20 May 2016

Bismillah...

Salam sayang untuk semua pembaca entri yani kali ini
Yani nak share video pasal pencuci pinggan mangkuk yang semulajadi, tak mengganggu kulit dan tak memberi kesan sampingan untuk jangka masa yang panjang bila kita gunakan pencuci pinggan mangkuk ni

Selain boleh digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk, periuk juga kuali kat dapur tu, selamat digunakan untuk mencuci botol susu anak kita.

Sekarang ni banyak sangat dah pendedahan tentang penggunakan bahan pencuci yang banyak sangat kandungan bahan kimia yang memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita

Jom saksikan video ni tau








Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk Halal, Berkesan & Jimat from iReach HD on Vimeo.

Jika berminat dengan pencuci semulajadi ni boleh hubungi yani:

Yani:011-11770705
COD: Jalan Kebun, KOta Kemuning, Jalan bukit Kemuning, Johan setia, Shah alam area
Poslaju kesluruh malaysia
Fb: Nur Illiani Mat Yusof
Fb Page: SusuIbuBagus

10 May 2016

Bismillah...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t dengan nikmat yang diberikan kepada hambanya. Yani nak berkongsi pengalaman yani sendiri menggunakan set kesuburan untuk hamil. Supplement ni asbab sahaja tetapi yang memberi sudah pasti pencipta kita kan!

Yani berkahwin pada tahun Mei 2008 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada bulan April 2009. Pada yani, yani fikir yani seorang yang senang hamil (tapi tak boleh lawan dengan kuasaNYa)Jadi yani plan untuk hamil lagi bila Adi umur 2tahun lebih jadi bezanya dalam 3tahun la kan.Kuasa manusia mana boleh mengatasi kuasa Pencipta kan.Kita yang merancang tapi Allah dah tetapkan segalanya untuk kita. Yani berusaha dalam tempoh hamper 2tahun untuk hamil namun belum berhasil.

Masa dah suntuk sebab yani tak nak anak yani beza jauh sangat. Yani tidak mempunyai masalah kitaran haid.Alhamdulillah semua ok tapi rezeki belum berpihak kepada yani dan suami. Bulan Dec 2012 yani beli Set Kesuburan untuk yani dan suami.Yani tak beli yang budget tapi beli full set sebab yani nak pastikan untuk mnegatasi masalah yang yani hadapi sekarang ni rasa lebih berpuas hati dengan terus ambil full set.Kalau set tu ada 5jenis, 5 jenis la yani beli.

Apa yang yani beli untuk yani, B Complex, Vit C, VitaLea, Alfalfa dan GLA.Untuk suami yani beli zinc, Vit E. Yani berkongsi makan B complex, vitalea, alfalfa dan vit c dengan suami sebab setiap botol vitamin ini ada banyak biji. Yani dah tak kisah keluarkan belanja besar. Doa, solat hajat selalu yani buat sebab nak sangat anak.Teringin nak anak kecil sebab Adi dah pun 4tahun(2013).

Yani start makan GLA bulan Jan 2013 sebab kena makan masa hari pertama period sehingga hari ke 14.Vitamin lain dah makan masa beli bulan Dec 2012 lagi.Yani paksa suami makan semua vitamin sebab kita tak tahu apa masalahnya.

Bulan Jan 2013 yani masih datang bulan.Erm....sedikit kecewa tapi yani sabar dan terus berusaha. Alhamdulillah, Feb 2013 datang bulan terakhir yani.Syukur sangat-sangat tapi masa mula-mula test urin kat rumah, suami taknak terlebih gembira sebab lama tunggu kan.

Tapi kegembiraan dapat hamil kali ini dicampur sedikit kedugaan sebab selepas yani buat buku merah diklinik ibu & anak, buat ujian darah, yani disahkan mengidapi diabetes semasa hamil dengan bacaan gula dalam darah 9.5. Memang tinggi la kan dan HB pula low. Walaupun dalam keluarga tiada keturunan penyakit diabetes tapi cara pemakanan sebelum hamil banyak menyumbang dan salah satunya minum nescafe sebab kafein boleh menghalang insulin masuk ke dalam darah. Yani memang suka sangat minum nescafe. Setiap pagi memang wajib minum nescafe. Tapi selepas tahu yani perlu elak minuman kafein, memang terus berhenti. Tak minum langsung dah minuman kafein.

Di klinik kerajaan apabila kita mempunyai masalah kesihatan semasa hamil, memang terpaksa la datang ke klinik setiap 2 minggu sekali. Kena uji darah sebab hb low tu, kena cek darah dalam gula setiap kali sebelum rawatan, terpaksa jumpa doktor pakar pemakanan la. Sangat menyeksakan tapi terpaksa demi kesihatan ibu & bayi yang dikandung.

Disebabkan hb yani low sampai paling rendah 8.9, ujian darah terpaksa dihantar ke HKL dan disahkan pula yani mengalami Talasemia Treat. Doktor bekalkan yani Iberet untuk naikkan hb darah yani tapi hasilnya kurang memberangsangkan. Jadi dengan inisiatif supplement Shaklee yang yani dah makan ni, yani telan 2biji Vitalea bersama-sama B complex dan Vitamin C. Alhamdulillah, hb yani semakin naik dan rawatan seminggu sebelum bersalin hb yani dah naik ke 10.9. Syukur sangat-sangat dan gula darah darah yani juga sangat terkawal.




Tetapi walaupun gula dalam darah sudah terkawal, doktor memang tak bagi yani bersalin lebih dari tarikh jangka. Terpaksa la ‘induce’ pada pagi 14 November 2013 seawal pukul 7pagi. Doktor sudah memberi penerangan awal sekiranya ubat induce pertama tidak memberi kesan, terpaksa induce untuk ubat kedua. Alhamdulillah, yani induce sekali sahaja tapi azab sakitnya induce memang tak terkata. Sakit induce bermula pukul 12tengahari semasa pelawat dibenarkan masuk dan suami yani banyak membantu mengurangkan kesakitan tersebut.




Selepas mendapat arahan yani akan ditolak ke labor room dalam pukul 3 lebih, yani minta tolong suami bancuhkan ESP dan yani telan bersama-sama B Complex dan Sustained release Vitamin C. Pukul 3.20 petang dipecahkan ketuban dan 3.40 petang yani selamat bersalin. Semua proses berjalan lancar. Kelahiran kedua ini walaupun mempunyai pelbagai masalah kesihatan, terpaksa induce tapi Alhamdulillah sangat-sangat kerana selepas je bersalin dan masih dalam labor room, badan yani rasa sangat bertenaga, macam tenaga telah recharge. Masalah pening juga tiada jika disbanding semasa proses bersalin anak pertama dahulu. Yani tak boleh bangun sebab kepala pening sehingga nak pakai baju sendiri pun tak boleh tapi kali ini memang sangat berbeza. Sebelum di hantar ke wad biasa, yani sempat makan nasi yang dihidangkan oleh nurse di Hospital Ampang lagi.


Pengalaman dua kali hamil memang sangat berbeza dan yani memang bersyukur ditemukan dengan vitamin Shaklee ini kerana banyak membantu dari segi kesihatan yani sekeluarga.

17 April 2016

Bismillah dan salam penuh sihat dan cergas buat semua pembaca artikel yani hari ini. Alhamdulillah, hari ini (17/04/2016), yani berjaya juga join program Sihat Tip Top 2.0 bersama 3orang leader shaklee yang hebat-hebat. Best sangat sebab banyak perkongsian ilmu baru yang yani dapat hari ini. Inilah antara keistimewaan apabila join menjadi ahli shaklee. Banyak program kesihatan, riadah yang dikelolai oleh leader-leader shaklee untuk anak cucu, cicit mereka. Namun program ini bukanlah satu paksaan tapi kalau kita nakkan ilmu baru dalam kehidupan kita, boleh join mana-mana program yang shaklee anjurkan.


Apa yang yani nak kongsikan dengan semua pembaca entri ini tentang ilmu kesihatan yang yani perolehi hari ini adalah:

  • Bagaimana kita nak menjaga kesihatan diri kita dan juga ahli keluarga kita. Boleh ke kita dapat pastikan setiap makanan yang kita ambil, zat-zat dan nutrisi yang terkandung dalam setiap makanan kita makan itu dapat diserap diserap oleh badan kita dengan baik. Adakah apa yang kita makan itu sekadar sedapkan mulut dan kenyangkan perut je?
  • Dapatkan kita pastikan badan kita dapat memberi signal seandainya terdapat salah satu dari organ badan kita mempunyai masalah?
  • Bagaimana setiap supplement yang kita makan memainkan perananyang berlainan seperti kita makan berlaianan kumpulan makanan untuk dapatkan nutrisi bagi setiap kumpulan
  • Tadi juga ada demo 'Business On The Go'. Apakah itu? Hah..ala macam home party tupperware tu la.hihi..kita buat demo tentang tindakbalas sesetengah supplement pada kita. Tak tunjuk orang tak caye kan.
Tapi betul tak kita ni apabila disahkan mengidap sesuatu penyakit baru la kita cari supplement@ubat tapi kita tak makan supplement semasa badan kita sihat. Sepatutnya kita amalkan makan supplement semasa badan kita masih sihat untuk memastikan badan kita sentiasa cukup dengan nutrisi dan semua organ luaran dan dalaman badan kita dapat berfungsi dengan sempurna.

Jadi sesiapa yang ingin sentiasa sihat sekarang dan masa akan datang insyaAllah, jom amalkan pemakanan suplement untuk cukupkan zat dan nutrisi dalam badan kita. Badan sihat, otak cergas, kehidupan juga sempurna.

Buat yang baru berjinak-jinak nak amalkan supplement, yani cadangkan anda bermula dengan:

  • Vita C
  • B complex
  • Vita Lea
  • ESp
  • Omega Guard
Setiap vitamin memainkan peranan yang berlainan untuk keperluan badan kita

Jangan segan-segan untuk hubungi yani: 011-11770705
Fb: Nur Illiani Mat Yusof
Fb Page: Susuibubagus
COD: Jalan Kebun, KOta Kemuning, Johan Setia, Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam
Poslaju: Seluruh Malaysia



15 April 2016

Bismillah dan salam sihat dan cergas dengan vitamin semulajadi untuk semua pembaca entri yani hari ini. Dah makan ke semua?Malam ni yani ajak suami makan cha kuew tiew kat section 19 shah alam..Terasa nak makan gerai-gerai tepi jalan je malam ni.

Semalam yani dapat wassap daripada member opis sebelum ni bertanyakan tentang supplement untuk sinus. Yani tak tahu pula dia ada masalah sinus yang teruk sejak mengandungkan anaknya yang pertama sampai doktor nasihatkan dia lakukan pembedahan untuk bersihkan lendir yang ada dan sekarang ni dia alami sakit pada tulang pipi yang teruk akibat dari sinus yang teruk tu. Doktor hanya berikan ubat tahan sakit sahaja.

Akibat tak tahan menanggung sakit, dia bertanyakan kepda yani supplement yang sesuai untuk dia makan. Memandang buget dia tak mengizinkan, kawan yani ni hanya beli Vitamin C dengan Garlic. Yani doakan dengan ikhtiar kawan yani dengan supplement ini InsyaAllah boleh meredakan sakit yang dia alami.

Sebenarnya selain supplement diatas, kita boleh ambil supplement lain seperti:


  • VIVIX
  • NUTRIFERON
  • CAROTOMAX
  • VITA E
  • ZINC COMPLEX
  • OMEGA GUARD
  • ALFALFA COMPLEX

Faktor & Gejala Terjadinya Sinus adalah seperti berikut:

  1. Virus
  2. Alergi
  3. Bakteria
  4. Hidung tersumbat
  5. Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
  6. Sakit atau berat muka terutama dikawasan antara mata

Yani sangat berharap sesiapa sahaja yang menghadapi masalah sinus/resdung, dapatkan rawatng yang sesuai dan selanjutnya untuk mengelak sinus yang dialami menjadi lebih teruk.
Nak dapatkan lebih info tentang supplement semulajadi untuk sebrang jenis penyakit dan untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik dari sebelumnya? Jangan segan-segan hubungi yani:

011-11770705
Id Shaklee : 920151
Fb: Nur Illiani Mat Yusof
Fb Page: Susuibubagus
COD: Jalan Kebun, Kota Kemuning, Johan Setia, Jalan Bukit Kemuning, 
Poslaju Ke Seluruh Malaysia

14 April 2016

Bismillah dan salam sihat dan cergas daripada yani untuk semua pembaca blog yani hari ini. Seperti yang yani janjikan dalam entry sebelum ini merawat batuk dengan supplement, dalam entri kali ini yani kongsikan dengan semua apakan punca yang menyebabkan batuk yang kita alami lambat baik dan berterusan lamanya.

Batuk adalah respon badan kita untuk membersihkan lendir-lendir, habuk dan juga debu yang masuk ke dalam rongga pernafasan kita agar keluar dari badan kita. Batuk biasanya akan sembuh dalam masa dua minggu sehingga tiga minggu. Ada yang mengamalkan ubat tradisional untuk merawat batuk seperti madu dicampur dengan lemon. Ada yang mendapatkan ubat batuk dari klinik juga tak mampu sembuh dari batuk ini.





8 Punca Mengapa Batuk Terjadi:


  1. Asthma dan alergi :
        Seandainya batuk yang kita alami telah berminggu-meinggu tidak juga sembuh,              
        pastikan kita pergi mendapatkan rawatn selanjutnya dengan doktor untuk memastikan         batuk yang kita alami adalah batuk biasa. Asma juga boleh menjadi punca mengapa kita         boleh mengalami batuk.

       Penyakit asma @ lelah adalah penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran         
       bernafas. Apabila kita diserang asma, selaput dinding laluan udara menyebabkan      
       bronkial di dalam paru-paru menjadi sempit dan pesakit asma akan mengalami                
       pernafasan bersiul (wheezing). Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan 
       menghalang pernafasan. Pesakit boleh pengsan akibat kekurangan oksigen.

      2. COPD ( Sekatan Pulmonari Kronik)

          Copd berlaku apabila saluran pernafasan menjadi radang dan rosak dan puncanya      
          adalah disebabkan merokok. Doktor akan membuat pemeriksaan lanjut untuk     
          menentukan adakah kita dijangkiti COPD seperti ujian spirometri dan melibatkan    
          anda untuk menhembus nafas ke dalam satu tiub.

     3. Penyakit GERD ( Penyakit Refluks Gastreosofagus)

          Gerd adalah penyakit perut dan kerongkong yang berlaku apabila asid perut terluah ke           dalam kerongkong injap yang lemah. Gejaka utama adalah pedih ulu hati, Tetapi      
          batuk adalah merupakan gejala GERD.

     4. Jangkitan pada saluran pernafasan

          Kebiasaanya batuk akan berlaku apabila berlaku jangkitan pada saluran pernafasan      
         dan mungkin terjadi selepas kita mengalami selsema, dan demam seterusnya     
         dijangkiti batuk. Selain itu, ,masalh berkaitan dengan saluran pernafasan adalah       
         pneumonia yang disebabkan oleh bakteria dan virus.

    5. Pencemaran udara
        Disekeliling kita banyak berlaku pencemaran udara yang bukan sahaja dilakukan oleh             kita sendiri tetapi juga dari kenderaan dan kilang-kilang perindustrian. 

    6.Bronkitis akut

       Jika kita mengalami proses penyembuhan dari selsema dan mengalami batuk berkahak,        kita mungkin mengalami bronkitis akut dimana laluan saluran pernafasan kita      
       dijangkiti kuman dan meradang.

    7. Ubat Perencat ACE

        Perencat ACE merupakan ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi dan kegagalan       
        jantung. 1 daripada 5 orang yang mengambil ubat ini akan mengalami masalah batuk 
        kering. Bagi yang berhenti mengambil ubat ini akan mengalami masalah batuk       
        sehinggan berminggu-minggu lamanya.

    8.Batuk Kokol

        Batuk kokol merupakan gejala penyakit yang berpunca daripada bakteria dengan gejala 
        yang sedikit, hidung berhingus,  dan yang paling ketara adalah mengalami batuk yang 
       teruk yang boleh membuatkan kesukaran bernafas. Sedutan udara ke dalam paru-paru 
       menghasilkan bunyi kokol yang nyaring yang tersendiri

Ada yang tercari-cari supplement untuk merawat penyakit batuk ini? InsyaAllah supplement shaklee yani ada sertakan dalam entri sebelum ini boleh membantu anda

Cadangan supplement untuk batuk

1) Vitamin C
2) Omega Guard shaklee : minyak ikan
3) Garlic : antibiotik semulajadi
4) Nutriferon
         

            































Bismillah dan salam sihat dan cergas buat semua pembaca blog yani hari ni. Semua sihat ke sahabat-sahabat yani? Alhamdulillah kalau semua sihat. Sekarang cuaca kat negara kita dan juga cuaca dunia tak menentu. Apabila cuaca tak menentu ini sering kali dikaitkan dengan macam-macam penyakit seperti:


  • Demam
  • Selsema
  • Batuk selsema
  • Ashtma
  • Dehidrasi
Penyakit-penyakit diatas ada yang bermula dengan penyakit yang biasa dan lama kelamaan jika tidak dirawat akan memberi kesan yang sangat teruk.

Tapi kali ini yani nak kongsikan dengan semua sahabat blog yani tentang batuk. Ada yang mengalami batu yang biasa sahaja, ada yang mengalami batuk kering sehingga boleh menjadi penyakit tibi dan juga asthma. Minta dijauhkan la semua daripada kita kan. 


Yani nak kongsikan lebih info pasal batuk ini dan yani akan share kan dalam penulisan yani seterusnya. Stay tune ye...

Antara cadangan supplement untuk membantu melegakan batuk ini adalah:

  • Vivix: Mengimpak 4 mekanismeutama penuaan selular
  • Nutirferon : Mempertingkatkan sistem imun
  • Vita C : Mmeprkukuhkan respin imun
  • Garlic : antibiotik semulajadi, merangsang fungsi imun
  • CArotomax: Penting untuk pemulihan tisu peparu
  • Vita E : Melindungi tisu peparu & membekalkan oksigen kepada sel
  • Zinc Complex: Menggalakkan fungsi imun & fungsi pemulihan
Jangan biarkan batuk anda mengganggu kehidupan seharian kita dan AWAS batuk boleh membahayakan kita dan boleh mengakibatkan penyakit yang lebih serius. Rawat batuk sebelum terlambat

Nak lebih info jangan segan-segan hubungi yani dan nak jadi ahli shaklee tapi tak tahu caranya? Jangan lupa hubungi yani ye. InsyaAllah yani akan cuba bantu sedaya upaya. Belum tahu apa keistimewaan jadi ahli shaklee?

Yani : 011-11770705
Id Shaklee : 920151
Fb: Nur Illiani Mat Yusof
Page Fb: Susuibubagus
COD: Jalan Kebun, KOta Kemuning, Jalan Bukit Kemuning
Shah ALam, Johan Setia
Poslaju ke seluruh Malaysia