dan sedia untuk dihidangkan
Tips Kuah Sedap
*Kalau nak makan laksa harini, kuah elok buat malam tadi. Bahan-bahan dalamanya dah sebati jadi rasa kuah lagi sedap

*Kak mek punya versi, memang tak guna bawang banyak. Kak mek dapat resepi ni daripada sepupu kak mek yang buat katering

*Suami kak mek suka makan laksa letak cili sos. Nak tau rasanya cmne kena try sendiri


MENU 2: KOKTAIL BUAH BERKUAH


Bahan-bahannya:

  1. 3 Tin Susu Cair
  2. I tin koktail Buah
  3. Nata De Coco
  4. Puding kecik-kecik
  5. Fresh fruit kalau suka
  6. Buah Laici
Cara-cara:

  • Masakkan susu cair dengan api perlahan. Ni nak elak sakit perut. Ada je yang terus campur susu cair dengan bahan-bahan lain tanpa susu cair dimasak terlebih dahulu. Boleh pilih mana yang ok.
  • Susu cair perlu dikacau selalu untuk mengelak susu berketul
  • nampak dah mendidih, tutupkan api dan biarkan suam sekejap susu cair tersebut
  • Campurkan semua bahan-bahan lain diatas tadi
  • Letakkan ais dan juga aiskrim soda
  • Panas-panas memang sedap dimakan koktail buah ni

MENU 3; LAKSA KELANTAN


Bahan-bahan:
  1. 5 ekor  ikan kembung saiz sederhana
  2. 6 ulas bawang merah
  3. 2cm halia
  4. setengah kg santan @ mengikut kepekatan kuah yang digemari
  5. Ulam-ulam ( timun, daun serai, kacang panjang, taugeh, daun kesum, bunga kantan)
  6. Laksa
  7. Serai- 2 batang
  8. Lada hitam jika suka
  9. Asam keping
Cara-cara :
  • Ikan kembung direbus dan diasingkan isi dari tulangnya
  • Kisar isi ikan dengan bawang merah dan halia, lada hitam
  • Masakkan kuah tadi sehingga mendidih, kemudian masukkan santan
  • Api jangan terlalu besar
  • Rasakan garam, letak asam keping dalam 2 keping
  • Racip halus ulam-ulam
  • Sedia untuk dihidangkan
*Tips Bonda kak mek kalau buat kuah laksa lemak ni, goreng bawang merah dan tabur dalam kuah masa nak hidang. Bau wangi katanya.

*Kalau kat kelantan, laksa lemak dihidang asing dengan garam, limau nipis dan belacan. Kena makan dengan tangan dan pastikan belacan hancur. Memang sedap



Bismillah...

Raya setiap tahun selepas berkahwin ni macam biase la ada sistem giliran. Tahun ni 2015, kak mek raya umh kak mek kat kelantan dulu. Raya kedua petang, kak mek gerak balik umh mak mertua kat ulu yam. Memang umah mak mertua kak mek ni dekat sangat dengan genting tapi kak mek tak penah naik pn guna kabel car.hahaha..

Masa family belah husband kak mek plan nak naik genting guna kabel car kak mek cuak juga sebab dah rasa naik kat Langkawi aritu kecut perut juga la kak mek.huhu..Tapi naik juga la. Takkan nak dok umah kan.
 Ada replika transformer pula masa nak beli tiket tu. Anak bujang kak mek memang suka sangat la. Bergambar muka serius. Lepas amik gambar die gelak. Sama perangai dengan abah dia.
 Gambar ni kak mek amik masa nak turun dah.











Beratur masa nak naik memang ramai sangat la orang. Orang kita tak ramai sangat tapi ramai orang luar. Pelancong asing. Husband kak mek dah penat dah dukung si kecik tu.
Tapi pengalaman naik kabel car pergi genting tak segayat kabel car kat Langkawi. Rasanya yang kat Langkawi tobat kak mek tak naik dah