Si kecil meragam, merajuk dan mengamuk di tempat awam dan juga dimana-mana merupakan fasa perubahan biasa bagi si kecil. Fasa sebegini sangat-sangat menguji kesabaran mak ayah masing-masing.
Tips pertama yang boleh ibu dan ayah guna adalah:
Tips pertama yang boleh ibu dan ayah guna adalah:
- Fahami sebab kenapa anak kecil kita mengamuk. Ibu dan ayah kena fahami kenapa anak kecil mengamuk atau tantrum. Mereka sebenarnya kerap kecewa apabila tidak dapat sesuatu yang diingini atau dihajati. Kekecewaan yang mereka hadapi tak dapat diluahkan dengan kata-kata kerana kekangan bahasa. Tetapi apabila merek asudah menginjak usia 4tahun, tantrum ini akan berkurangan dimana kemahiran bahasa mereka semakin baik.
- Kendalikan tantrum. Tantrum yang kerap berlaku memerlukan tolak ansur antara pihak ibu dan ayah dengan simanja. Taktik yang boleh digunakan oleh ibu dana ayah adalah cuba bertenang dan tidak melawan apa yang mereka sedang lakukan. Cuba alih perhatian anda kepadanya. Biarkan mereka 'sejuk' dan reda dengan sendiri. zSelepas itu cuba dekati mereka dengan tenang , cuba peluk si manja dan bercakap dengan intonasi perlahan.
- Pastikan keperluan mereka dipenuhi. Sebenarnya ada ketika simanja kita meragam berpunca akibat mereka lapar, haus, bosan, mengantuk dan kurang selesa.Ibu dan ayah perlu fahami dulu keperluan mereka dan cuba penuhi apa yang mereka perlukan terlebih dahulu
- Galakkan untuk berdikari. Walaupun fasa ini merupakan fasa sementara tetapi sebenarnya ibu dan ayah boleh mendidik mereka dan menggalakkan mereka supaya lebih berdisiplin Cuba untuk berikan mereka input positif dan kata-kata semangat, motivasi dan juga sokongan
No comments:
Post a Comment