01 March 2018

Dengar je pasal makan supplement menjadi punca buah pinggang rosak, habis semua jenis supplement kena pukul sama rata. Yang mana anti supplement sebelum ni mula la menyokong fakta ni kan dan menyalahkan supplement yang dimakan . Main sedap kata je kan tanpa bukti yang kukuh dan menuduh tanpa bukti sedangkan buah pinggang ni takkan sesenang 2,3 bulan untuk rosak hanya kerana supplement yang dimakan. 

Sebenarnya kes buah pinggang rosak disebabkan supplement adalah kes terpencil tak sampai 5% pun tetapi kecohnya seolah-olah setiap orang yang makan supplement akan mengalami kerosakan buah pinggang sedangkan makanan yang tak seimbang, tak sihat yang dimakan selama bertahun-tahun, tidak pula ingin dikait sama. 

Kebanyakan di hospital, kes kerosakan buah pinggang disebabkan oleh penyakit 3 serangkai terutama diabetes. Kebanyakan pesakit diabetes ini mempunyai gangguan gula dan insulain yang mana ia akhirnya mengganggu fungsi buah pinggang. sekarang, ramai sangat pesakit diabetes di usia remaja disebabkan gaya pemakanan abad ke 21 dan kategori ke dua adalah ibu-ibu yang mengandung dan perokok. 



Setiap produk shaklee/supplement adalah bukan untuk merawat atau mencegah sesuatu penyakit.Sekiranya anda pengidap sesuatu penyakit, pencegahan dengan mengamalkan supplement boleh mengurangkan risiko sesuatu penyakit itu.Sebagai contoh, orang yang tidak mengamalkan sebarang supplement/kehidupan yang sihat berisiko mengidap sakit jantung pada usia 40tahun tetapi, orang yang mengamalkan gaya hidup sihat/supplement mungkin akan mengidap sakit jantung pada usia 60 tahun atau tidak mengidapi sakit jantung langsung.



Mobile :011.11770705
FB : Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: SusuIbubagus
IG: Illiani29

COD : JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING, USJ 19, KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA



28 February 2018

Bila je sebut pasal kelulusan kkm, orang persoalkan dan bagitahu,'eh ada certain produk shaklee ni takde kelulusan KKM tau',hah kau..menggelupur weh bila dengar, biar betul, upline aku bagitahu semua da kelulusan KKM. Macamana pula boleh ada yang terlepas KKM ni. Ikut jalan bawah ke apa shaklee ni.

Haa..dalam isu sebegini, cuba relax la sikit, jangan gelabah. sebab tu la kena banyak membaca kan. Dapat ilmu baru setiap hari, jadi takde la terpengaruh dengan fitnah kat FB dan sebagainya.

Ini adalah produk shaklee yang memang tak logo hologram KKM tu:


  • ESP
  • NUTRIFERON
  • VIVIX
  • CINCH TEA MIX
  • COLLAGEN
  • CINCH SHAKE MIX
  • PERFORMANCE DRINK
  • MEALSHAKE


Memang betul ada terdapat beberapa vitamin shaklee yang tidak mendapat kelulusan KKM. Sebab apa? Sebab produk yang tak dapat kelulusan KKM ni dikategorikan sebagai makanan dan dikawal oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan(BKKM)  dan Ia tak perlu didaftarkan dibawah KKM.

Jadi jangan terkejut la kalau tengok list produk tersebut takde tand hologram KKM. Korang tilik sampai tembus botol pun memang takkan jumpa logo hologram KKM tu tapi jangan gelabah ok.

Dan sijil shaklee shaklee diperbaharui setiap tahun untuk kesemua jenis produk mereka dan korang jangan pula cakap shaklee haram sebab sijil halal bukan dari JAKIM. Jangan jadi orang yang takde ilmu tau sebab JAKIM hanya keluarkan sijil halal bercop JAKim untuk produk yang dihasilkan di MALAYSIA sahaja jadi untuk produk luar, JAKIM mengikhtiraf beberapa badan yang mengesahkan produk tersebab halal atau tidak yang diterima oleh JAKIM.


Setiap produk shaklee/supplement adalah bukan untuk merawat atau mencegah sesuatu penyakit.Sekiranya anda pengidap sesuatu penyakit, pencegahan dengan mengamalkan supplement boleh mengurangkan risiko sesuatu penyakit itu.Sebagai contoh, orang yang tidak mengamalkan sebarang supplement/kehidupan yang sihat berisiko mengidap sakit jantung pada usia 40tahun tetapi, orang yang mengamalkan gaya hidup sihat/supplement mungkin akan mengidap sakit jantung pada usia 60 tahun atau tidak mengidapi sakit jantung langsung.

Mobile :011.11770705
FB : Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: SusuIbubagus
IG: Illiani29

COD : JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING, USJ 19, KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA






05 February 2018

Gastrik merupakan gejala perut yang tidak selesa dan boleh mengganggu aktiviti kita seharian dan masalah gastrik ini bukan berlaku sekali sahaja taoi boleh berlaku berulang-ulang kali tanpa kita minta pun.

Jenis-jenis gastrik adalah;

1.Gastrik biasa : Gastrik biasa ini berlaku apabila inflamasi iaitu pembengkakkan pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan

2.Gastrik berat : gastrik berat ini apabila telah terjadi kecederaan atau luka berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan

3. Ulser Gastrik : ulser gastrik ini merupakan ulser yang memberi maksud telah terjadi luka terbuka. bahayanya ulser gastrik ini adalah pendarahan dalaman boleh terjadi dan darah boleh dikesan melalui dalam muntah ataupun dalam najis kita


Bagaimana Gastrik terjadi

Sepatutnya secara semulajadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik ( dengan PH1 hingga PH2) yang berfungsi untuk mencerna setiap makanan yang kita makan.

Asid ini sangat kuat dan jika terkena pada tangan, kulit akan terhakis. tetapi kulit kita telah menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hodroklorik berlaku apabila ada makanan yang memulakan proses percernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan lapisan pertahanan (menjadi lemah).
Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan


Tanda-tanda gastrik


  • Sakit perut pada bahgaian atas perut @ abdomen
  • Rasa senak, berangain atau pedih
  • Rasa tidak selesa dan kembung
  • Sendawa berulang kali
  • Rasa mual,loya dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Stage kronik apabila berlaku pendarahan dalaman sehingga menyebabkan najis berwarna hitam dan muntah darah
Rawatan Moden dihospital adalah:

Ubat yang sering diberikan untuk pesakit agstrik adalah:

  • Antasid
  • Antagonis H2
  • Perencat Pam Proton
Rawatan tradisional untuk pesakit gastrik adalah:

  • Minum Suus kambing dengan buah tamar

  • Minum air kunyit suam yang dicamur madu serta sebiji kuning telur ayam kampung

Cadangan supplement adalah seperti berikut:

  • ESP
  • PEPPERMINT GINGER PLUS
  • VITAMIN C
  • OSTEMATRIX

Setiap produk shaklee/supplement adalah bukan untuk merawat atau mencegah sesuatu penyakit.Sekiranya anda pengidap sesuatu penyakit, pencegahan dengan mengamalkan supplement boleh mengurangkan risiko sesuatu penyakit itu.Sebagai contoh, orang yang tidak mengamalkan sebarang supplement/kehidupan yang sihat berisiko mengidap sakit jantung pada usia 40tahun tetapi, orang yang mengamalkan gaya hidup sihat/supplement mungkin akan mengidap sakit jantung pada usia 60 tahun atau tidak mengidapi sakit jantung langsung.

Mobile :011.11770705
FB : Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: SusuIbubagus
IG: Illiani29


COD : JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING, USJ 19, KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA




30 January 2018

Ada yang masih tercari-cari pengedar shaklee di kawasan terdekat dengan anda? Jangan susah hati lagi tau, kak mek ada untuk anda tau. Kalau anda nak jadi ahli pun takda masalah besar sebab kak mek boleh tolong daftarkan anda untuk jadi ahli sah shaklee dan kalau nak buat business boleh bagitahu kak mek anda nak daftar ahli shaklee dan dan buat business

Dalam business shaklee ni tak semestinya jadi ahli shaklee kena buat business tapi kebanyakan yang jadi ahli sebab nak dapat harga ahli tapi tak sangka lepas tu tanpa sengaja terbuat business dan dapat pula duit extra. Siapa tak suka kan.

Jadi kepada anda yang nak dapatkan produk shaklee secara cod atau pos, boleh hubungi kak mek di talian dibawah ye:


Mobile :011.11770705
FB : Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: SusuIbubagus
IG: Illiani29


COD : JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING, USJ 19, KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA





























































































































..'                                                         ]
]
]]]]]]]]]]]]
]                                      m.

05 January 2018

Sembab pada bahagian kaki terutama bagi ibu mengandung atau lebih dikenali sebagai edema terjadi disebabkan badan kita mengumpul lebih banyak air. Apabila janin semakin membesar, ia menjejaskan pengaliran darah pada saluran darah yang besar daripada bahagian bawah badan kita yang dipanggil vena yang terletak dibahagian kanan badan kita

Peredaran darah menjadi perlahan disebabkan tekanan ini dan air-air memasuki tisu-tisu tapak kaki dan buku lali dan bukan dalam salur darah kita.

Edema atau sembab ini biasa terjadi  50-80 peratus kepada ibu hamil dan biasa terjadi pada waktu petang dan malam dan akan sedikit lega pada waktu pagi selepas anda tidur dalam jangka masa yang lama pada waktu malam.

Tetapi, edema yang teruk perlu diambil perhatian dan mesti dirujuk kepada pihak hospital kerana kemungkinan berlakunya pra eklampsia, iaitu keadaan yang serius untuk ibu dan bayi anda.




Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Masalah ini?

1) Minum air yang mencukupi
Ada yang beranggapan minumair yang banyak akan menambahkan lagi edema tersebut tetapi tanggapan itu adalah salah kerana badan kita kehilangan air dari dalam salur darah dan keadaan ini akan membuatkan darah kita menjadi semakin pekat. Pembekuan darah senang terjadi

2) Meninggikan kaki semasa baring atau semasa tidur. Kita boleh mengalas bahagian kaki dengan bantal supaya kedudukan kaki lebih tinggi semasa kita baring




3) Baring sebelah kiri kanan supaya janin tidak akan menekan salur inferior vena cava sekaligus pengaliran darah ke jantung kita akan lebih lancar




4) Bergerak aktif
Pergerakan aktif yang selamat bagi ibu hamil boleh membantu melancarkan pengaliran darah secara tidak langsung, boleh mengelak pembentukan darah beku pada salur darah kaki.

5) Memakai Compressor Stockings
Stokings ini bukanlah stokin yang biasa kita pakai hari-hari tetapi stokin ini direka khas untuk membantu melancarkan peredaran darah pada kaki. Stokin ini sesuai dipakai pada waktu malam.

6) Memakai kasut yang selesa
penting bagi ibu hamil memilih kasut yang selesa, lembut dan ketinggian sederhana.

7) Rendaman kaki
Walaupun tiada buktikan menunjukkan rendaman kaki boleh mengurangkan kaki bengkak atau sembab, rendaman kaki ini boleh membuatkan ibu hamil berasa lenih selesa.

Cadangan supplement untuk ibu hamil yang menghadapi masalah kaki sembab adalah:

Omega Guard atau Minyak ikan & Ostematrix Shaklee




Disclaimer
Setiap produk shaklee/supplement adalah bukan untuk merawat atau mencegah sesuatu penyakit.Sekiranya anda pengidap sesuatu penyakit, pencegahan dengan mengamalkan supplement boleh mengurangkan risiko sesuatu penyakit itu.
Sebagai contoh, orang yang tidak mengamalkan sebarang supplement/kehidupan yang sihat berisiko mengidap sakit jantung pada usia 40tahun tetapi, orang yang mengamalkan gaya hidup sihat/supplement mungkin akan mengidap sakit jantung pada usia 60 tahun atau tidak mengidapi sakit jantung langsung.

Sebarang Pertanyaan Lanjut boleh hubungi kak mek sendiri di talian


Mobile :011.11770705
FB : Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: SusuIbubagus
IG: Illiani29


COD : JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING, USJ 19, KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA









04 January 2018

Hari ini 4January 2018, merupakan hari pertama bermulanya persekolah tadika bagi anak kedua saya, Nur Nisa Nabihah. Actually anak perempuan ni semangat dia lain sedikit compare to anak lelaki. Pengalaman anak sulung merupakan anak lelaki dah sudah pun darjah 3 sekarang ni.

Kakak nisa ni dia pnya excited nak pergi ke sekolah sejak kami daftarkan dia ke Genius Aulad Kota Kemuning sampaikan banner Genius Aulad tepi jalan tu pun dia nak pegang. Lupa ambil gambar je dulu.

Apa aktiviti dia lepas tu? Tengok video youtube Genius Aulad hampir setiap hari. Kami biarkan je spaya dia dapat aura semangat nak sekolah tu dan sekarang baru saya dapat jawapan kenapa ada parents yang sudah menghantar anak mereka ke pusat pembelajaran sejak dari usia 4tahun selain faktor-faktor untuk mereka berkawan dan sesuaikan diri bergaul dengan orang lain kan.

Hari pertama persekolahan,alhamdulillah takde karenah. Senang bangun, amndi dan bersiap. Hari pertama juga,kami terus ajar dia naik van pergi dan balik supaya tak timbul masalah dikemudian hari. memandangkan Genius Aulad ada van sendiri tapi service dari luar punya, so kami takde rasa risau dia akan tertinggal van ke sebab mereka akan pastikan setiap anak-anak yang naik van mereka akan dikira cukup sebelum memulakan perjalanan

Saya cuba nak jengok dia di tadika lepas 8.30 tadi tapi tidak dibenarkan oleh pengetua. Saya paham, ini bertujuan untuk mengelakkan anak-anak kurang senang apabila melihat mak ayah mereka ada di sana kan. Kita biarkan mereka berdikari.InsyaAllah..kita doakan keselamatan mereka dan Allah lindungi anak kita tu kan.

Dalam entry kali ini juga saya sertakan yuran bagi Learning Centre Genius Aulad ni.

Yuran Pendaftaran sahaja RM159.00
lain-lain item: RM1418.00
Yuran Bulanan dari pukul 8.30-11.30pagi: RM284.00
Uniform: RM40.30
Buku-Buku: 53.50

Van : 
Bulanan RM130.00 (2hala)
Admin Fee : RM50 (sekali setahun sahaja)

Untuk sorang anak je total kami perlu sediakan lebih kurang RM2000.00

03 January 2018

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang fungsi minyak ikan,apa kata kak mek jelaskan mengapa minyak ikan penting terhadap tubuh badan kita. Minyak ikan bukan sekadar supplement untuk minda tapi fungsinya lebih dari itu dan ada juga kajian yang menyatakan minyak ikan ini mampu mencegah kita darii terkena lebih dari 20 jenis penyakit. Wah..begitu hebat sangatkan minyak ikan ini. 




Minyak ikan boleh membantu untuk fungsi berikut:


  • Penyakit KArdiovaskular atau yang berkaitan dengan sistem peredaran darah (gerak jantung yang tidak sekata
  • Mencegah kanser : Kajian telah menunjukkan pengambilan miyak ikan yang berterusan dan konsisten boleh membantu mencegah penyakit kanser seperti paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga berfungsi meningkatkan enterogastristis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif
  • Asid lemak : omega 3 merupakan asid lemak yang penting dan tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Jadi kita perlu daptakn dari sumber makanan. Omega 3 dari sumber asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepa EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok : peranan DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggidan kepekatan darah, l]melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Kerana itulah, ia sangat efektif untuk membantu mengekalkan tekanandarah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala.
  • Membantu mengurangkan kolesterol, mengelakkan pembekuan darah didalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclrosis,myocardial infarction, dan membantu mengurangkan risiko serangan jantung.
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori :
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru:
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis )
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan : 
Cadangan Minyak ikan terbaik adalah Omega Guard Shaklee. Kandungan omega 3 Omega Guard Shaklee lebih tinggi berbanding minyak ikan brand lain yang terdapat didalam pasaran.

Untuk belian sendiri menggunakan DEbit Kad/Kredit KAd boleh klik link dibawah:


UNTUK BELIAN BUY 3 GET 5% DISKAUN BOLEH KLIK DISINI

Disclaimer
Setiap produk shaklee/supplement adalah bukan untuk merawat atau mencegah sesuatu penyakit.Sekiranya anda pengidap sesuatu penyakit, pencegahan dengan mengamalkan supplement boleh mengurangkan risiko sesuatu penyakit itu.
Sebagai contoh, orang yang tidak mengamalkan sebarang supplement/kehidupan yang sihat berisiko mengidap sakit jantung pada usia 40tahun tetapi, orang yang mengamalkan gaya hidup sihat/supplement mungkin akan mengidap sakit jantung pada usia 60 tahun atau tidak mengidapi sakit jantung langsung.



Sebarang Pertanyaan Lanjut boleh hubungi kak mek sendiri di talian


Mobile :011.11770705
FB : Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: SusuIbubagus
IG: Illiani29


COD : JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING, USJ 19, KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA