29 November 2016

Masuk group yang betul,banyak benda positif yang boleh kita belajar.Benda yang negatif,kita jadikan sempandan hidup dan sebagai pengajaran baru untuk kita.

Sejak yani join group shaklee bukan sahaja group leader pertama yani tapi juga group upline2 atas yani,banyak sebenarnya yang yani pelajari dan apa yang dipelajari sedikit sebanyak mengubah attitude yani sendiri.Alhamdulillah

Redha dan yakin dengan ketetapan yang Allah buat untuk kita.

Kalau dulu rasa susah sikit je rasa macam frust je sangat2 tapi hasil daripada peringatan sesama kami,yani banyak fikir positif dan yakin apa yang Allah bagi kat kita ,adalah yang terbaik untuk kita walaupun pada masa kita terima benda kita tak boleh nak terima tapi selepas melaluinya sendiri,yani bertambah yakin yang Allah bagi yang Allah bagi tu adalah yang terbaik untu kita.

Seperti juga apabila diuji.Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita.Sebab itu Allah bg ujian tu kat kita.Amalan-amalan sunat yang digalakkan bukan semata-mata kita buat atas dasar berniaga tapi apabila kita makin dengan dan melebihkan Allah untuk segala segi,rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk dan cara.Yani dapat rasakan yani banyak belajar tentang amalan2 sunat ni daripada group shaklee yani sendiri.syukur kan..

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#oms31
#t21great31
#positifattitude
#yakindenganAllah
#codjalanbukitkemuning
#codkotakemuning
#codjohansetia
#codbukitnaga

28 November 2016

Masalah sakit tumit dihadapi oleh ramai sangat orang di Malaysia sekarang ni.Selain faktor gaya hidup dan pemakanan,kekurangan nutrisi dalam badan juga menyebabkan badan kita tidak dapat berfungsi sepenuhnya secara normal.

Kalau kita sihat takkan la badan hantar signal ke orak kita kan. Badan kita apabila berlaku abnormal bagi setiap anggota bdan,dia akan hantar satu signal kepada otak kita. Macam kita lapar la kan.Kita akan makan apabila kita berasa lapar


27 November 2016

Sape yang makan vitamin shaklee?

Ada tak yang belum tahu setiap supplement yang dikeluarkan shaklee ada landmark study?

Penting sangat ke landmark study ni?Memang penting sebab kajian ni la yang akan membuktikan setiap supplement adalah selamat dimakan dan terbukti berkesan..insyaAllah dengan izin yang Esa

Sebab itu la kalau nak beli vitamin kena pastikan brand yang kita pilih ada landmark study tapi ada juga yang tak kisah pun tentang kajian ini sebab kita tak didedahkan tentang apa kajian yang mereka buat

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#omsgroup
#liveamazing

Jangan sesekali ragu-ragu nak makan supplement shaklee sebab setiap vitamin yang shaklee hasilkan ada landmarkstudy.

Apa maksud landmark study ni.Takkan tahu sebut je kan.Landmark study ni merupakan kajian yang dilakukan bukan sahaja oleh pihak dalaman shaklee tapi oleh pihak ketiga dan hasil kajian dikemukan untuk membuktikan bahawa supplement yanh dihasilkan adalah selamat dimakan

apa itu detox parasit ?

● selain kuman, bakteria, syaitan, badan kita juga adalah rumah kepada organisma2 kecik yang kita panggil parasit.. antara parasit yang berumahtangga dalam tubuh kita ialah cacing.. eyyew-- jangan cacing ada dalam perut aje tau.. 

cacing boleh ada di dalam macam2 jenis organ kita - paru2, hati, pankreas, mata, malah otak !!

macamana nak buang parasit ni ?

● itulah sebabnya kita kena amalkan detox..

detox2 ni kita dh biasa dengarkan ? yang sebenanrnya apa yang kita nak detox ?

● dengan kata lain kita nak buang toksin dalam badan kita.. badan kita ni banyak toksin, bukan saja dari makanan, barang2 yang kita guna tapi juga dari PARASIT dan parasit ni bukan cacing je, ada macam2 jenis parasit yang bersarang dalam tubuh kita.. bukan ada kat dalam usus je tapi dalam organ2 kita mcm hati, paru2, otak, mata, jantung, etc..

26 November 2016

Methylparaben boleh menyebabkan kanser?

Bila sesuatu benda dikaitkan dengan kanser pasti ia akan menjadi buah mulut. Sama juga dengan benda alah methylparaben atau anak beranak keluarga paraben lain seperti propylparaben dan butylparaben. Paraben sebenarnya bahan kimia bernama p-hydroxybenzoic acid yang biasa digunakan sebagai pengawet dalam produk kosmetik. Selain kosmetik, ia juga digunakan secara meluas dalam industri makanan dan juga ubat-ubatan sejak 50 tahun dahulu.

Paraben bersifat anti-bakteria dan anti-kulat dan disebabkan itu ia digunakan sebagai pengawet menghalang pertumbuhan kebanyakan jenis bakteria dan kulat untuk memanjangkan tempoh hayat produk yang dihasilkan serta bertujuan untuk memberi kesan anti-bakteria dan anti-kulat kepada pengguna produk kosmetik berkenaan. Biasanya lebih daripada satu jenis paraben digunakan dalam sesuatu produk untuk kesan yang lebih baik dengan jumlah yang kecil.

Paraben boleh memasuki badan kita melalui kulit seperti mekap, krim pelembap, krim rambut serta ditelan atau dimakan melalui mulut seperti ubat-ubatan, makanan dan minuman. Sejurus methylparaben memasuki badan, ia akan dihidrolisis kepada para-hydroxybenzoic acid dan dikumuhkan melalui air kencing dan tiada bukti yang menunjukkan ia terkumpul dalam badan dan disahkan oleh FDA selamat digunakan dalam kuantiti yang kecil.


23 November 2016

Sambutan Besday Anak

Wednesday, November 23, 2016 0 Comments
Alhamdulillah,tahun ni (2016) yani sekeluarga bakal menerima seorang lagi ahli baru.Baby boy katanya.Kali ni sedikit berbeza sedikit kalau nak dibandingkan dengan kelahiran sebelum ini sebab yani sendiri pun buat preparation last minute tapi memandangkan sudah ada pengalaman sebelum ni,yani dah tau apa yang perlu disiapkan terutama kelengkapan baby dan yani sendiri.

Tapi memandangkan last yani bersalin anak lelaki tahun 2009,jadi baju2 baby boy semua kena beli baru.huhu..

Yani banyak beli baju2 baby kat fiffy je sebab senang.Pergi butik fiffy dan pilih je la mana yang berkenan.Harga pun berpatutan kan.Jadi tak perlu la berbelanja berlebihan.

Macam kelengkapan untuk yani sendiri,yani dah beli siap2 macam rempah untuk mandi,pilis,minyak panas, pad,stokin,seluar dalam lebih.

Nanti yani letak gambar kelengkapan bersalin kali ini.

15 November 2016

Ada 7 jika... ingin tahu jika ape... jom baca ini.... jika ini la yang akan bantu anda selesaikan masalah anda.... =)

Jika anda adalah seorang yang mudah STRESS, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.
Jika anda seoarang pengidap BUASIR tegar dan sering mengalami kesakitan atau sembelit setiapkali membuang air besar, Ostematrix menbantu anda dari terus dibelenggu kisah Ngeri itu.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering KELETIHAN, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang IBU MENGANDUNG, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang IBU YANG MENYUSUKAN anak, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

Jika anda seorang WANITA dan LELAKI, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)
Jika anda mempunyai masalah OBESITI (berat badan berlebihan), anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda...


Siapa dan Kenapa Tidak Boleh Amalkan Alfalfa Complex?


1. Pesakit auto-immune seperti SLE, Rheumatoid Arthritis (RA), Multiple Sclerosis (MS) dll

Pesakit auto imun telah sedia ada mempunyai sistem imun yang aktif. Alfalfa boleh meningkatkan sistem imunisasi badan, dan ini menyebabkan simptom-simptom penyakit tersebut menjadi semakin teruk.


2. Ibu hamil

Alfalfa mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan kontraksi uterus. Kontraksi ini boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan). 

*Ibu hamil yang mengalami masalah keputihan serius boleh mengambil Alfalfa Complex pada dos yang rendah (1 tab sehari)


3. Penyakit hormone-sensitive seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, fibroid dan cyst 

Phytoestrogen dalam alfalfa bertindak seperti hormon estrogen. Ia boleh memburukkan penyakit-penyakit yang sensitif terhadap hormon estrogen ini.


4. Pesakit diabetes yang mengambil ubat OHA/insulin 

Salah satu fungsi Alfalfa adalah menurunkan gula dalam darah. Jadi, pesakit diabetes yang sedang mengambil ubat kebiasaanya akan dinasihatkan supaya memantau paras gula dalam darah mereka agar dos ubat dapat disesuaikan dengan keperluannya. Jika paras gula terlalu rendah, pesakit boleh mendapat hypoglycaemic attack atau boleh koma.


5. Penerima organ transplant

Alfalfa meningkatkan sistem imun badan dan akan mengurangkan kadar keberkesanan ubat anti-transplant rejection (cyclosporine, steroid) dan sekaligus boleh menyebabkan badan menolak organ yang diterima (transplant-rejection).


Jika anda tidak tergolong dalam kategori di atas, teruskan amalan anda mengambil Alfalfa Complex.

Fungsi Vitamin E

Tuesday, November 15, 2016 0 Comments
Angah info tuk jeragat

Hilangkan Jeragat Dengan Shaklee

Vitamin E :
♧sangat popular untuk merawat pelbagai masalah kulit. Kandungan antioksidannya yang tinggi adalah kunci bagi hilangkan jeragat di wajah.

♧juga terkenal sebagai vitamin awet muda sebab ianya dapat membantu keseimbangan hormon dan dapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat.

♧1 Softgel vitamin E sehari mampu mengurangkan bintik jeragat dan menghalang penuaan. Selain itu, vitamin E juga berfungsi untuk mengawalselia vitamin A bagi tujuan pemulihan kulit rosak.

Vitamin C : 
♧penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C konsisten membantu anda dapatkan kulit yang tampak lebih cerah, ianya juga melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi dan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat.

ESP (Protein) :
♧ sangat penting dalam penghasilan sel baru dan secara langsung mengurangkan kesan kulit mati dan kekerapan kejadian jeragat. Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sukar dihilangkan. Akan tetapi insyaallah dengan mencukupkan kandungan protein dalam badan, dapatlah sel-sel baru dihasilkan sebelum kesan jeragat baru terjadi.

 CoqHealth Plus:
♧koenzim Q10 yang terdapat di dalam CoqHealth Plus Shaklee akan menghalang kesan kerosakan pada sel kulit.

♧Kehebatan CoqHealth adalah fungsi Q10 nya yang meningkatkan penghantaran oksigen ke wajah.

♧Ini meningkatkan kadar pemulihan, proses rejuvenasi malah menghasilkan kolagen. Ia juga akan menjadikan kulit berjeragat lebih cerah dan semakin jeragat makin hilang.

♧Sebab itulah semakin banyak produk kecantikan di pasaran dah mula masukkan Q10 sebagai salah satu komponennya.

 GLA Complex:
♧ akan mengawal paras hormon Estrogen & Testosteron.

♧Bila hormon stabil, masalah jerawat yang jadi punca utama jeragat akan dapat diatasi.

♧Bukan itu saja, malah GLA Complex juga berfungsi untuk pulihkan bintik penuaan/ jeragat.
Apa kebaikan Shaklee Omega Guard?

* Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

*Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

*Mencegah pembekuan darah dalam badan, mencegah salur darah dari tersumbat dan mengelakkan strok

*Mengekalkan tekanan normal darah dan mengurangkan ketegangan urat leher serta sakit kepala

*Merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung

*Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

*Membakar lemak dengan cepat dan meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan (cepat kenyang dan kurang nafsu makan) memberi kesan hebat dalam proses pelangsingan badan

*Sangat bagus untuk ibu hamil kerana membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin

* Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak

*Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak terutama yang sering demam, selesema, batuk berkahak, asthma dan ekzema.

*Membantu menyihatkan paru-paru dan memelihara buah pinggangOmega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema psoriasis

*Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)

*Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.

*Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan

*Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik

*Memelihara fungsi-fungsi sendi, mengatasi kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan

*Mencegah penyakit gout dan insomnia

*Mengurangkan tekanan emosi, kemurungan dan kebimbangan terutama mengelakkan meroyan di kalangan ibu dalam pantang

*Mengurangkan masalah schizophrenia

Mobile :011.11770705
FB : Nur Illiani Mat Yusof
Page FB: SusuIbubagus
IG: Illiani29


COD : JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, RIMBAYU, JALAN BUKIT KEMUNING, USJ 19, KAMPUNG LOMBONG, BUKIT RIMAU, BERJAYA PARK, BUKIT NAGA

12 November 2016

Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun
Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana merek percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.
Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.
Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner

Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropractic care.
Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.
Langkah Pertama Sebagai Seorang Nutritionist

Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.
Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternati yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripadachiropractors, malah osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.
Dr. Shaklee Diuji Dengan Kanser

Disamping menguruskan pusat rawatan beliau, Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.
Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.
Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’. Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembahan secara semulajadi.
Dr. Shaklee Melawan Kanser Secara Semulajadi

Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.
Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positf an juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.
Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.
Bermulanya Bisnes Suplemen Dr. Shaklee

Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan  (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.
Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.
Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.
Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan memdapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.
Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).
Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.
Penubuhan Shaklee Corporation

Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.
Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu. Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.
Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#OMS14
#T21great

07 November 2016

*KELEBIHAN NUTRIFERON*

1. kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
● kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
● ia dapat membantu :

a. sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang
b. sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit 
melebihi seminggu
c. ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan

2. bantu lawan kanser dan tumor otak
● polisakariada yang terdapat dalam interferon semulajadi meransang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser

3. bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi
● polisakarida juga membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi dijalankan

4. melindungi dari Influenza, selesema
● membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara, berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza

5. bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu dll

6. sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai @ melancong, berada di luar negara

7. meringankan stress dan kelesuan
● rumusan nutriferon dapat ringankan rasa tidak sihat yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk

8. melambatkan penuaan
● formula unik nutriferon semulajadi yang pertama di dunia sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit lebih sihat dan muda

9. mengurangkan infeksi dan sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C
● keberkesanan kebaikn nutriferon shakleedalam memerangi dan mengurangkan infeksi juga meminimumkan ketidakselesaan akibat penyakit hepatitis B & C ini seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll

10. membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik.

11. gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous dapat diatasi dengan pengambilan nutriferon

12. mengurangkan simptom-simptom ketika pra-haid dan sewaktu haid ● mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka

13. bantu dalam pemulihan penyakit :
a. lepromatus ( kusta )
b. leishmaniasis ( pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan 
organisma yang dikenali sebagai protozoa ) 
c. toxoplasmosis ( penyakit yang disebabkan oleh parasit )