18 October 2018

MAKANAN YANG BOLEH BANYAKKAN SUSU IBU UNTUK MENGELAK ANAK MENANGIS

Ramai dikalangan ibu yang baru melahirkan anak ingin menyusukan setiap bayi mereka dengan susu badan tetapi masih ramai yang belum tahu bagaimana cara nak banyakkan susu badan dengan beberapa jenis makanan. Galactagogue adalah bahan yang terdiri daripada makanan atau herba boleh membantu meningkatkan penghasilan susu badan.



Apakah makanan yang boleh membantu banyakkan susu ibu?

Halba merupakan herba yang popular dalam membantu meningkatkan pengeluaran susu badan sejak dari dahulu kala lagi. Ramai yang mengamalkan meminum air halba suam untuk tempoh yang tertentu. tetapi yang juga ibu-ibu yang tidak gemar akan baunya



Kurma Kurma mempunyai zat besi dan kalsium yang sangat penting dalam pembentukan susu ibu. Sekarang banyak produk tenusu telah dicampur bersama kurma untuk menarik perhatian ubu-ibu hamil dan juga ibu menyusu.



Oat oat mempunyai fungsi yang sangat unik kerana aot membantu badan kita merasa selesa. Apabila kita makan oat, ia membantu badan kita berehat seterusnya tubuh melepaskan oksitosin dan membantu proses letdown susu dengan baik.



Bayam  merupakan sumber kalsium, zat besi, vitamin k, vitamin A dan folat. Ia juga mengandungi fitoestrogen yang mengalakkan kesihatan tisu payudara .



Tips lain yang perlu ibu menyusu amalkan sepanjang tempoh menyusu adalah dengan :


  • Jangan panik, kawal diri supaya sentiasa bertenang
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Fahami kkonsep penawaran dan permintaan
  • Pam payudara mengikut jadual
  • Banyakkan minum air
  • Pengambilan vitamin yang sesuai
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi




No comments: