03 February 2015

SEMBELIT BOLEH MENGAKIBATKAN KANSER KOLON


Bismillah...

Hari ini yani ingin kongsikan tentang kanser kolon/kanser usus. Ada orang menganggap gastrik/sembelit adalah perkara biasa dan normal lantaran disebabkan faktor pemakanan mereka sendiri. Tanpa mereka sedari gejala biasa ini boleh mengakibatkan kanser untuk jangka masa yang lama. Boleh rujuk artikal yang yani perolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia tentang gejala ini.

                                                                       Kanser Kolon/Kanser Usus


Usus besar terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. 5 hingga 6 kaki pertama usus besar adalah kolon dan rectum adalah 6 inci panjang yang berakhir di dubur. Kanser kolon dan rektum adalah salah satu satu daripada kanser yang kerap berlaku di dunia. Di Malaysia Barat pada tahun 2002, ia merupakan kanser tertinggi di kalangan lelaki dan ketiga di kalangan wanita. Bangsa Cina mencatatkan bilangan tertinggi pesakit kanser kolon dan rektum. Kanser kolon dan rectum biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) dan berubah kepada kanser. Pengesanan awal amat penting bagi membolehkan pembuangan polip dengan segera faktor risiko penyebab kanser kolon dan rektum tidak diketahui. Faktor mendorong kepada kanser kolon dan rektum :
  • Usia: lebih 90% kes di Malaysia berlaku pada usia lebih 40 tahun.
  • Polip: polip jenis adenoma boleh menyebabkan kanser.
  • Penyakit radangan usus : seperti "ulcerative colitis"(luka dan radangan pada usus) dan "Crohn's disease" (radangan pada usus,usus menebal dan luka) membentuk radangan yang berpanjangan.
  • Sejarah kanser: wanita yang mendapat kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan mendapat kanser kolon dan rektum.
  • Sejarah keluarga kanser: ahli keluarga mendapat kanser kolon dan rektum, terutama sekali bila kanser didapati pada usia sebelum 60 tahun.
  • Pemakanan: makanan tinggi lemak dan kurang serat.
  • Merokok: kajian menunjukan perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding dengan individu yang tidak merokok.
  • Ubat penahan sakit bukan steroid: contoh aspirin boleh kurangkan risiko pembentukan kanser kolon dan rektum hasil dari sesetengah kajian.
  • Permakanan dan ubatan: makanan kaya dengan buah-buahan, sayuran dan kurang daging merah mungkin mengurangkan risiko kanser usus dan dubur. Sesetengah kajian mendapati pengambilan ubatan folic acid dan kalcium boleh mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum.
  • Berat badan dan aktiviti fizikal: individu dengan cara hidup yang tidak aktif dan individu lebih berat badan atau obesiti meningkatkan risiko kanser kolon dan rektum. 

SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN UNTUK MENJAGA USUS/ELAK SEMBELIT 


  • OSTEMATRIX @ KALSIUM : Kesan Penenang
  • HERB LAX :Detoks
  • ALFALFA : Mengandungi banyak serat
  • B COMPLEX : Sangat perlu untuk pencernaan normal
  • PEPPERMINT GINGER : Membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair percernaan semulajadi
  • VIVIX : Mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular

PENGEDAR SAH SHAKLEE: COD JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, JOHAN SETIA, USJ 1
POS LAJU KE SELURUH MALAYSIA
HUBUNGI YANI : 011-1177 0705
fb: Nur Illiani Mat Yusof




No comments: