06 February 2015

GULAM MEE DAMANSARA

Bismillah...cuti Thaipusam 3/2/2015 aritu, yani, husband anak-anak saja la keluar pergi cari makan. Teringat nak pergi makan kat Gulam Mee. Sambil-sambil boleh pergi ambil kain untuk buat baju raya kami sekeluarga nanti. Selama ini ingat Gulam Mee ni kedai melayu rupanya mamak.hahha..boleh la. Mula -mula sampai tak tahu nak order apa. Tanya member yani. Dia cakap mee/bihun sup sedap. Jadi yani order la bihun sup, husband order nasi goreng ayam, adi nasi ayam. Sebelum tu oder macam rojak kot. Tapi tak pernah makan kat kedai lain sebelum ni.Boleh cuba la. Dia goreng dengan taugeh. Lepas tu letak la tauhu, timun dan makan dengan kuah kacang. Sedap..



Bihun sup yang yani order pun mabeles. Sedap...boleh bagi 5*.Hihihi...Husband nak try Gulam mee. macam mee goreng mamak la tapi sebab dah kenyang so tak jadi order. Lain kali kami datang lagi. Lokasi memang senang cari. Ikut jalan nk ke sungai buluh yang sepanjang jalan ada nursery tu. 


Bihun Sup yang tinggal tulang je

No comments: