28 January 2016

PENYAKIT BELL'S PALSY ADA UBAT

Bismillah..


Apa itu Bell's Palsy?

'Menurut Dr Loganathan adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf otak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan otot muka pada yang terjejas.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan melumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok, dan penyakit Lyme. Namun, jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell's Palsy.


Menceritakan lebih lanjut katanya, pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.
Menurut beliau, nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).
Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.
Jelasnya, punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.
Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.
“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui,” katanya.
Selain itu kata beliau, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.



HUBUNGI  YANI : 011-1177 0705
ID SHAKLEE : 920151
COD: JALAN KEBUN, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, BANDAR PUTERI KLANG, JOHAN SETIA, JALAN BUKIT KEMUNING
POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA



No comments: