Sebelum kak mek bercerita lebih lanjut tentang punca-punca penyakit batu karang, kak mek nak berkongsi tentang apa itu penyakit batu karang. Sekarang ini terlalu ramai orang kita kena batu karang. Apa itu penyakit batu karang? Penyakit batu karang adalah mendakan mineral dalam air kencing yang selalunya berlaku kepada kaum lelaki tetapi kaum wanita juga tidak terkecuali akan kena batu karang ini
Faktor Menyebabkan batu karang
1.Kurang minum air – Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu.
2.Sejarah keluarga atau diri-sendiri – Ini tak lain tak bukan masalah pemakanan yang sama dalam keluarga, seperti juga penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Orang yang pernah terkena penyakit batu karang juga perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah tinggi.
3.Umur – Kes batu karang paling tinggi dikalangan orang berusia 20 hingga 70 tahun.
4.Jantina – Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita.
5.Penyakit lain – Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelejar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin).
5.Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbangkan dengan kalsium dan magnesium.
Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutama mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon)
Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutama mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon)
6.Kesan sampingan ubat – Ubat-ubat seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat.
7.Pemakanan – Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.
8.Kurang aktif – Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.
PEMAKANAN YANG SESUAI UNTUK PENGIDAP BATU KARANG
Untuk batu yang kecil, dinasihatkan anda minum air dengan banyak dan doktor akan bekalkan sejenis garam potassium citrate yang boleh memecahkan batu menjadi saiz lebih kecil kerana batu itu akan keluar melalui air kencing namun untuk batu yang besar, prosedur ESWL iaitu pemecahan batu dengan laser atau pembedahan mungkin diperlukan kerana sekali batu terbentuk, batu perlu dipecahkan sebelum dikeluarkan melalui air kencing.
Bagi mengelakkan pembentukan batu, pemakanan di bawah boleh diamalkan.
Selain menambahkan makanan yang tinggi serat dan mengurangkan protein haiwan, pengambilan garam yang tinggi juga boleh meningkatkan kehilangan kalsium daripada air kencing, yang turut menyumbang kepada pembentukan batu karang. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium daripada usus dan pengeluaran kalsium dari tulang yang juga turut menyebabkan batu karang pada sesetengah orang yang mempunyai risiko. Disebabkan susu diperkaya dengan vitamin D, maka mungkin ini salah satu sebab kejadian batu karang kepada pengguna produk tenusu. Selain itu, kafein juga meningkatkan kalsium dalam air kencing.
Untuk batu jenis oxalate pula, seseorang harus mengehadkan pengambilan makanan tinggi oxalate. Makanan tinggi oxalate termasuk : kacang, koko, kopi, parsley, bayam, teh, lobak merah, seleri, anggur, kale, lada hitam dan ubi keledek. Alahai, banyaknya kan?
Pengambilan pyridoxine (vitamin B6) yang tidak lebih 150mg sehari banyak membantu untuk mengurangkan pembentukan baju karang jenis oxalate. Mengurangkan makanan tinggi oxalate kurang membantu dalam penyingkiran oxalate dalam air kencing, tapi vitamin B6 jauh lebih baik untuk mencegah batu karang jenis oxalate secara keseluruhan.
Kekurangan vitamin A dan K juga menjadi penyebab pembentukan batu karang. Ini disebabkan oleh kedua-dua vitamin ini diperlukan untuk membuat protein yang ditemui di dalam air kencing yang mengelakkan pembesaran kristal kalsium oxalate. Mengambil suplemen asid glutamic (sejenis asid amino) dan jus aloe vera mungkin perlu untuk mencegahan dalam beberapa kes batu karang.
Bagi batu karang jenis asid urik pula, amalan pemakanan vegetarian, suplemen asid folik dan potassium citrate sangat membantu. Citrate adalah perencat kepada pembantukan batu karang yang biasanya disarankan oleh beberapa pakar yang merawat batu karang. Paras citrate yang rendah telah ditemui didalam 20 hingga 60% pesakit batu karang. Elakkan pengambilan alkohol kerana alkohol meningkat asid urik, kalsium dan fosfat di dalam air kencing dan mengurangkan vitamin B6 dan magnesium yang menolong mencegah pembentukan batu karang.
Vitamin C dalam dos yang tinggi (lebih daripada 6,000mg sehari) dikatakan boleh meningkatkan pembentukan batu karang, namun sebenarnya tiada kajian yang membuktikan dakwaan ini. Malahan terdapat beberapa kajian yang diterbitkan mendakwa sebenarnya supelemen vitamin C boleh mengelakkan batu karang. Jika vitamin c digabung dengan magnesium citrate dan vitamin B6, pencegahan batu karang adalah lebih meyakinkan.
Cadmium yang berlebihan dalam badan juga sering menjadi punca batu karang. Cadmium berlebihan boleh disingkirkan dari badan dengan suplemen zink, vitamin B6, magnesium dan vitamin C. Last but not least, jika anda mempunyai sejarah batu karang, baguslah anda menghindarkan mengelakkan asid amino L-cystine secara berlebihan. Dapatkan nasihat doktor untuk tindakan yang terbaik untuk anda.
SUPPLEMENT YANG SESUAI UNTUK BATU KARANG
Vivix adalah suplemen anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Vivix juga suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia yang terbukti boleh mengurangkan risiko penyakit kronik.
Supplemen B-Complex ini bersifat anti stress dan menenangkan sang suami serta memberi tenaga. Ia membantu menurunkan bahan oksalat (oxalate) yang membentuk batu karang
Vitamin C Sustained Released ini juga diambil suami untuk meningkatkan keasidan dalam urin kerana batu karang tidak mudah terbentuk dalam urin yang berasid
Pengambilan Ostematrix ini memang perlu untuk mencukupkan jumlah kalsium dalam tubuh agar dapat mencegah tahap oksalat meningkat sekiranya pengambilan kalsium tak mencukupi. Tak perlu bimbang kerana magnesium yang terdapat dalam ostematrix ini bertindak sebagai pemangkin untuk memastikan penyerapan maksimum kalsium oleh tubuh.
Pengambilan alfalfa complex ini sesuai untuk mengurangkan infeksi dan inflamasi yang berlaku akibat batu karang.
Carotomax ini juga berfungsi membantu mempercepat penyembuhan luka di bahagian urinari yang terluka oleh batu karang. Bagus juga untuk menghalang infeksi dari berlaku.
Ramai yang mengabaikan pengambilan Performance Drinks Shaklee ini. Kandungan sitrat di dalamnya membantu mencegah batu karang disamping mencukupkan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Paling penting, ianya bebas gula dan tidak berkarbonat! Minumlah tanpa was-was!
ORDER SET BATU KARANG SENDIRI DI SINI
ORDER SET BATU KARANG SENDIRI DI SINI
No comments:
Post a Comment