26 August 2015

ANTIOBIOTIK MUNGKIN MERBAHAYA

Bismillah...

Hari ini Kak Mek nak share tentang Antibiotik. Kak Mek dapat info ni dari pamplet Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau cakap pasal antibiotik ramai dikalangan kita mesti cakap, demam je mesti makan antibiotik sebab nak kasi mati kuman dalam badan kita. Tapi yang pula kita tak tahu antibiotik ini sebenarnya boleh memudaratkan badan kita sendiri juga

Apa Itu Antibiotik?

  • Antibiotik hanya membunuh atau merencat oertumbuhan kuman bakteria. Ia tidak membunuh kuman lain seperti virus dan kulat.
Mengapa Antibiotik Diperlukan?


  • Antibiotik hanya berkesan terhadap jangkitan bakteria
  • Antibiotik yang berbeza diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria yang berlainan
  • Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk anda.
Tahukah anda?

  • Batuk dan selsema biasanya tidak memerlukan antibiotik dan biasanya akan pulih dengan pengambilan air dan rehat secukupnya.
  • Sekiranya disalahguna, kerintangan antibiotik my=ungkin berlaku dan boleh menyebabkan hilang keberkesanan.
  • Bakteria yang telah mengalami kerintangan antibiotik akan menyebabkan jangkitan yang lebih serius di masa akan datang.
Peranan Anda Untuk Mengurangkan Kerintangan Antibiotik

  • Ambil antibiotik mengikut arahan
  • Elakkan meminta antibiotik daripada doktor. Doktor akan menentukan jika anda memerlukan antibiotik
  • Berjumpa dengan doktor sekiranya anda demam dan sakit lebih daripada 2 hari.
Antibiotik Semulajadi:

Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi. Kalau ada yang masih ingat semasa penularan influenza dulu, ramai pakar-pakar menggalakkan pengambilan bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk menghalang jangkitan influenza. 

Boleh ke nak makan sebiji-sebiji bawang putih tu? Kalau orang kelantan, biasa je makan bawang putih jeruk, terutama pada bulan puasa atau letak dalam nasi kerabu. Memang sedap




PENGEDAR SHAKLEE SAH BERHAMPIRAN ANDA: KAK MEK (011-1177 0705)
iD sHAKLEE : 920151
COD: USJ 1-MYDIN USJ/GIANT USJ, KOTA KEMUNING, JALAN KEBUN, SHAH ALAM
POS LAJU KE SLEURUH MALAYSIA
















No comments: