14 May 2017

Review Hotel Geno Episod 2
Malam tadi bermalam disini.Alhamdulillah semua berjalan lancar. Bilik yang selesa pada kak mek sekeluarga..Terasa nak datang lagi dan mungkin akan stay untuk 2malam.

Kadang-kadang masa bersama keluarga tak semestinya kita perlu berjalan keluar ke tempat yang jauh-jauh..dekat pun dah ok.Perjalanan pun tak penat melainkan memang kita plan untuk kenal tempat orang.

Bilik yang kami pilih ni Deluxe Twin Room.Ada 2katil single.Facilities dalam ni memang cukup sempurna dan kak mek menyimpan impian untuk buat bilik kak mek macam bilik hotel.hahahah..best kan

Harga yang kak mek dapat ni RM208 include 1 breakfast untuk sorang.Pagi tadi tambah untuk sorang je lagi breakfast untuk asben kak mek..Anak bujang kak mek taknak turun,nak tidur lagi katanya.





Sementara tunggu masa nak check out,asben kak mek bawa anak-anak pergi mandi kolam sekejap,bagi dorang puas hati.Kolam dia ade 2jenis kolam,sebelah-sebelah. Satu kolam untuk dewasa dan satu kolam untuk kanak-kanak.Yang kak mek nampak,kolam kanak-kanak untuk anak kak mek umur 8tahun tu paras paha dia,yang unur 4tahun tu paras dada dia..Ok la..sesuai untuk dorang mandi tapi parents kena awasi anak-anak mandi tau.

Kalau ada family nak datang hujung minggu,nak keluar dari rumah,boleh stay kat sini.Memang puas hati

13 May 2017


Bismillah....alhamdulillah...syukur kehadrat ilahi dimurahkan rezeki untuk bersama-sama dengan family tercinta.
Hari ni kak mek bagi reward untuk suami dan anak-anak menginap di Geno Hotel.Subang.Tak jauh pun dari rumah tapi yang penting kualiti masa dengan suami.dan anak-anak yang lebih penting.

Kak Mek buat booking ni melalui booking.com..senang sangat rupanya so lepas ni kalau nk stayvacant boleh la cari melalui booking.com je.

Dah check in tadi turun balik untuk menikmati high tea..wah...teruja betul tengok makanan dia.