12 February 2014

Wednesday, February 12, 2014 0 Comments
11 FEBRUARY 2014 

Muka Lalok nak tido

Tak sampai dua saat dah lelap. Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t..Sejuk mata memandang ahli syurga ni

Hasil Perahan Susu

Wednesday, February 12, 2014 0 Comments
11 February 2014 : Hasil arini untuk baby Nur Nisa Nabihah ummi. Yani buat 3sesi pam kat ofis. Biasanya pagi dalam pukul 10-11pagi. Sesi ke 2 yani buat selepas lunch lebih kurang pukul 2-3petang. Dan sesi terakhir yani pam lepas solat asar.Sebelum pergi kerja yani akan mengepam 1sesi dan sesi malam sebelum tidur adalah sesi terakhir untuk setiap hari.Jadi jumlah satu hari yani pam adalah 5kali.Seronok sebenarnya dapat bagi susu ibu kat bayi kita ni. Pengalaman berbeza semasa anak pertama dulu



Pentingnya Kekerapan Mengepam

Memang penting sebenarnya kita pam dengan lebih kerap sebab penghasilan susu akan lebih meriah. Alhamdulillah, yani dah cuba disamping makan supplement tambahan dan berdoa. Sokongan daripada ahli keluarga terutama suami sangat perlu.

Indahnya Pengalaman Menyusukan Bayi Kita

Sebenarnya yani baru sahaja belajar menyusukan baby yani ni dengan susu badan dan ingin meneruskan sehingga usianya 2 tahun. Semoga hasrat yani ini akan tercapai, InsyaAllah.Orang cakap keindahannya sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Yani cukup seronok apabila anak yani Nur Nisa Nabihah tengah lapar da suara excited dia tu cukup buat yani rasa seronok sebab baru je nak selak baju tapi dia seolah-olah bagitau "cepat la ummi, cepat la ummi."haha...kelakar kan!

04 February 2014

Vita Lea

Tuesday, February 04, 2014 0 Comments
Bismillah...
Multivitamin @ vitamin pertama di dunia adalah dari brand shaklee.Bagi yang tak nak makan vitamin banyak-banyak boleh je makan VitaLea ni.Tapi bulan February ni dapat harga yang sangat special
pm/sms/wasap : 011-11770705
fb : https://www.facebook.com/nurilliani.matyusof
page : https://www.facebook.com/SusuIbuBagus
COD : Subang, Jalan Kebun, Kota Kemuning, Shah Alam

Baby Nur Nisa Nabihah

Tuesday, February 04, 2014 0 Comments
Bismillah...syukur sangat-sangat dah selamat semuanya. Selamat melahirkan anak ke dua 14 November 2013 10 Muharram 1435H yang di beri nama Nur Nisa Nabihah Binti Hermi (nama husband decide kat JPN puchong..nampak tak, nampak tak!!)
Gambar sehari sebelum bersalin. Abang cakap ambil la gambar kenangan sebelum bersalin..hehe...Nanti nak letak gambar sebelum bersalin anak first dulu juga la.hehe....

Masa ni baru beberapa lepas bersalin dan baru transfer dari wad bersalin ke wad biase. Bersalin kat Hospital Ampang dan ambil wad selesa sikit. Wad second class,(4 orang satu bilik, 2 bilik air).
kebetulan masa bersalin ni ramai sangat orang so masa nak masuk labor room pun kena Q dan nak masuk wad lepas bersalin pun Q juga. Sampai sempat makan lagi kat luar labor room sebab lama sangat tunggu wad kosong tapi baring la atas katil.hehe...Tunggu la kat luar labor room sambil dok tengok nurse, doctor lalu lalang.

Gambar ni masa kat luar labor room tengah tunggu wad kosong. Muka ahli syurga ni best je tengok kan!


























Set Berpantang yang mak makan sepanjang tempoh berpantang. Takde makan jamu pun sebab nk cuba makan supplement je la...ade beza tak? Mesti ade kan!
Mak dh habis pantang masa ni. Nak keluar shopping kejap