26 August 2015

KERANA CINTAKU: 7 ADAB TIDUR

Bismillah...


  1. Jangan Terlalu Kenyang: Mulai dari waktu mengadap hidangan makan malam. Jangan makan terlalu kenyang kerana perut yang penuh juga tidak elok untuk kesihatanPerut yang kenyang akan menyebabkan cepat berasa mengantuk dan susah untuk bangun pagi.
  2. Berwuduk - Gosoklah gigi sleepas makan sebelum masuk tidur. Biasakan diri mengambil wuduk sebelum tidur kerana malaikat menyukai orang yang selalu berwuduk.
  3. Mengingati Kesilapan - ebelum meletakkan kepala ke tempat tidur, cuba ingat-ingatkan semula apa yang telah dilakukan sepanjang harian sejak awal pagi tadi. Kalau banyak perkara yang baik, berazamlah untuk mngekalkan perbuatan yang baik itu. Tetapi kalau banyak perkara yang tidak baik, berazamlah untuk tidak mengulangi lagi. Beristiqfarlah memohon keampuanan dari Allah s.w.t
  4. Mahu Bangun Awal - Kalau masih ada waktu, luangkan sedikit masa membaca sebaris dua ayat-ayat Al quran. Atau memadai membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas. Digalakkan membaca sebanyak tiga (3) kali sambil niatkan didalam hati mahu bangun awal.
  5. Membaca Doa - Sampai masa melelapkan mata, bacalah doa ini terlebih dahulu, Maksudnya:" Dengan Nama Allah, aku hidup dan aku mati." Tidurlah dengan mengiring ke kanan da seeloknya menghadap muka ke kiblat.
  6. Bangun Pagi -  Jika terjaga di tengah makam, ucaplah istiqfar atau memuji kebesaran Allah. Setelah terjaga pada waktu paginya bacalah pula doa: Maksudnya," Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. Kepadanya kami akan dibangkitkan
  7. Niat Yang Baik - Tanamkan dalam hati untuk melakukan kebaikan sebnayak-banyaknya pada hari itu atau lebih baik daripada semalam. Niat yang baik juga dinilai sebagai amal kebajikan di sisi Allah.
SELAMAT BERAMAL

PENGEDAR SAH SHAKLEE BERHAMPIRAN ANDA: KAK MEK (011-1177 0705)
iD sHAKLee: 920151
COD: USJ 1(MYDIN/GIANT USJ), KOTA KEMUNING, JALAN KEBUN, JOHAN SETIA, SHAH ALAM

No comments: