Bismillah..
27/8/2015
Hari ini Kak Mek terpanggil untuk menulis tentang akhlak anak-anak kita. Kenapa Kak Mek hari ini buang tebiat pula kan. Mungkin hari ini ramai dikalangan pelayar laman sosial baca tentang tweet seorang pelajar tentang guru bahasa malaysia dia disekolah yang menulis kata-kata yang 'dikatanya biadap'. Komen di fb juga beribu-ribu yang kebanyakannya menyokong guru tersebut dan menyatakan anak murid tersebut tidak berakhlak dan tidak menghormati gurunya sendiri
Mungkin ramai dikalangan kita terutama Kak Mek sendiri mempunyai macam-macam pengalaman tentang zaman persekolahan. Kalau dibawa berbicara tentang zaman sekolah, ramai yang menyatakan betapa seronoknya zaman sekolah sehingga tema-tema majlis makan malam terutama di universiti buat konsep 'Back To School'. Seronoknya zaman sekolah dulu-dulu walaupun dulu-dulu kita dihidangkan dengan rotan dan juga denda-denda yang macam jenis denda la dulu. Kalau dah buat salah sudah pasti la kena denda. Kak Mek dulu masa sekolah rendah, darjah dua tak silap Kak Mek, seorang cikgu lelaki galakkan pelajar perempua pakai tudung datang ke sekolah.Maknanya bukan masa kelas dia je kena pakai tudung. Kalau tak pakai tudung kena denda. Nak tahu apa denda cikgu Nik Yusoff tu kat sapa yang tak pakai tudung?
Pakai kotak ubat gigi colgate yang sekolah bagi free dulu tu sorang-sorang dan pusing keliling kelas. Tak hafal sifir pun kena berdiri atas kerusi, berdiri atas meja. Tapi anda tahu tak moral of the punishment tu semua. Kita tak berdendam pun dengan cikgu tu tapi kita sahut cabaran cikgu tersebut sampai boleh hafal semua sifir. Tapi anak-anak sekarang cuba kita buat macamtu? Dah viral satu Malaysia. Nasib malang cikgu tersebut kena tatatertib. Anak-anak kita sebenarnya takde akhlak, tak reti adab dengan cikgu yang memberi ilmu tu, takde rasa hormat terhadap guru. Sedih dan rasa marah bila dengar tentang akhlak anak-anak sekarang. Lagi maju sesebuah negara, apabila tak diajar tentang akhlak semakin mundur pemikiran kita. Sebab apa?Apakah tak cukup tertera agama Islam dalam IC kita, apakah tak cukup nama kita di Bin/binti atas dasar kita ini beragama Islam.
Sememangnya tak cukup. Kenapa kita tak berakhlak?Kenapa akhlak anak-anak kita semakin tenat? Apa yang membezakan didikan ank-anak sekarang dengan didikan para ibu bapa dulu yang sekolahnya sampai darjah 3, darjah 6. Kenapa ibu bapa dulu yang tiada pendidikan tinggi memandang tinggi guru-guru yang mengajar anak-anak mereka?Kenapa ibu bapa sekarang yang rata-ratanya berpendidikan tinggi tak boleh ajar anak-anak menghormati seorang guru yang mencurah ilmu kepada anak-anak kita? Kenapa?
Kak Mek rasa sudah sampai masanya negara kita memperkenalkan pendidikan akhlak dalam sistem pendidikan negara kita. Kak Mek jumpa tentang sistem pembelajaran dijepun di wall prof Muhaya. Kak Mek kongsikan kat sini untuk kita semua baca:
Mari la kita sama-sama doakan anak-anak kita akan lebih berakhlak selepas ini. Jadikan orang Islam yang disegani, bukan dibenci
No comments:
Post a Comment