24 August 2015

13 TIPS UNTUK DAPATKAN ANAK OLEH DOKTOR AHMAD ARSHAD

Bismillah..

Hari ini Kak Mek nak kongsikan tips hebat bagaimana nak daptakn zuriat. Tips hebat ini Kak Mek ambil dari facebook dr pakar sakit puan, Dr Ahmad Arshad yang femes dari dulu lagi tu. Ada juga kawan Kak Mek yang pergi ke klinik dia untuk dapatkan rawatan atas masalah sakit puan. Alhamdulillah, membuahkan hasil dan kawan Kak Mek tu berjaya hamil. Yang penting kita berusaha dan disamping tu jaga setiap pemakanan kita tak kira la suami kita ke atau diri kita sendiri. Nak mengandung ni kan perlukan kerjasama dua pihak jadi dua-dua pihak perlu la amalkan gaya hidup sihat selepas usaha untuk mengandung secara semulajadi tidak berjaya.





  1. Jangan berputus asa, teruskan berdoa kepada Allah dan berusaha untuk mendapatkan rawatan
  2. Turunkan berat badan kawal disekitar 60kg (yang ni kak mek rasa kena ikut BMI badan masing-masing la lagi bagus kot)
  3. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam minuman dan makanan
  4. Minum teh hijau dan fresh juice. Elakkan fizzy/softdrink dan juice dalam botol atau kotak. Minum air kelapa atau buat juice buah-buahan
  5. Makan lebih sayur-sayur hijau, ulam-ulaman, sup sayur, salad, pecal atau rojak
  6. Makan lebuh buah-buahan. Mulakan setiap sajian makanan dengan buah-buahan, diikuti sayur-sayuran.
  7. Kurangkan nasi, makan lauk-lauk seperti : daging, ayam, dan ikan yang fresh. Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang dalam masakan.
  8. Jauhkan fast dan junk foods dan makanan yang diproses yang mengandungi bahan pengawet, perisa dan pemanis
  9. Banyakkan berehat dan relaxs. Ambil cuti bila isteri subur. Boleh kesan kesuburan dengan ujian ovulation
  10. Lakukan exercise dengan berjalan kaki, jogging, tredmill atau berenang sekurang-kurangnya 30minit setiap hari.
  11. Supplement - multivitamins, asid folic, vitamin E & vitamin C, logam-logam zinc dan selenium (GLA@evening rose), fish oil, habatussauda
  12. Berbagai-bagai kaedah rawatan menambah peluang untuk hamil seperti - xray HSG hydrotubation, D & C, Laparoscopy, IUI, IVF ICSI dan lain-lain.
  13. Disiplin yang tinggi perlu untuk memastikan peluang untuk hamil adalah tinggi


No comments: