08 August 2022

Assalamualaikum

Baru rasa sedikit cergas badan ni,jadi Yani nak berkongsi pengalaman yani menjalani pembedahan buang cyst dan beberapa organ dalaman wanita yang lain di Hospital KPJ Shah Alam pada 27 Julai 2022 yang lepas.Harini 8 Ogos 2022,13 hari berlalu.




Diagnose: 
Actually cyst Yani ni dah ada kat ovari masa Yani mengandung anak yang ke 4.Doktor kat Klinik Jalan Kebun detect masa usia baby 5bulan dalam kandungan. Jadi masa tu doktor advice refer kat hospital yang  Yani plan nak bersalin nanti.Lepas tu Yani dah start refer kat Hospital Razif dan cyst tu takde menunjukkan makin membesar atau kecil.Saiz masih sama 5cm x 5cm pada masa tu sampai la Yani bersalin dan cyst tu takde menganggu langsung.

27 Mac 2022

Selepas setahun bersalin,yani pergi scan diklinik swasta disebabkan rasa benjolan pada perut yani.Macam terasa ketulan tu tau.Tak tau la masa tu nak terkejut ke tak.Saiz Cyst dah membesar jadi 16cm x 8cm.huhuhuhu..
Doktor kat klinik buat surat refer hospital. Masa tu Yani pergi refer ke hospital Colombia Bukit Rimau..Doktor advice untuk buang..tapi malangnya masa tu rupanya Colombia Asia Bukit Rimau bukan panel insurans suami.

Tangguh:

Disebabkan dah bulan puasa,yani pun tangguh la nanti suami dengan anak-anak tak dapat beraya..of course la kena berpantang kan.Perasaan takut nk kena operation pun satu hal,fikirkan anak yang kecil pun satu hal.

Kejadian Cramp Perut

To be continue❤️

19 October 2021

Bulan Oktober  2021 

Bulan ni ada promosi skincare Youth Shaklee tau.Kalau ikutkan skincare Youth ni dah masuk Malaysia pada tahun 2018 lagi so dah masuk 4tahun la skincare Youth ni Yani guna.

Apa yang best tentang skincare Youth ni. dah alang-alang bulan ni ada promosi, so kita share story pasal skincare Youth la ye.




Youth❤️


YOUTH SHAKLEE SKINCARE

Set ini terdiri daripada 7 produk berikut

1. Luminous Gel Oil Cleanser

Pembersih pH seimbang TANPA Sabun 3-dalam-1, pembersih ini membasuh lembut, membersihkan & mempersiapkan kulit kita untuk produk youth yang lain.


2. Perfecting Skin Toner

Mengelupas, menghidrat dan menyuburkan kulit kita.


3. Youth Activating Serum

Produk ini mesti ada dalam senarai wajib skincare kita.

Toner ini mempunyai teknologi yang telah dipatent iaitu Kompleks Pengaktifan Belia Shaklee

Yang mempunyai 10 x bahan aktif untuk memperbaharui kulit pada tahap sel.

Hasilnya, kulit kita akan menyokong pengeluaran kolagen & menjadikan sel-sel kulit berfungsi lebih muda.


4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30

Krim pelembap ini menghasilkan perlindungan dari sinaran SPF 30 UVA / UVB matahari & melindungi juga untuk kulit kita daripada pencemaran alam sekitar

Wow. Perlindungan 2 dalam 1

Tanpa bahan kimia.

Hanya bahan semulajadi

Krim pelindung matahari ini dihasilkan dari bahan semulajadi & biopolimer dari hidupan laut 


5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)

Dulu dalam set nutriwhite

Ada krim malam yang hampir sama fungsinya

Krim malam Shaklee YOUTH yang baru ini menghidrat & melembutkan kulit kita hingga jauh ke dalam kulit.

Dan menyokong proses pembaharuan kulit semasa kita tidur.

Adunan ramuan botani proprietari Shaklee akan membantu pengeluaran kolagen & elastin untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin.

Dan lebih bercahaya.


6. Radiance C + E Capsules

Vitamin C 20% tulen memulihkan sinaran kulit sihat dengan mengurangkan bintik-bintik pada kulit di sebabkan penuaan.

Ini juga akan melicinkan tekstur kulit & mencerahkan warna kulit.

Kapsul adalah berasaskan tumbuhan, biodegradable & tidak menggunakan pengawet.

Gunakan tanpa was was.


7. BB Cream

Balsem kecantikan pelbagai fungsi 5 dalam 1 ini menyediakan lapisan menyempurnakan rupa & tekstur kulit kita. 

Dan

Tak cukup dengan itu, BB cream ini juga akan membetulkan, menghidrat, menyuburkan & melindungi. 


Krim ini mempunyai fungsi tambahan pelindung matahari dari bahan semula jadi untuk menyediakan Perlindungan SPF 30 UVA / UVB

07 September 2021

Musim Covid - 19 yang belum lagi habis ini cukup merisaukan kita kaum ibu dan ayah kan, terutama untuk mak ayah yang bekerja dah perlu meletakkan anak mereka di pusat jagaan kanak-kanak, rumah pengasuh,taska,tadika dan lain-lain lagi. Kat situ lagi merisaukan sebab bercampur dengan anak-anak lain yang datang dari tempat yang berlainan.

Kita risau anak kena takut mereka senang kena jangkitan penyakit apa-apa kan. Kalau terkena covid lagi la bertambah-tambah risau je. 

Bulan ini,apabila shaklee telah memaklumkan bahawa akan ada supplement yang best dan sesuai untuk kanak-kanak,kami semua dah teruja sangat-sangat nak cuba. Kiddo Gummy pula tu.Wah...lagi la anak-anak suka kan.

Macam anak yani,memang dorang suka sangat vitamin gummy macam ni,kalau tak sorok memang confirm habis dalam satu hari je tau. tau-tau tinggal botol kosong je. Tu pun jumpa bawah katil. Konon nak sorok daripada mak dia la tew.hahahha..

Ok,jadi yani pun teruja la nak share dengan ibu bapa diluar sana apa yang ada dalam Kiddo Gummy Shaklee ni.











Apa Ramuan Utama Hero Kiddo ni?

Ramuan Utama Hero Kiddo*

1. Elderberry
Elderberry diambil dari buah elderberry hitam tua yang matang, pokok renek tinggi yang berasal dari Eropah. Elderberry kaya dengan antioksidan yang menyokong kekebalan tubuh.

2. Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin penting. Buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk ceri, jeruk, limau gedang, kiwi, dan lada merah manis, adalah sumber yang sangat baik.

3. Vitamin D
Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang penting. Tubuh kita menghasilkan vitamin D apabila kulit kita terdedah kepada cahaya matahari langsung.

Vitamin D juga terdapat secara semula jadi dalam beberapa makanan. Beberapa cendawan dan ikan berlemak seperti salmon, tuna, dan makarel adalah sumber vitamin D. Vitamin D juga ditambahkan ke makanan, termasuk bijirin sarapan pagi dan beberapa jus oren, yogurt, marjerin, dan minuman soya.

4. Zinc
Zink adalah mineral penting yang terdapat dalam pelbagai makanan. Daging merah tanpa lemak, ayam, makanan laut, dan bijirin sarapan pagi yang baik adalah sumber yang sangat baik.



Kalau ada ibu ayah yang berminat nak dapatkan supplement untuk anak-anak kita ni,boleh contact yani untuk pertanyaan lebih lanjut.

Mobile :011.11770705
FB: Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: Pengedar Shaklee Jalan Kebun
IG: Illiani29


COD: JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING , RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING , , KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA, KOTA KEMUNING

31 August 2019

Saya nak share produk yg baru ada semula.. dulu dah ada stop kejap dan di upgrade.. dulu 1 mg ada 28mg CoQ10 sekarang 1bj ada 100Mg CoQ 10


Tahu tak setiap hari badan kita perlukan Sebanyak 100mg CoQ10. Ini utk org sihat bukan sakit.

CoQ10 ni sangat penting.. kalau kita tk cukup setiap hari kita akan letih lesu badan pun cepat jatuh sakit.. lagi2 jantung sgt perlukam COQ10 ni..


Semakin umur kita meningkat CoQ10 akan makin hilang sebab tu makin berusia makin cepat letih dan kalau tak jaga mmg akan ada masalah jantung.

Lagi2 kita terdedah dengan pencemaran, radikal bebas & ubat-ubatan, lagi la banyak hilang CoQ10 dlm badan kita.

Untuk dapatkan jumlah CoQ10 yang cukup setiap hari, utk keperluan badan kita perlu makan.

🐄 3 KG daging merah
🥄 100 sudu minyak kanola
🥦 28 CAWAN brokoli rebus atau
🥜 1 BOTOL peanut butter
Agak2 kita blh tak makan mcm tu setiap hari
Kan lebih senang sebiji CoQ-Trol setiap hari.


Mobile :011.11770705
FB: Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: SusuIbubagus
IG: Illiani29




COD: JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING , RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING , , KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA, KOTA KEMUNING




30 August 2019

Shaklee bukan sahaja organik tapi beyond organic.. biasa dengar kan para sid shaklee mention gtue.. apa organic dan apa itu beyond organic ?

ORGANIC bermaksud pertanian yang menggunakan input semula jadi untuk meningkatkan kesuburan tanah.

Ini bermakna tiada apa yang digunakan yang mungkin membahayakan udara, air, atau tanah.
Mereka yang concern dengan kesihatan yang berkait dengan alam sekitar baisanya akan membeli product yang bersifat organic.


BEYOND ORGANIC pula adalah gabungan kaedah Organic + Carbon Footprint rendah.
Carbon Footrint merujuk kepada kuantiti gas rumah hijau yang dipancarkan ke atmosfera semasa kitaran hayat sebarang produk atau aktiviti dan dinyatakan dalam bentuk setara karbon dioksida bagi bahan makanan, aktiviti utama termasuk fasa pengeluaran (penanaman tanaman, buah-buahan, dan lain-lain penternakan haiwan), pemprosesan, pengedaran, jualan.



Kesimpulannya BEYOND ORGANIC adalah lebih dari standard Organik dan melangkaui standard organik tradisional, untuk meningkatkannya tahap kesedaran dan pengetahuan berdasarkan kesihatan dan kesejahteraan yang benar.

Dan Shaklee mempunyai standard ini iaitu BEYOND ORGANIC, bukan setakat ORGANIC.
Prinsip pertama Shaklee untuk Beyond Organic ialah, bahan-bahan semulajadi mestilah semulajadi
mungkin.


Kedua, bahan-bahan tersebut harus mencerminkan kemajuan sains dan teknologi terkini.
Kualiti unggul produk Shaklee adalah hasil menghormati kebijaksanaan alam semula jadi dan penggunaan kaedah penyelidikan dan pengeluaran yang paling canggih.

Jadi jangan takut nak consume supplement shaklee sebab shaklee sangat-sangat menjadi kualiti pengeluaran setiap supplement. Jangan nak samakan produk shaklee dengan supplement tempatan lain pula ya


Mobile :011.11770705
FB: Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: SusuIbubagus
IG: Illiani29




COD: JALAN KEBUN, KEMUNING CITY, RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING , , KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA, KOTA KEMUNING


29 August 2019

Perasan tak lately ramai sangat orang mengalami masalah kesuburan dan masalah ini bukan sahaja berlaku dikalangan kaum wanita tapi banyak juga terjadi di kalangan kaum lelaki, cuma dorang tak kecoh-kecoh. Jadi jangan la cuba rawatan yang mungkin anda sendiri tak pasti boleh membantu mengatasi masalah tersebut. Cuba dahulu berjumpa dengan doktor pakar sakit puan dan cuba dapatkan nasihat yang terbaik untuk maslah yang anda hadapi itu.

Di sini saya cuba bantu anda kenali zinc complex shaklee dan apa yang zinc complex ni boleh membantu mengatasi beberapa masalah yang mungkin anda sendiri sedang hadapi

Lets Check it out........

MASALAH JERAWAT: 
Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk membantu dalam meredakan jerawat. Ia lebih baik dari penggunaan antibiotik.

EKZEMA: 
Ekzema atau ectopic dermatitis antaranya disebabkan oleh kekurangan zink dalam badan.

MENYEIMBANGKAN HORMON:
 Zink mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan.



KESIHATAN KULIT: 
zink berkait rapat dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

PENYEMBUHAN LUKA: 
Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

GANGGUAN PROSTAT: 
Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.




MENURUNKAN BERAT BADAN: 
Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

KEHAMILAN: 
Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

KESUBURAN & PEMBIAKAN: 
Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.




FUNGSI BIOLOGI: 
Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stress, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

MENGAWAL JANGKITAN: 
Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

ANTIOKSIDAN: 
Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .



Mobile :011.11770705
FB: Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: Pengedar Shaklee Jalan Kebun
IG: Illiani29




COD: JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING , RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING , , KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA, KOTA KEMUNING


28 August 2019

Bila sebut pasal muda,pasti ramai yang suka kan! Sapa tak suka muda..kekal muda tang tang, makan buah mangga muda, 'berbini muda'..opps...takde la sampai ke tahap tu kan.




Tapi saya nak bercerita pasal vivix. Betul ke amal vivix boleh jadi muda 20 tahun? Erm...pasti semua orang tak suka tengok kulit wajah mula keluarkan kedut, kalau boleh nak kulit wajah tu sentiasa muda, cantik macam zaman remaja kita dulu.

Jadi saya nak kaum wanita cuba amalkan supplement vivix ni untuk memastikan kulit wajah kita sentiasa awet muda, kulit cantik sampai orang dah perasan pun kita dah bercucu...wah..syok je bunyinye kan.





Bagaimana Bahan Di Dalam Vivix Boleh Membantu Melambatkan Proses Penuaan?
Vivix kaya dengan bahan yang tinggi dengan Polifenol dan Resveratrol (tinggi kuasa anti-oksidan) yang didapati daripada 4 bahan utama iaitu Polygonum Cuspidatum, Muscadine Grape, Elderberri Eropah dan Lobak Ungu.


Empat bahan utama di dalam Vivix ini telah diuji secara klinikal dan terbukti mampu untuk:

Memberi perlindungan kepada DNA dan sel badan.
Anti-oksidan akan menghalang radikal bebas untuk merosakkan sel-sel badan.

Bila sel-sel dilindungi, ia dapat beri kesan positif terhadap pengawalan genetik dengan lebih bagus.
Bantu dalam meningkatkan penghasilan tenaga pada sel badan.
Mengambil resveratrol setiap hari akan meningkatkan bilangan mitokondria dan secara tidak langsung badan lebih bertenaga.
Memperlahankan penghasilan AGE protein sebanyak 90%. Jadi, kebarangkalian mendapat penyakit lebih rendah.
Nak tau details tentang produk?
Atau tentang promo. Meh la roger kita sembang-sembang ye. ☺
Oh ye pembelian boleh guna Cash, kad Debit atau kad Kredit ☺
Beli 2botol dapat FREE MEMBERSHIP dapat cash bonus RM36
Bulan ni special sangat sebab tengah hot promo vivix ni. 

Nanti jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan lebih info tentang vivix ni

Mobile :011.11770705
FB: Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: Pengedar Shaklee Jalan Kebun/Kota Kemuning
IG: Illiani29




COD: JALAN KEBUN, KEMUNING CITY, RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING , , KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA, KOTA KEMUNING

11 November 2018

utk maintain susu meriah tanpa suplemen sis kena jaga 6 perkara :

 1 - sediakan target sehari kemudian buat jadual pam untuk capai target tersebut & follow secara konsisten. Jika tiba2 ada masalah untuk follow jadual, pastikan hasil perahan 1 hari tetap sama dgn target yg mommies dah tetapkan sama ada mommies tambah sesi pam atau panjang mana2 sesi pam (PP). (Jadual pam bergantung pada waktu mommies boleh commit utk pam) dlm ebook coach ade terangkan mcm mana nk buat jadual pam.
Jika susu drop, pam 2-3 kali sehari tidak akan membantu utk meningkatkan susu. Bahkan ada risiko susu terus drop kalau salah teknik.
EP (exclussive pumping) mom perlu ambil perhatian bhgian perahan dgn pam 6 kali sehri kerana baby x df.
Bagi suri rumah, kalau anak tak df dengan kerap dan setiap kali lepas df x kosong dgn betul, hati2 kerana susu akan drop.

 2 - makan makanan yang membantu dalam penghasilan susu ibu shj. Boleh dapatkan ebook RAHSIA PEMAKANAN IBU MENYUSU "Makan biasa2, susu tetap luar biasa". Dlm ebook ni siap ada cdangan jadual makan dan menu serta jenama produk apa yg coach sendiri amalkan. TAPI pemakanan x kan nampak hasil kalau mommies tak jaga point no 1 diatas ya.. kalau jadual pam dan jadual makan x betul, tu yg makin jadi lemak je bukan jadi susu.

 3 - minum air masak suam bukan air masak biasa. Nampak mcm biasa2 tp cuba sis buat. Sebelum dan selepas pam minum air suam panas 1 cawan sebelum & selepas sesi pam.

 4 - elak minum kafein, teh, ais, gas & makanan pedas cili api. Kalau sis ada ambil masa sekrang ni cuba stop dulu. Tengok ade kesan positif x?

 5 - emosi tenang semasa mengepam. Clear your mind. Lihat sesuatu yg menenangkan perasaan seperti video2 anak,video motivasi penyusuan ataupon bg muslim dengar bacaan ayat2 suci al-quran.

 6 - jenis pam yang digunakan - hasil perahan guna manual & single eletrik breastpump takkan sama dengan double eletrik breastpump. Ibu yg bekerja lebih mudah gunakan double electric pump. Pastikan saiz corong sesuai dgn saiz miss b. Terikan pam yg effektif mengosongkan susu juga sgt2 penting. Kalau pam susu x keluar habis sgt2 bhye kerana susu boleh drop.

Jika mommies follow semua point2 diatas insyaAllah mommies akan rasa lebih rilek dan mudah untuk teruskan penyusuan.

10 November 2018

Khasiat yasin

Saturday, November 10, 2018 0 Comments


Sedikit perkongsian...

Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan, bolehlah mengamalkan ilmu ini dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja2 terkutuk itu...

Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin

Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:

1.  Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.

2.  Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

3.  Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.

4.  Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.

5.  Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.

6.  Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.

7.  Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.

8.  Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.

.

InsyaAllah berhasil….

Semoga ia dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberi suatu yang bermanfaat untuk kita semua… 

09 November 2018

Boleh ke kita dapat nutrisi dari pemakanan je?

Jawapan boleh kalau kita makan makanan diet seimbang dengan sumber makanan tu adalah dari sumber organic bukan dari proses.

Beli sayur kat pasar raya belum tentu kita akan dapat nutrisi yang sepatutnya dari sayur tu sebab kita tak tahu berapa banyak pestisid yang digunakan, teknologi pertanian apa yang diaplikasikan sehingga mungkin akan mengubahsuai genetik.

Langkah yang baik, tanam sendiri semua sumber makanan. Sayur buah. Tapi the things is SEMPAT KE? dengan kerja 8-5 tu belum oncall lagi nak siram pokpk pun tak dan ape tah lagi nak menanam buat kebun kat rumah kan?

Dan satu hakikat penting yang kena taudalah sejak tahun 1940 lagi amount nutrisi dari sayur dan buah dah menurun sehingga 76% beb!!!

Kita pulak hidup zaman bila? Fuhhh nak banding dengan 1940 tu dah berabad dah. Maksudnya apa?

Maksudnya dalam kita nak dapatkan amount nutirisi dlm buah peach kita kene makan 53 biji peach hari ini untuk nak samakan nutrisi dalam 2 biji peach pada tahun 1951. Tu belum kira pestisid yang boleh haru birukan sistem badan kita.

Jadi kalau tak mau makan supplement, usahakan lah cari tanah yang luas sikit untuj buat kebub. Tanam semua sayur dan buah yang kita nak makan.

Usahakan.

Tapi kalau nak mudah, dah tau memang tak de masa nak buat semua tu makan supplement la dulu. Lebih specifik supplement shaklee sebab shaklee dari sumber semulajadi bebas segala pestisid semua tu dan ada landmark study.

Nanti dah pencen ada banyak masa boleh la buat kebjn besar-besar tanam segala sayur dan buah dengan cara organic.

08 November 2018

Betul ke minum soya bahaya

Thursday, November 08, 2018 0 Comments

Sementara menikmati cinch tea ni, nak menjawab sikit persoalan dikalangan SID yang bertanya,

 "Orang kanser, fibroid, cyst boleh tak minum ESP? Soya kan boleh buat kanser..."

Ooo..

Ada ramai pengguna Shaklee yang ketegaq juga. Degil dorang ni. Minum juga ESP walaupun memang dah disahkan ada fibroid.

Alhamdulillah.. ramai yang bagi feedback positif. Fibroid & cyst makin kecik. Dan ada yang hilang terus.

ESP Shaklee dah berada di pasaran lebih 50 tahun. 50 tahun ok... nak dekat umur pencen dah. Kalau ya ESP Shaklee boleh menyebabkan kanser, dah tentu ada pihak berminat nak buat kajian supaya ESP Shaklee boleh disahkan sebagai penyebab kanser secara rasmi. 

Betul tak? Betul tak?

Masa ROADSHOW PASAL LANDMARK STUDY hari tu, Dr Bruce Daggy ada cakap,
(Dr Daggy ialah timbalan presiden senior bahagian penyelidikan di Shaklee. Dalam erti kata lain saintis la)

Sebab ramai studies kaitkan phytoestrogen dalam soya dengan kanser.

Kata Dr Braggy, phytoestogen ialah bahan semulajadi dalam tumbuhan. Kajian yang kata phytoestrogen penyebab kanser adalah tak terbukti pun. Tak conclusive.

Lagipun phytoestrogen tu aktiviti dia lemah saja, tak sekuat estrogen dalam badan manusia. Takda lah sampai menyebabkan kesan macam estrogen. Ni memang terbukti secara klinikal.

Lagipun, soya yang digunakan untuk hasilkan ESP adalah SOYA NON-GMO yang tak diubah genetik (baka). Start daripada biji benih, sampailah produk tu dikeluarkan.

Kalau betul bahaya, dah tentu berapa ramai orang yang mati kanser sebab ESP. Tapi sebaliknya yang dok amalkan ESP makin sihat la pulak. 

Sebab apa tau? Sebab selain dari NON-GMO, cara pemprosesan pun membezakan kualiti soya. ESP dicuci dengan air, bukan alkohol. Diproses pada suhu rendah untuk mengekalkan bahan kimia baik dalam soya,
iaitu : ISOFLAVONES, GENISTEIN & DAIDZEIN.

Isoflavones ni sangat dalam membantu dalam menurunkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis & menjaga kesihatan jantung.

Genistein ni pulak, dia yang cegah pertumbuhan kanser & elak dia merebak. Ia meneutralkan radikal bebas dalam badan sebelum ia menukarkan sel kepada sel kanser. Genistein ni sangat bermanfaat untuk uterus & ovari. 

Jadi, takda bukti soya ESP tu berbahaya. ESP jelah, soya lain saya tak tau.

Jadi, jangan duk tular benda yang tidak2 ya..
Bagaimana pun, ESP bukanlah ubat fibroid / cyst ya. Sebaiknya untuk rawatan, ikut saranan doktor.

07 November 2018


Tips nutrisi berikut boleh membantu mengurangkan simptom-simptom penyakit tiroid (hyperthyroid):-

Elakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu (susu, keju dan aiskrim), gandum (gluten), soya, jagung, bahan pengawet dan bahan kimia tambahan dalam makanan. Anda boleh dapatkan ujian alahan daripada doktor.
Makan makanan yang tinggi vitamin B dan zat besi, seperti bijirin penuh (whole grains) dan sayuran segar

Jika anda mengambil ubat untuk hormon tiroid, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk yang berasaskan soya. Terdapat bukti menunjukkan soya boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.Zat besi juga boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.

Makan makanan yang tinggi antikoksidan, seperti buah-buahan (bluberry, ceri dan tomato) dan sayuran (seperti labu dan bell pepper)

Elakkan makanan seperti roti putih, pasta dan gula.

Kurangkan pengambilan daging; lebihkan pengambilan ikan, kacang dan protein.

Hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera.

Gunakan minyak masak seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.

Kurangkan atau tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak trans seperti biskut, 
kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.

Elakkan alkohol dan tembakau. Bincang dengan doktor anda sebelum ingin mengambil 
produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan
.Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5 kali seminggu.

06 November 2018

Percaya atau tidak ada tanda-tanda tertentu sebenarnya bukan petanda penyakit yang kita sangka tetapi ia merupakan petanda penyakit lain dan ada juga tanda yang kita hadapi itu sebenarnya bukanlah juga petanda kita diserang sebarang penyakit pun. 



Penyakit jantung ini adakalanya kita tak sedar pun kita mengidap penyakit jantung. Jom kita tengok apakah tanda-tanda jika kita mempunyai kebarangkalian mengidap penyakit jantung:

  • Lidah atau gusi menjadi bengkak dan sakit. Ini menunjukkan kemungkinan injap jantung kita telah tersumbat, ada lemak berlebihan
  • Terasa kebas pada tangan kiri dan juga lengan
  • Lidah terasa tegang dan juga pendek
  • Rasa seronok teruja atau bimbang secara tiba-tiba
  • Rasa sakit pada uku hati (ulu hati sedikit ke sebelah kiri
  • Rasa tidak selesa pada dada
  • Nafas terasa pendek
  • Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun semasa duduk berehat dikerusi
  • Degupan jantung tidak menentu
  • Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi atau abdomen lain

BILA PERLU JUMPA DOKTOR?

Ini sangat penting!. Bila sudah ada tanda tanda sakit jantung, jumpa doktor dengan segera apabila :
  • Anda berumur >40 tahun dan mempunyai lebih dari satu risiko penyakit jantung.
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda.
  • Sakit yang kuat.
  • Sakit dada apabila melakukan aktiviti.
  • Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam.
  • Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan.
  • Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya.
  • Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit.
  • Sakit yang berubah sifat. Contoh: sakit yang semakin kerap.
Apakah supplement yang sesuai diamalkan untuk mengelak daripada serangan jantung ini?

  • Omega Guard : Oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, Omega-3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi


  • CoQTrol Complex : Fungsi Coqtrol adalah membantu menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah, mengoptimumkan denyutan jantung

  • Phytocol ST : Beberapa kajian telah membuktikan bahawa pengambilan diet yang sihat dengan sterol dan stanol tumbuh-tumbuhan dapat memberikan manfaat yang ketara terhadap kesihatan. Sterol dan stanol adalah bahan semula jadi yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Struktur molekulnya yang sama seperti kolesterol membolehkannya bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan dan membantu meningkatkan kesihatan tubuh secara amnya. 

    Phytocol-ST® ialah formula proprietari yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan tubuh. 
    • Dirumus daripada sterol dan stanol.
    • Membekalkan 2,000 mg sterol dan stanol tumbuh-tumbuhan setiap hari.

Selain mengamalkan supplement yang sesuai, kita juga perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan kita.



'Statin, ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol, mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! Ambil suplemen CoQ10 sekarang untuk jantung yang kuat dan sihat!'

Bagaimana nak dapatakan kesemua vitamin diatas?


Mobile :011.11770705
FB: Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: SusuIbubagus
IG: Illiani29





COD: JALAN KEBUN, KEMUNING CITY, RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING , , KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA