23 July 2015

Bismillah...

Harini ramai yang dah keje. Kak mek pun baru masuk opis harini sebab anak bujang kak mek tadikanya buka harini. Terpaksa la kak mek cuti lagi sampai semalam (220715).
Lepas ni bermula la rumah terbuka orang-orang kat bandar pula ye. Tapi kak mek tinggal kat kampung juga.
Nak idea nak masak apa untuk rumah terbuka? Kak Mek share sikit la ye. Nak lebih banyak nanti kak mek fikir lagi apa yang sesuai nak masak masa rumah terbuka.

MENU 1:


Laksa Pineng

Bahan-bahan:

  • Ikan Sardin Fresh@Selayang 1kg
  • 3batang bunga kantan
  • Daun Kesum RM2
  • Bawang Merah besar-separuh
  • Bawang Putih- Seulas
  • Gula Melaka - 1 keping
  • 10 Keping asam keping atau mengikut rasa masam nak macamana. ada asam keping yang tak masam sangat. Bergantung kepada asam keping yang kita guna
  • 30 Tangkai cili kering
  • Garam
Bahan-bahan Ulam:
  • Telur rebus
  • Daun salad
  • Limau kasturi
  • Bawang merah besar
  • Cili masak@cili padi
  • Timun Batang
Laksa:
  • Kak mek biasa guna brand EKA yang plastik hijau tu
  • Tak pun beli laksa pendek

Cara-cara:

  1. Ikan direbus
  2. Cili kering + bawang merah + bawang putih di blend halus
  3. Ikan yang telah direbus tadi asingkan isi dengan tulang.tulang ikan jangan dibuang
  4. Air rebusan ikan guna untuk blend isi ikan tadi
  5. Didihkan ke dalam periuk
  6. Setelah selesai isi ikan dikisar, kisar pula tulang ikan tadi dan tapis ke dalam periuk.Biasa kak mek buang kepala ikan tu.
  7. Biarkan kuah mendidih. Sukatan air mengikut kehendak masing-masing. Kalau tak suka pekat, tambah lagi air tu. Tapi biasa kak mek akan sukat kuah tu ms blend tulang ikan.Kalau nk kuah banyak, tulang tu blend ulang 3,4x. Kalau tak, 2x dah cukup ulang blend tulang yang dicampur air.
  8. Letakkan asam keping, garam, gula merah, bunga kantan dan daun kesum. Ada yang suka letak petis udang dalam kuah, boleh terus letak dlm 2sudu besar
  9. Kecikkan api, biarkan kuah tu mendidih perlahan.
  10. Laksa kering perlu direbus sehingga lembut
  11. Siapkan segala jenis ulam dan sedia untuk dihidangkan
Tips Kuah Sedap
*Kalau nak makan laksa harini, kuah elok buat malam tadi. Bahan-bahan dalamanya dah sebati jadi rasa kuah lagi sedap

*Kak mek punya versi, memang tak guna bawang banyak. Kak mek dapat resepi ni daripada sepupu kak mek yang buat katering

*Suami kak mek suka makan laksa letak cili sos. Nak tau rasanya cmne kena try sendiri


MENU 2: KOKTAIL BUAH BERKUAH


Bahan-bahannya:

  1. 3 Tin Susu Cair
  2. I tin koktail Buah
  3. Nata De Coco
  4. Puding kecik-kecik
  5. Fresh fruit kalau suka
  6. Buah Laici
Cara-cara:

  • Masakkan susu cair dengan api perlahan. Ni nak elak sakit perut. Ada je yang terus campur susu cair dengan bahan-bahan lain tanpa susu cair dimasak terlebih dahulu. Boleh pilih mana yang ok.
  • Susu cair perlu dikacau selalu untuk mengelak susu berketul
  • nampak dah mendidih, tutupkan api dan biarkan suam sekejap susu cair tersebut
  • Campurkan semua bahan-bahan lain diatas tadi
  • Letakkan ais dan juga aiskrim soda
  • Panas-panas memang sedap dimakan koktail buah ni

MENU 3; LAKSA KELANTAN


Bahan-bahan:
  1. 5 ekor  ikan kembung saiz sederhana
  2. 6 ulas bawang merah
  3. 2cm halia
  4. setengah kg santan @ mengikut kepekatan kuah yang digemari
  5. Ulam-ulam ( timun, daun serai, kacang panjang, taugeh, daun kesum, bunga kantan)
  6. Laksa
  7. Serai- 2 batang
  8. Lada hitam jika suka
  9. Asam keping
Cara-cara :
  • Ikan kembung direbus dan diasingkan isi dari tulangnya
  • Kisar isi ikan dengan bawang merah dan halia, lada hitam
  • Masakkan kuah tadi sehingga mendidih, kemudian masukkan santan
  • Api jangan terlalu besar
  • Rasakan garam, letak asam keping dalam 2 keping
  • Racip halus ulam-ulam
  • Sedia untuk dihidangkan
*Tips Bonda kak mek kalau buat kuah laksa lemak ni, goreng bawang merah dan tabur dalam kuah masa nak hidang. Bau wangi katanya.

*Kalau kat kelantan, laksa lemak dihidang asing dengan garam, limau nipis dan belacan. Kena makan dengan tangan dan pastikan belacan hancur. Memang sedap



Bismillah...

Raya setiap tahun selepas berkahwin ni macam biase la ada sistem giliran. Tahun ni 2015, kak mek raya umh kak mek kat kelantan dulu. Raya kedua petang, kak mek gerak balik umh mak mertua kat ulu yam. Memang umah mak mertua kak mek ni dekat sangat dengan genting tapi kak mek tak penah naik pn guna kabel car.hahaha..

Masa family belah husband kak mek plan nak naik genting guna kabel car kak mek cuak juga sebab dah rasa naik kat Langkawi aritu kecut perut juga la kak mek.huhu..Tapi naik juga la. Takkan nak dok umah kan.
 Ada replika transformer pula masa nak beli tiket tu. Anak bujang kak mek memang suka sangat la. Bergambar muka serius. Lepas amik gambar die gelak. Sama perangai dengan abah dia.
 Gambar ni kak mek amik masa nak turun dah.











Beratur masa nak naik memang ramai sangat la orang. Orang kita tak ramai sangat tapi ramai orang luar. Pelancong asing. Husband kak mek dah penat dah dukung si kecik tu.
Tapi pengalaman naik kabel car pergi genting tak segayat kabel car kat Langkawi. Rasanya yang kat Langkawi tobat kak mek tak naik dah