04 October 2013

KELEBIHAN SELAWAT

Bismillah...

Pada zaman Rasullullah s.a.w, diriwayatkan ada seorang yahudi menuduh seorang muslim mencuri untanya. Dia membawa empat orang saksi daripada golongan munafik.

Selepas diadili, Rasulullah menjatuhkan hukuman bahawa unta itu adalah milik si Yahudi dan tangan si Muslim diperintahkan dipotong atas kesalahan mencuri.

Si Muslim menyedari dirinya pada pihak yang benar dan dia difitnah. Lalu dia beroda kepada Allah."Ya Allah ya Tuhanku dan Baginda adalah Rasul Allah. Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Lalu Si Muslim itu berkata kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya hukuman engkau itu benar tetapi mintalah keterangan kepada unta untuk memastikan siapa yang benar dan siapa yang salah."

Unta Memang tidak boleh bercakap, tetapi Rasullullah bertanya juga kepada haiwan itu.

"Hai unta, milik siapakah engkau?" Tanpa diduga, unta itu menjawab dengan jelas."Wahai Rasulullah, aku adalah milik si Muslim dan sesungguhnya empat saksi itu adalah dusta."

Selepas itu, Rasullullah merapati si Muslim lalu berkata:" Wahai orang muslim, beritahu kepada aku apakah yang engkau  lalukan sehingga Allah menjadikan unta ini boleh bercakap?"

Jawab si Muslim:" Wahai Rasulullah, aku tidak tidur pada waktu malam selagi aku belum membaca selawat kepadamu 10kali.

No comments: