06 February 2015

KERABU PEGAGA



Bismillah..

6 February 2015
 Hari ini yani nak kongsi resepi kerabu pegaga. Suami yani yang request nk makan kerabu pegaga ni. 

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Bahan-bahan:

Seikat pegaga harga lebih kurang RM2.50
Kelapa parut separuh 
Serai : 2 batang
Bawang merah besar ; 1 labu
Cili padi : 3 tangkai
Kacang panjang : 3tangkai
Cili masak merah : 1 tangkai
Ikan kembung rebus : seekor 
Limau nipis/kasturi : sebiji/3biji

Cara-caranya:

1.Kelapa parut kena goreng tanpa minyak sampai kuning
2. Bawang, kacang panjang, serai, cili masak & cili padi dimayang halus
3. Apabila kelapa nampak kekuning kuningan, masukkan ikan rebus yang telah dibuang isinya. Rasakan garam dan gula sedikit
4. Angkat kelapa yang telah dimasak tadi dan gaul dengan semua bahan yang telah dimayang tadi. 
5. Perah limau nipis/limau kasturi

Kelapa yang digoreng terlebih dahulu, membuatkan kerabu kita tahan lebih lama





No comments: